Sunday, October 30, 2011

Kesian...Terengganu Kalah

Tak ada rezeki nak menang Piala Malaysia. Terengganu kalah dengan N9 : 1-2. Ish..tak ada can nak cuti hari ni, keh keh. Semalam kitaorang tengok kat rumah jer..hujan2 ni MKS pon malas nak tengok kat luar. Lagi syok tengok kat rumah sambil peluk isteri..hiks. Tapi b4 tu..kitaorang kuar jugak cari makanan sebab ai malas nak masak! Tapau mee goreng basah, nasi goreng cina dan keropok lekor. Makan sambil layan bola..
Tapi tak bestnya kalau tengok bola kat rumah..budak kecik ni lah! Bukannya boleh dengar mama & papanya menjerit-jerit..dia pulak yang emo! Tak bestlah kalau tengok bola senyap jer kan..kena lah jerit-jerit sikit, baru syokk.

Budak ni menangis beberapa kali masa aku dan MKS jerit..dia terasa kitaorang jerit kat dia. Sampai ketar2 dia tau! Waiz ni memang tak leh dengar sound kuat2 ni..dia jadi takut. Kadang2 tu aku kat dapur panggil MKS kat ruang tamu..so kena lah bukak volume kuat sikit sebab jauh kan, eh budak kecik tu dah melalak-lalak. Dia ingat orang marah dia..hehe. Macam2 lah budak sorang ni.

Last2..kitaorang tengok bola, MKS bukak tv satu lagi untuk waiz..dia tengok cite Upin-Ipin kat TV9. Dah abis..bukak pulak VCD lagu, penat berjoget..terus tido. Tapi still tak boleh jerit2..takut budak kecik tu bangun pulak.

p/s: MKS kecewa sebab Terengganu kalah. Pagi ni dia protes tak nak kerja..tapi aku paksa gak bangun sebab kena hantar aku pergi kerja! Hahaha.


Sincerely...

Saturday, October 29, 2011

Boboi Part 1

Eh ni bukan nak cite pasal kucing aku si Boboi tu ek..sebab sekarang ni tengah marah dengan si Boboi tu. Geram...hari tu bukan main baik lagi. Tapi bila MKS lepas dia satu malam dari cage dia, esok tu dia protes nak kuar dari cage pulak. Bila kita tak bagi..eh dia berak kat luar bekas pasir dia! Satu hari aku bebel2 kat dia..tahi2 dia biar MKS yang buang. Ish..geram, nanti sambung cite kucing aku ni yer.

Sekarang kan tengah main Maharaja Lawak Mega kat Astro Warna. Ntah macam mana boleh terlupa nak tengok. Bila bukak Warna..dah terlepas group Boboi buat persembahan. Sape yang tak tau..group Boboi ni terdiri dari Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik. Rasanya gandingan yang hebat dan terbaekkk. So aku nak sokong group ni. Tapi tak pernah undi pon! Hehehe..sokong je lah.




Malam tadi main..pagi ni dah ada orang upload dalam Youtube. Memang best lah! Go Boboi go Boboi..

p/s: Kak Amy SD..nanti cakap dengan Abang HSB..sy sokong Boboi tau! Hiks..

Sincerely...

Monday, October 24, 2011

Nak Tau Stress Ke Tidak?

Bende kuning ni x bergerak pon
Tapi kalo anda tengok ia begerak...kemungkinan anda stress.
So banyakkan berehat ye.. (^_^)

p/s: apasal aku tengok benda ni bergerak? Korang?

::Taken from FB::

Sincerely...

34!

Hampir terlupa..ish ai ni memanjang asyik lupaaaaa jer! Berapa banyak wayar aku yang terputus masa beranakan si waiz tu, hihi. Lepas kelahiran waiz memang aku sedar aku jadi pelupa. Ke banyak makan semut? Ni yang bila aura nak sambung belajar datang..pikir enam ratus kali samaada otak aku ni mampu ke nak ingat perkara2 yang aku belajar nanti.

Hari ni ulang tahun kelahiran MKS yang ke-34. Ingat pon sebab ada reminder kat hp ni. Dah makin tua laki ai ni..hiks. Emm..nak belanja dia apa lah yer. MKS ni tak kisah pon kalau ada kek atau tidak..tapi bab hadiah tu. Mak aih..melampau demand-nya! Nak Galaxy Tab lah..agak2 gaji bini RM10K?

Apa-apa pon aku doakan MKS di berikan kesihatan supaya boleh cari rezeki untuk isteri dan anak2nya. Dan semoga tercapailah apa2 sahaja impian yang dihajatinya [kecuali nak kawin lain!].


Sincerely...

Sunday, October 23, 2011

New Baby..

Semalam aku baru amik kucing..amik kat rumah saudara ofismate aku di Bukit Besar. Comel. Walaupun sebenarnya aku ni geli dengan kucing. Tapi dah MKS yang beriya-iya sangat nak bela..so layankan lah.

Rasanya aku pernah cite kot..rumah aku ni banyak Cik Ti (tikus) berkeliaran. MKS dah buntu macam mana nak halau semua Cik Ti tu. So terpaksalah buat keputusan untuk bela kucing walaupon bininya sendiri takut dengan binatang tu! Hampir sebulan jugaklah menunggu kucing kat rumah my ofismate tu bercerai susu. Alih-alih kucing2 tu mati pulak. Tapi nak jadi rezeki..saudara ofismate aku tu offer kucing dia. Orang nak bagi..amik jerlah.
Lebih kurang macam ni lah kucing yang aku amik tu..warna kelabu. Bulu pon cantik. Ni gambar dari google yer. Aku tak berani lah nak amik gambar kucing aku tu..kata orang kalau amik gambar kucing, nanti kucing tu cepat mati. Eh betul ker?

Pagi tadi..gigih kitaorang pergi cari sangkar untuk kucing tu. Oh ya..papanya bagi nama boboi! Tapi budak kecik tu..panggil 'bibi', tiba2 tak reti pulak sebut huruf o. Dulu bukan main lagi asyik sebut boboiboy! Sangkar harga RM90. Ni MKS suruh aku bayar..sebab katanya aku yang takut kucing, so kena beli sangkar! Grrr..


Sincerely...

Saturday, October 22, 2011

Sesedap KFC

Sape dah try beli cheese powder? Banyak dah orang jual kat FB dan blog sekarang ni. Aku dengan MKS memang hantu cheezy wedges KFC tu. Kalau tak dapat makan ayam pon tak kisah..janji beli cheezy wedges. So hari tu aku try beli cheese powder tu. Amik 2 peket..RM30 sekali dengan postage.

Balik rumah terus goreng kentang segera. Pastu cheese powder tu campur dengan air panas. Hidang panas2..waaa...meletups. Sama macam cheezy wedges KFC tau! Siyes..tak tipu. MKS siap  makan dengan nasi lagi..punyalah suka. Aku dengan waiz pon siap ratah lagi cheese tu. Sedap betul..

Sape yang suka makan cheezy wedges KFC leh lah try beli cheese powder tu. Jimat sikit..dan boleh makan sampai buncit, ngeh ngeh.

Sincerely...

Thursday, October 20, 2011

Kepercayaan Orang Cina

Hari tu..kitaorang pergi kedai ikan, nak beli stok ikan baru sebab semua ikan2 waiz dah mati. MKS memang dah biasa beli ikan kat situ. Tokey tu pon kenal baik dengan kitaorang. Lepas tu tokey [female] bagitau, kalau lepas ni aku mengandung..mesti dapat anak perempuan. Aku saje lah tanya..sebab apa dia cakap macam tu. Tokey tu cakap sebab anak pertama kitaorang lelaki [waiz] tapi ikut muka ibu..so kalau dapat adik, mesti adiknya perempuan!

Tapi lepas tu cepat2 tokey tu cakap..tu hanya kepercayaan orang cina maa. Hehehe..takut kitaorang salah faham, nanti percaya bulat2. Yelah kita ni sebagai orang Islam, tak bolehlah nak percaya perkara2 macam tu. Kena percaya kepada takdir dan kuasa Allah sahaja.

Eh..tapi masa aku dalam pantang, ada orang tua [tak ingat sape] datang melawat. Katanya "budak ni kalau dapat adik, mesti dapat adik perempuan". Sebab puting dada waiz tenggelam. Masa tu aku tak amik port sangat..baru lepas bersalin, tak pikir nak buat adik baru pon..hehe.

Tapi sekarang..memang aku nak sangat anak. Kalau boleh nak anak perempuan. Best tengok baju2 budak perempuan. Comel2..geram betul!
Betul ke muka budak kecik ni macam aku?


Sincerely...

Tuesday, October 18, 2011

Pelawok Sungguh.

Layan senario masa balik kerja tadi, tak tau lah episod apa..tapi cite kehidupan orang Terengganu. Bayangkanlah Lan Pet Pet orang kedah dan wahid orang Perak cakap Trgnu. Memang tak menjadi langsung!

Serba serbi perkataan ditambah huruf 'g'. Semuanya berdengung..tapi bila tengok kelakar pulak. Aku ni pon tak ada lah pandai sangat cakap Trgnu ni..sikit2 boleh lah. Tapi bila dengar kumpulan senario buat lawak cakap Trgnu memang tak sama langsung dengan orang Trgnu cakap!

Tak pelah..diaorg buat lawak je pon.

Dah Sihat!

Semalam aku mc..sakit sikit jer. Sebenarnya MKS dah ajak pergi klinik banyak kali. Tapi tau-tau jer lah ai ni kan bangsa degil..selagi tak lembik, selagi tu lah tak nak pergi klinik. Malam sebelum tu MKS dah marah2 suruh pergi klinik...sentap aku kena marah cam tu. Terus tido dalam tangisan. Merajuk tak nak pergi klinik! Esoknya baru aku rela hati nak pergi klinik..doktor bagi mc 1 hari suruh rehat kat rumah.

Tapi duduk satu hari kat rumah..bosan lah pulak. Petangnya terus MKS bawak jalan2 kat pantai Batu Buruk. Lama tak bawak budak kecik tu main pasir. Kena pulak angin pantai terus rasa segar badan ni..sambil tengok orang main jet ski. Nikmat..

Pagi ni pergi kerja MKS hantar..saje nak bermanja. Padahal dah sihat..boleh jer drive sendiri, hiks. Kesian pulak kat MKS..tapi dia sendiri yang sanggup!

p/s: esok ada management meeting..waaa

Sincerely...

Tak Serik-Serik..

Malam hari tu MKS ajak pergi Klinik Pakar Hashim lagi. Aku ingat dia dah serik nak pergi. Sebab kan hari tu dia pergi cek jantung kena RM250. Rupa-rupanya tak serik lagi laki aku ni. Katanya tak nak jumpa doktor..nak beli ubat jer. So MKS assume..mungkin murah sikit. Mungkin okey..mungkin..

Sekali ko..beli ubat saje RM170. Aku rasa macam nak gelakkan dia jer..tapi kesian pulak. Gelak dalam hati jer lah. Hope lepas ni MKS sedar..cari klinik lain lah. Bukan aku kata Klinik Hashim tu tak bagus, tapi orang kebanyakkan cam kitaorang ni baik pergi hospital kerajaan je kot..hiks. Atau sebenarnya MKS kena set fikiran dia boleh hidup tanpa ubat2 yang banyak tu.

Kalau korang tengoklah beg ubat MKS..segala mak nenek ubat ada! Sampai kadang2 tu aku rasa cam MKS ni ketagih ubat jer. Dia selalu fikir dia sakit..sakit..sakit. Walaupon kadang2 tu memang dia betul2 sakit. Tapi aku tak sukalah dia ikutkan sangat perasaan dia tu. Sebab aku ni jenis kalau sakit..mesti set kat minda sendiri.."aku tak sakit..aku sihat". Kalau dah teruk sangat..terpaksa jumpa doktor, makan ubat..baru aku buat. Sebab aku tau..aku boleh kawal perasaan dan minda aku sendiri..hehe.

p/s: Itulah perbezaan aku dengan MKS

Sincerely...

Sunday, October 16, 2011

(",)


p/s: Aku tak stressed..tapi nak makan ice cream, coklat..cam no tu?

Sincerely...

Saturday, October 15, 2011

Santai Petang

Bosan..nak duduk rumah tak tau nak buat apa [padahal banyak gile kerja..baju tak lipat, tak iron ----> memang dasar pemalas, hiks]

MKS ajak tengok orang main monsoon cup. Main monsoon cup? Apakah itu? Alah..tu yang main perahu layar tu. Eh betul ker?

Sebenarnya event monsoon cup start bulan November nanti. Tapi aku tengok ada je orang main perahu layar tu..training kot. Ntah lah..mak mane lah tau main mainan orang kaya ni! Tak paham lah aku bakpe diaorang tu dok pusing2 kat situ jugak..pening.
Ni kitaorang tengok kat depan Bazar Warisan jer..nampak jugak diaorang main perahu layar dari situ.

Eh tapi agak bahaya kalau nak tengok kat dini..korang tengoklah pengadang kat situ. Kontraktor manalah yang buat yer...punyalah besar besi2nya. Kalau budak besar2 waiz tu memang muat sangatlah. Nanti ada kuar berita budak jatuh sungai baru kecoh nak baiki..ye dok?

MKS memang monitor sangat2lah budak waiz ni. Budak kecik tu bukannya reti kalau kita cakap jangan..lagi suka dia pergi kat tepi tu. Nak tengok fish katanya..
Berbaju boboiboy..

Tahan beberapa saat je lah duduk kat situ. Tak bagi can langsung mama dan papanya nak berdating! Pastu..berlari mengejor dia je lah.
Menyibuk kat papa pulak..
Dah macam pelancong pulak amik gambar kat depan Bazar Warisan ni..hehe. Percaya tak..aku tak pernah naik pon Bazar Warisan ni. Tak taulah kedai mana yang murah jual kain batik dan sutera. Kalau sedara mara datang sini..mintak tolong bawak jalan sini, mati lah aku. Pasar payang tu pernahlah naik..tu pon sesat ko!


Sincerely...

Friday, October 14, 2011

Budak Ni Paling Pandai Buat..

SEPAH!
Perkara biasa yang di alami semua ibu2..kan? Ke ada yang tak kisah bila anak2 buat sepah kat rumah? Sila bagitau camner korang tangani prob ni..nak menuntut ilmu..keh keh.
Sepah lah lagi waiz..keluar jer semua mainan tu!

Budak ni..nak main satu mainan jer. Tapi abis keluarkan semua! Semua budak macam ni ek?
Oh yang ni pon kena keluarkan jugak..penting tu. Lagi lagi..
Sudahnya bersepah!

Terfikir gak nak buat satu bilik untuk waiz main. Biar dia buat sepah kat dalam bilik tu jer. Masalahnya budak tu tak berani pulak nak duduk bilik sorang2. Penakut!


p/s: Bab kemas barang mainan waiz ni tugas MKS yer..sebab dia yang beli semua mainan tu. So dia yang kena KEMAS!


Sincerely...

Wednesday, October 12, 2011

WW

Korang yang mana 1?


Sincerely...

Tuesday, October 11, 2011

Beralih Arah..

Nampak benorr aku ni tak setia ek? Kejap suka hero korea..ni suka hero Twilight pulak!  Esok lusa suka hero Tamil..Hehehe.

Semua series Twilight aku dah sedut..and semuanya aku dah tengok. Sampai terlupa nak layan laki..nak layan anak..nak layan boss..ehh. Ulang tayang banyak kali sampai lebam. Tapi Twilight yang memula sekali jugak sedap. Yang kedua..new moon tu tak best sangat sebab Edward Cullen tu tak ada sangat..yang ketiga - Eclipse, Edward ada..so best jugak.

Sekali lagi..nampak benor aku tengok cite Twilight ni sebab si Edward Cullen tu, bukan sebab jalan citenya. Emmm..Edwardddd!




Yang bawah ni nampak sangat vampire..muka pucat, bibir merah bak delima..hehe


Sincerely...

Monday, October 10, 2011

Jom Ngail

Hari Jumaat hari tu [7hb Sept 2011] ada program kat kampung MKS ni. Pagi gotong royong bersihkan kubur..sebelah petang pulak ada pertandingan memancing. Ingatkan tak dapat sambutan..sebab program ni bawah AJK BN. Kawasan kitaorang duduk tu pulak ramai orang PAS..hehe. Tapi tak kisahlah..orang biru ke hijau ke, kalau duduk sekampung tu elok lah bermuafakat..iye dok? Janganlah sebab parti ni..kita nak bergaduh. Malulah kalau sesama bangsa dan agama bergaduh. Okey, aku dah melalut!
Antara AJK yang menganjurkan program untuk orang kampung ni..termasuk lah MKS. B4 hari pertandingan tu tak duduk diam..cari hadiah, air, etc. Susah payah buat kerja..tapi last2 orang tak hargai jugak! Orang kutuk jugak! Dah lah tu bang, letak lah jawatan. Okey..melalut sekali lagi!
Punyalah ramai orang..tak kira budak, orang tua..orang perempuan pon ada yang join. Termasuklah aku dan my SIL tau! Semangat cari batang salak nak buat joran..hehe. Yuran penyertaan pulak RM3 jer. Yang bestnya..aku dapat ikan tau. Tak sempat nak amik gambar. Alah..ikan kecik jer. Tapi tak sempat nak masuk kategori siapa dapat ikan paling cepat. Pastu ada 2 lagi kategori iaitu ikan paling berat dan ikan paling banyak. Ni pon aku x layak join..sebab dapat ikan sekor jer, ringan pulak tu.
Ni hamper cabutan bertuah..isinya makanan ringan dan air. Aku punya nombor joran 123..nampak macam nombor bertuah kan? Tapi tak naik pon nombor bertuah aku tu..so tak dapat pon hamper ni..emm.
Yang ni pulak cabutan bertuah no.10 sehingga 1. Macam2 alatan elektrik ada..dapur gas, iron, pembakar roti, pemain cd, rice cooker dan tv. Kat sini pon tak bertuah..sedih.
Tu dia..cabutan bertuah yang pertama, basikal pixie. Tengah top dan glamer. Budak2 ramai yang masuk sebab geram kat basikal tu lah. Dahlah keluaran terbaru..harga RM800 jugak lah. Kaler merah..mantops. Sape tak nak..hehehe.

Masa umumkan siapa dapat basikal tu..tukang umum sebut jer nombor 0, terus aku koyak no bertuah aku..hehe. Memang tak ada harapan! Nombor bertuah basikal pixie tu..054. Adik budak ofis aku yang dapat! Memang rezeki dia lah..sebab memang dia lama dah nak basikal tu. Best betul

p/s: Dengar2 26hb November 2011 nanti nak buat pertandingan mengail ni sekali lagi. Mat said siap turun lagi..kita tunggu je lah jadi ke tak.


Sincerely...

Sunday, October 9, 2011

Jangan Baik Sangat!

Perangai MKS yang aku tak tau nak komen macam mane..samada tindakannya betul atau tidak. Berpra-sangka baik, lembut hati, pemurah..bagus ke perangai macam ni? Tapi kalau dah sampai orang amik kesempatan..bagus ke kalau kekalkan perangai macam tu?

Macam ni..hari jumaat lepas, time Maghrib..ada orang datang rumah kitaorang. Bila aku tanya, katanya kawan MKS. So aku panggillah MKS..dia jumpa orang tu, sembang 5 minit..pastu MKS naik atas rumah, amik wallet. Macam biasalah..aku memang familiar sangat situasi macam tu. Macam2 orang datang jumpa MKS nak pinjam duit. Aku tak kisah lah sangat..sebab tu duit MKS, hak dia nak bagi kat sape or pinjam kat sape. Lagipon kita tak tau..mungkin orang tu dalam kesusahan.

Lepas kawan MKS tu balik..aku tanyalah [okey..sifat2 biasa seorang isteri..si busybody!]. Tanya macam polis..sape tu, nak apa, kenapa datang time2 Maghrib ni. MKS kata orang tu bukan kawan dia..pernah jumpa pon sebab orang tu dulu pernah servis aircond kitaorang. Katanya nak pinjam duit sebab kena saman dengan polis. So MKS bagi pinjam RM50. Emm..ntah iye ke tak. Tak pelah..mari kita berpra-sangka baik macam MKS.

Keesokkan hari [sabtu], MKS call aku kat ofis..katanya jangan balik rumah lagi. Amik waiz kat rumah pengasuh dulu..pastu pergi duduk rumah Kak Nah [kakak MKS].

Tiba2 bagi arahan macam tu..mestilah ada benda yang tak kena kan? MKS cakap orang yang datang hari jumaat tu ada kat rumah. Nak pinjam duit lagi. MKS dah rasa tak sedap hati..so dia telefon boss tempat servis aircond tu. Boss tu cakap orang tu dah lama berhenti kerja, pastu siap pesan kat MKS jangan layan sangat orang tu. Sebab dia ada main 'benda'. Apa maksud 'benda' tu pon aku tak tau..isap dadah ke, mengedar dadah ke, mencuri ke..ntah.

Okey..aku dah dah cuak. MKS pulak memang tak nak jumpa orang tu lagi. MKS dah call..cakap dia balik lambat. Tapi orang tu still tunggu kat rumah kitaorang dari pukul 4 petang sampai 8 malam! Berkampung kat tangga rumah aku tau. Abang ipar MKS kat sebelah rumah tu dah pesan suruh balik..dia still tunggu! Seram tak? Dah macam kitaorang ni pulak yang pinjam duit dari along...lari2, takut nak balik rumah. Padahal?

Pukul 9malam tu..bila kitaorang balik rumah, orang tu dah tak ada. Tapi motor dia tinggal kat rumah kitaorang. Siap parking sebelah motor aku lagik! Apa niat dia pon aku tak tau..mungkin sebagai alasan untuk dia jumpa dengan MKS nanti. Rasa hidup ni macam dah tak selamat pulak. Aku dah bebel2 kat MKS ni, kesian..berdarah telinga dia dengar syarahan aku..suruh dia settled perkara ni. Dan sebagai pengajaran kat dia..jangan mudah kasihan kat orang yang kita tak kenal. Dunia sekarang banyak sangat orang amik kesempatan pada kita.

p/s: Tak taulah hari ni aku kena 'lari-lari' ke tak..takut orang tu tunggu kat rumah jer.

Sincerely...

Baru Nak Layan..

Hehehe..filem basi. Dah lama tayang..tapi aku baaaruuuu nak tengok. Sebelum ni orang kecoh2 hero Twilight ni handsome. Kat celah mana hensem pon aku tak tau! Muka pucat jer [nama pon vampire..so memanglah pucat] tak selera aku nak tengok.

Tapi baru2 ni aku belajar sedut [download] movie. Before ni aku amik jer dari orang..mana reti nak sedut2 movie ni. Tapi sebab nak sedut movie yang aku suka..kenalah belajar cara2nya. Tak kan nak suruh orang kan? So filem pertama yang aku try sedut adalah twilight. Pastu belajar letak subtitles..jadi! Wah berfungsi jugak otak aku ni yer. Mati2 aku ingat aku ni lembab IT..hehe.

Seminggu gak lah aku peram cite twilight ni. Semalam baru ada masa nak tengok. Eh best lah cite ni..hero dia si Edward tu memang hensem. Patutlah ramai budak perempuan tergila-gilakan dia. Tapi sekarang bukan budak jer suka..mak badak budak pon suka, cam mana ni?

Sekarang ni tengah gigih sedut cite twilight yang lain. Sape yang tak tau..ada Twilight (2008), ni aku dah tengok. Pastu Twilight Saga – New Moon (2009)..last The Twilight Saga Eclipse (2010). Lagi dua ni..dalam proses sedut. Kalau lambat sangat..aku cari cd jer nanti!


Sincerely...

Friday, October 7, 2011

YOYO Car

Mainan ni dah lama aku nampak kat Sabasun. Tapi tak pernah terfikir pon nak beli..sebab macam x best jer. Lagipon biasanya MKS yang rajin beli mainan untuk waiz. Aku ni kedek sikit bab beli mainan ni. Beli pakaian tak pe! Hehehe..

Sampailah hari tu MKS nampak budak [Danish] kat depan rumah kitaorang main mainan tu. Terus dia tanya ayah Danish, kat mana beli kereta tu. Padahal aku tau kereta tu ada kat Sabasun..hehe. Petang tu terus ajak aku pergi Sabasun. Nak beli kereta tu untuk waiz. Budak kecik tu relax jer..papanya yang lebih2 kan?

Bila beli..tengok resit. Rupanya mainan tu namanya yoyo car. Yoyo car? Aku pon tak tau nape namanya yoyo car. Agak2nya sape yang naik yoyo car tu mesti poyo..hehe. Termasuklah MKS, sampai rumah..dia yang beriya-iya mengajar waiz cara nak main yoyo car tu. Hahaha..kelakar betul. Sampai berebut dengan waiz!
Ni budak kecik dengan yoyo car kaler merah. RM55.00 sahaja..kat Sabasun okey. Budak ni bukannya reti main. Sepatutnya yoyo car tu digerakkan dengan pusing2kan stering jer. Kaki dilunjurkan atas yoyo car. Tapi budak ni tetap tolak dengan kakinya. Suka hati ko lah waiz..


Sincerely...

Thursday, October 6, 2011

Spek Baru

Baru amik malam tadi..untuk ganti spek kat rumah yang patah tu. Biasanya aku dgn MKS buat spek kat Penny Pang. Spek kat situ mahal skit..tapi berkualiti. So kali ni aku test buat spek kat kedai Mesra..ingatkan nak save budget. Masuk kedai jer, aku cakap direct nak spek paling murah..hehe.

Aku amik ni yang paling murah dah..RM148. Bingkai harga RM88 plus cermin RM60. Tu pon MKS kata mahal..hehe. Dia bising nape x tukar bingkai jer..guna cermin lama sebab spek aku tu bingkai jer yang patah, cermin elok lagi. Lah..mana lah aku tau. Bukannya aku suka2 nak beli spek..ni kan keperluan utk orang rabun cam aku ni..hehe. Kang tak nampak suami sendiri..baru tau!

Spek Lama

Ni lah spek aku yang patah tu. Siap bergetah lagi..punyalah kreatif sampai berikat getah. Ingatkan boleh lah pakai..haraaammm. Memang tak dapat diselamatkan langsung. Kalau tercabut skru tu bolehlah aku hantar kedai, ni besinya yang patah.

Lama dah aku pakai spek ni..dekat 4 tahun rasanya. Walaupon aku ada spek yang lain..balik rumah mesti tukar spek ni. Selesa. Tapi nampaknya khidmat spek ni sampai di sini sahaja..huhu.

Terima kasih spek kerna berbakti pada tuanmu yang rabun ini. Jasamu tetap ku kenang..tsk tsk.

Macam tak sesuwai jerrr..errk


Aku bukanlah nak memperendahkan golongan retis ni..no no no. Tapi wartawan ni takde soalan yang 'bijak' sikit ke nak tanya? Emm...

Sincerely...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal