Tuesday, December 6, 2011

Selamat Tinggal...

Ni cite 30hb November hari tu..

Budak T-GAS yang gantikan my ofismate masa cuti bersalin tu dah tamat kontrak. 6 bulan budak T-GAS ni duduk kat ofis kitaorang. Budaknya lembut jer..baik pulak tu. Memang calon menantu pilihanlah! Namanya Che Ku....[namanya panjang, tapi panggil Che Ku jelah yer]

Sebab tak tau nak celebrate kat mana..semua sepakat nak makan kat McD. Time ni..ofis belanja.
Lepas makan, my exac serahkan hadiah dari ofis. Terima kasih pada Che Ku sebab banyak tolong kami sepanjang 6 bulan ni. Hadiah tak seberapa jer..harap dia suka.
Bergambar kenangan dengan Che Ku..bila lah dapat jumpa lagi.
Bergambar lagi..senyum. Semua my ofismate ada..kecuali pekerja lelaki.
Keesokkannya, semua ofismate aku dapat hadiah yang ditinggalkan oleh Che Ku. Terkejut ai..malu pon ada. Sebab aku tak bagi pon hadiah kat dia. Tak taulah pulak dia susah2 sediakan hadiah ni untuk kami semua. Thank you Che Ku.
Ada cermin lagi..aku ni memang hantu cermin. Tak terpikir nak simpan apa kat dalam bekas ni. Terharu sangat2 dengan keikhlasan Che Ku..moga kita berjumpa lagi.

Selamat tinggal..

Sincerely...

Monday, December 5, 2011

Si Besday's Boy

Gambar hari ni..anak kepada pengasuh waiz yang tag dalam fb. Dah bertoncet rambut budak tu..alahai.

Panjang dah rambut budak tu..tapi aku sayang nak potong. Tunggu dia dapat adik nanti..baru aku potong, hehehe



Sincerely...

Anak Mama Dah Besar.

Hari ni..5hb genap umur waiz 2 tahun. Sekejap je masa berlalu..sedar2 dah 2 tahun budak kecik tu, hehehe.

Mama doakan waiz dikurniakan kesihatan yang baik dan menjadi anak soleh..amin. Waiz lah harapan mama & papa.

Aku sebenarnya plan nak buat besday party untuk waiz..tapi tak taulah jadi ke tak. Kalau tak jadi..kita makan kek biasa jer lah yer, hiks.


p/s: berita terbaru..cousin aku [haqqi] dapat baby girl hari ni. Sorang lagi sama besday dengan waiz..selain Abang Faeq [anak sepupu aku] & my boss [Tg Kurz]

Sincerely...

Otak Kau Tu Yang Kuning!

Aku ni angin lah sikit kan, tak kenal pon kau tu sape..aku ni sape..tiba2 nak berdouble meaning dengan aku! Aku ni cakap..tak bermaksud apa2 pon. Otak kau tu yang terlebih kuning! Pergi cuci dengan clorox lah..bagi putih sikit!

Fuhh...bukan marah korang yer. Sila jangan salah faham..meh nak citer.

Sejak akhir2 ni aku memang hantu buah jambu batu. Boleh dikatakan tiap2 hari singgah beli buah jambu batu..RM2 sebekas. Ntah macam mana..rasa nak save budget, berhentilah beli buah jambu batu ni kat tepi jalan on the way nak balik rumah aku tu. Balik rumah boleh kupas sendiri..murah pon murah. Ni antara perbualan aku dengan budak lelaki jual buah;

Aku : Nak beli jambu batu yang tak de biji yer
Penjual : Tak de biji ke tak de butir kak? (sambil sengih2 kat aku)
Aku : emm..tak de butir.

Benci gila tengok muka budak tu..tapi aku jawab selamba je lah, walaupon dalam hati ni rasa nak sepak2 je muka dia. Dengan aku yang stail makcik2 ni pon ko nak melucah kan..agak2 lah. Aku ni kan customer ko..kot yer pon nak beramah mesra, tengok2 lah sikit. Aku ni pakai baju dah macam ustazah pilihan pon ko nak ajak berdouble meaning ek.

Memang aku blacklist lah kedai buah dia..tapi tahan takat 2 minggu jer. Pastu aku pergi jugak kedai tu cari buah jambu batu..keh keh. Masa aku beli baru-baru ni budak tu tak de pon, orang lain yang jual. Tapi dek kerana tak nak pisang berbuah dua kali..awal2 lagi aku dah susun ayat "nak buah jambu batu tak de butir yer"


p/s: sampai sekarang aku tak paham, lucah ke kalau sebut biji, karipap, batu, burung? Emm..

Sincerely...

Saturday, December 3, 2011

Sales Yang mengGiller..

Al-kisahnya..hari Khamis hari tu, ofis kitaorang dapat jemputan kahwin dari salah seorang staff kat ofis HQ. Disebabkan rumah dia dekat jer dengan ofis kitaorang..kat jalan Gong Kapas, so lunch hour tu makan nasi minyak je lah kita yer. Save sikit budget makan free ni..awal2 bulan dah nak save budget ko!

Disebabkan rumah pengantin ni memang betul2 kat lorong belakang Saleem Aziz Textile (SAT), my ofismate ajak usha2 kain kat SAT. Aku layan jer. So lepas makan, terus singgah kat SAT.

Memang langkah kanan lah masa kitaorang masuk SAT tu, sebab tengah sale gila-gila tau! Memanglah aku perasan ada banner sale SAT ni kat tiang2 lampu..tapi tak tau lah sales menggiller cam ni. Korang bayangkanlah..RM1 untuk semeter kain! Tak ke rambang mata aku menengoknya!
See..RM1/meter..yang RM3/meter pon ada. Mula2 tu aku was-was lah jugak nak beli, ingat kain reject ker..kain kena banjir ker. Tapi rupa-rupanya kain penghabisan stok. Kain pulak memang molek2. Kalau orang Terengganu tau lah kualiti & harga kain kat SAT ni..memang kain2 orang kaya je mampu beli. Sebab b4 ni, aku beli kain ela..paling murah pon RM40 sepasang. Pernah sekali tu aku beli kain RM90 sepasang. Rasa menyesal pulak..sebab kalau kat kedai lain RM100 tu dah dapat 2 pasang baju. Tapi pejam mata je lah sebab MKS yang bayar..hiks
Time ni, kitaorang sepakat nak buat baju uniform untuk ofis. Beli kain sama corak & kaler..boleh pakai sama2. Harga pulak murah giler..sepasang RM4. Sape tak nak. Mula2 tu berkenan kat corak yang my ofismate pegang tu..tapi bila diukur, dapat 16meter jer. Padahal kitaorang nak beli 21 meter. Terkilan gile time ni. Cari kain kosong nak buat kain pon tak jumpa yang sepadan..so cari kain lain lah.
Semangat gile my ofismates berebut-rebut kain. Pilih punya pilih..dapatlah 2 jenis kain untuk buat baju ofis. Satu jenis yang RM1/meter..satu lagi RM4/meter. Aku pon rembat jugak kain lain nak buat baju..amik yang RM1/meter jer. Belanja RM30..dapatlah 3 pasang baju. Sekarang ni tengah pening nak hantar kat tailor mana..sebab sah2 upah jahit baju lagi mahal dari kain..kan?


p/s: Menyesal aku tak pandai jahit!

Sincerely...

Friday, December 2, 2011

-PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA-

Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
4) Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu


Sincerely...

Thursday, December 1, 2011

Karnival Upin Ipin

Karnival Upin Ipin...rasanya semua orang Terengganu pergi kot. Sebab penuh sesak dengan manusia, tak tau dari mana datang. Kitaorang kena parking jauh, penat aku menapak! Mujur hari tu panas..kalau hujan, tak turun kereta lah aku.
Waiz cam biasalah..tak ada perasaan apa2 pon. Mak bapaknya yang terlebih eksaited! Budak kecik tu tau lari ke sana ke sini je. Kesian MKS kena kejar budak tu.
Eh Jarjit..agaknya tu lah yang waiz cakap.
Time ni tak duduk diam dah..mujurlah ada sorang makcik tu bagi belon kat waiz. Tapi tak sampai 10 minit dah pecah di gigit budak tu!
Tak nak cite banyak2 lah..sebab terlampau ramai orang. Aku tak masuk pon kat replika rumah opah tu. Kena q panjang..kena bayar pulak tu. Tak koser lah aku nak berhimpit-himpit cam tu. Lain kali lah mama bawak waiz. Bila waiz dah besar sikit..dah reti sikit, okey.

Bergambar dengan maskot Upin Ipin pon aku tak buat. Padahal nampak dah maskot tu..tapi sekali lagi malas nak berhimpit-himpit. Lagi pon time tu..aku tengah demam kan. Rasa nak pengsan pon ada.

Last2..moh kita bergambar kat maskot Upin Ipin yang besor tu lah. Tu pon aku amik gambar waiz & papanya jer. 
Jumpa van Upin Ipin...layan. Amik jer gambar. Dah pukul 2pm..tak lunch lagi, tak solat lagi..balik lah!

Abis jugak RM15 untuk buat kad ahli kelab Upin Ipin untuk waiz..dapat free baju t-shirt dengan sticker kat kereta. Then beli mug Upin Ipin harga RM15, kipas RM5..total RM20. Dapat diskaun 10% sebab ada kad tadi kan...save RM2.

Eh..beli jugak air rasmi Upin Ipin. 3 botol dengan harga RM7.50. Mahai betul barang2 Upin Ipin ni kan!



Sincerely...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal