Monday, December 28, 2015

Kem Hafazan Dan Sahsiah Diri 2015

Cuti Maulidur Rasul baru ni ada penyampaian sijil untuk kem hafazan & sahsiah diri yang waiz join awal Disember baru ni. Kat taska dia transit jugak..Ummi Mutiara Permint Jaya. Pertama kali Taska Ummi buat..kiranya waiz ni 1st bacth lah. Yuran RM300 dari 1hb hingga 25hb, pukul 8 pagi hingga 5 petang. 

Buka setakat hafazan je, ada jugak tazkirah, sessi praktikal solat, cerita nabi, muhasabah diri..aktiviti luar macam bersenam, lawatan menaiki kuda dan memanah. Time hafazan pon di bahagikan kepada umur dan tahap masing2.

Baguslah jugak kem ni..nak harap mak pak sibuk keroje. Alhamdulillah..waiz pon okey, banyak surah2 yang dia boleh baca walaupun agak pelat dan terbabas tajwidnya.

Jom layan gambar time penyampaian sijil ni..
Bernasyid bersama kawan2 kem hafazan..bukan setakat yang duduk transit kat taska Ummi je, ada juga peserta dari kawasan terdekat. Dalam 30 orang jugak yang join program ni. Dan pelbagai umur yang masuk kem ni, paling muda 4 tahun tau..boleh hafaz surah Toha..percaya tak?
Steady waiz..ummi pesan datang kena pakai jubah putih. Mujur ada jubah time dia kat Taska Permata dulu..recycle je.
Time ni diaorang nasyid lagu Erti Al-Fatihah, simek una tu memang hafal lagu tu. Dah dia pon naik syok naik atas pentas. Tau-tau jelah budak tu bukannya boleh dilarang..meraung susah pulak. Siap buat gaya atas pentas tu..sabar jelah.
Ini giliran group waiz mempedengarkan hafazan diaorang..kiranya kelas yang paling hujung lah, umur 4-6 tahun (kelas 4). Kelas 3 mungkin umur 7-8 tahun pulak..begitulah seterusnya.
Lepas tu ada penyampaian sijil...time MC umum nak beri hadiah pada pelajar terbaik, saya buat tak tau je lah. Yelah, mesti anak2 orang lain yang pandai2 naik pentas kan..anak kita biasa2 je. Tunggu dapat sijil jelah baru standby kamera.

Tiba-tiba MC umumkan pelajar terbaik dari kelas 4 ialah Khairul Waiz bin Mohd Khir, terlompat saya dan MKS tau. Cepat2 on kamera..snap snap and snap..

Yang Waiz pon laju je naik pentas..
Terkejut tau..macam tak sangka, eh betul ke nama waiz tu..suka sangat dia dapat hadiah beg. Papanya puji banyak kali..senyum lebar sampai telinga dia. Ummi pon tak beritahu awal2..kalau tak boleh standby kamera awal2, rekod ke..
Apalah amanah yang Ummi pesan kat Waiz tu. Terharu sangat..ummi pon kata waiz bagus, jadi imam pandai..sahsiah diri pon baik. Dengar cakap..semua yang baik2 je..alhamdulillah. Mama ni yang macam tak percaya..yelah kat rumah asyik lah kena marah dan rotan, bukan main melompat..menggelitis tak duduk diam, pening mama. Tapi kat sekolah dan orang luar semua orang kata waiz bagus..

Tetamu jemputan yang beri hadiah tu isteri kepada Raja Bahrin, Toh Puan Norilah Salleh.
Barisan 4 orang pelajar terbaik bagi 4 group hafazan. Sebelah waiz tu anak my ex-boss. Dia hantar 2 orang anak dia kat kem ni.
Kebanggaan mama..tahniah waiz. Balik tu terus mintak belanja KFC. Tapi mama tak sempat nak tunaikan lagi..hehe.
Kemudian barulah penyampaian sijil dan cenderahati untuk semua peserta. Naik pentas sekali lagi cik awe Waiz kita..hehe
Senyum lebor..turun pentas nak buka hadiah terus. Ish..tak menyempat balik rumah budak ni..memang nak kena jengil bijik mata mama je. Cam ne lah orang lain boleh kata waiz ni baikkkkkkk sangat budaknya. Bagi mama baik sikit je..
Acara potong pulut kuning..yang di sponsor dan dibuat dan direka oleh Toh Puan sendiri. Nampak mek Una tu nak menyibuk sama, sibuk mengekor abangnya.
Pulut kuning versi cupcake..sia ada inti kat bawah pulut tu. Sedap..atas tu telur puyuh.
Bergambar kenangan dengan ustaz yang mengajar waiz sepanjang Kem ni. Tak terbalas jasa ustaz ni, semoga amal dan ilmu yang dicurahkan dapat digunakan oleh waiz.

Tamatlah cerita kem waiz ni..tunggu tahun depan lah update pulak ye. Waiz nak masuk darjah 1...huhu

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal