Friday, June 27, 2014

Day Trip Ke Pulau Kapas

Cita basi ni...bulan lepas punya aktiviti. Before cuti sekolah hari tu family MKS buat rombongan (lebih kuranglah) ke Pulau Kapas. Day trip je..naik bot pukul 9 pagi, balik pukul 3 petang.

Saya ni..nama je duduk Terengganu. Tapi nilah kali pertama ke Pulau selain pulau musang, pulau kambing, pulau manis...hehe. Lapan tahun tau..dalam sejarah lah. MKS lah..tak tau lah apa yang trauma sangat dengan bot tu.

So bila family dia buat trip ni..kitaorang ikut lah. Collect RM30 untuk satu kepala. Budak free kot..entahlah, sebab MKS yang bayar. So lebih kurang je lah dengan harga tiket bot yang kat jeti Marang tu. Tapi bezanya..kitaorang naik kat Taman Tamadun Islam (TTI), alah kat Masjid Kristal tu. Bot tu milik TTI jugaklah. Tu antara perkhidmatan yang TTI tawarkan selain naik bot untuk round sungai Terengganu.

Sape yang datang satu group..family ke..dalam 25-30 orang, boleh lah charter 1 bot. Seronok sikit..tak payah kongsi dengan orang luar..kan? Hari tu saya tanya..satu bot lebih kurang RM1100..tapi kalau nak tahu detail, boleh tanya staff TTI lah ye. 
Ni kat jeti TTI..gambar before berlepas. Banyak aktiviti ada kat TTI ni. Saya yang duduk kat Terengganu ni pon tak abis explore lagi. Malu pulak kat orang luar ye..siap dah mencandat sotong lagi! Kedaung betul tuan belog ni..
Ni lah bot yang kami naik tu..muat Family kami yang 28 orang tu. Campur staff TTI 2 orang..total 30 orang dalam satu bot. 

Kitaorang dapat harga staff..so murah sikit. Sebab isteri sepupu MKS kerja TTI. 
Bot tu macam kat kedai makan..ada kerusi dan meja. So santai je..saya duduk dengan my SIL. Mek una yang nampaknya agak kegusaran di situ..nebes agaknya.
Bagi kerepek pon tak di makannya...muka macam tu lah sampai ke sudah. Tak abis-abis monyok! Melampau-lampau nebesnya..haha

Si abang jugak cool..siap duduk dengan driver bot lagik! Abis di pot pet pot pet sepanjang jalan. Memang banyak cakap budak ni.
Perjalanan dari jeti TTI ke Pulau Kapas lebih kurang 1/2 jam..kalau ikut jeti Marang cepat sikit. Biasa dalam 15 minit dah sampai. 

Sebelum sampai ke Pulau kapas..bot berhenti di kawasan terumbu karang untuk snorkeling. So apa lagi..terjun lah!
Waiz pon turun..tapi penakut. Sudahnya duduk kat tangga bot je lah..hahaha. Nak hantar ke kelas renang budak ni. Biar berani sikit.

Mek una?

Emm..ni lah kerja. Boleh dia tido kat atas meja boat tu. Tapi bagus jugak..masa dia tido tu lah saya amik kesempatan untuk turun snorkeling jugak. Tapi duk pegang tepi bot je lah. Dah pakai life jacket pon tetap tak yakin...

So boleh agaklah dari mana datangnya sifat penakut waiz tu..haha.
Dah sampai ke pantai..ni lah aktiviti bebudak ni. Si una memang dari datang sampai nak balik, ni jelah kerja dia. Di ajak rendam laut..memang lansung tak nak! Penakut air sikit..melalak-lalak bila kena air!
Main lah nak..main puas-puas.
Waiz pon seronok..tapi kejap je dia main pasir ni. Selebihnya dia berendam kat laut!
Tengoklah...tak kisah dia berendam sorang-sorang pon. Sibuk dengan dunianya sendiri. Orang lain dah naik ke darat..makan, solat..mandi. Dia tak abis2 lagi mandi laut. Sampai hitam lah! Sun burn ko!

Sape yang nak pergi ke Pulau kapas day trip tu boleh lah try. Best jugak. Harga makanan...saya tak pasti. Sebab kitaorang bawak bekal hari tu. Makan ramai2..rasa masakan orang tu sikit..cuit ni sikit..ohh sedapnya. Tandas awam ada..boleh je nak mandi dan tukar pakaian. Cuma surau awam tak ada. Surau milik chalet ada..tapi tak pasti lah boleh guna ke tak. Sebab kita tak sewa chalet kan.  So hari tu kitaorang tumpang solat di kem budak2 askar ni training. 

Chalet yang glamer kat Pulau Kapas ni..Chalet Makcik Gemok. Dari harga RM40 pon ada..tapi tak pasti camne rupanya. Boleh google sendiri okey..

Ni jelah coretan dari saya..buat kenangan gitu.

Jom kiterr..







0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal