Thursday, October 14, 2010

Jom Tengok...hehe

Sebenarnya susah nak tgk aku ni mengadap drama2 melayu kat TV..bukanlah x menyokong drama2 @ filem2 tempatan ni..tp disebabkan bizi tahap cipan menyebabkan aku terpaksa memilih untuk tengok TV or tido buat kerja rumah. Aku ni kan mama yang bekerjaya kononnya! Siang hari menghambakan diri dengan kerja2 ofis..balik kerja kena buat kerja rumah pulak. Mane nak basuh baju, angkat baju, lipat baju, memasak, menyapu, mengemop, urus anak lagi..bapaknya pon kena diuruskan jugak. Nak dapat title isteri mithali ni kenalah jaga hati & perut mr MKS tu..huhu

Tapi di disebabkan baru2 ni ada 1 drama kat tv3 yg cam best je untuk di layan..(walaupun aku sebenarnya x bape gemor dgn pelakon sorang tu..ceh bajet cam artis tu ade buat salah dgn ko je!..ape kes) lepas tengok 1 episod ke 1 episod..terus addicted kat drama ni. So sekarang tepat 6.30pm dari hari Isnin-Khamis mesti dah terpacak kat depan TV. Pelakon lelaki dia Adi Putra pulak smart banget..dari dulu memang suka tgk dia rambut panjang gitu. Jom tengok cite CHINTA..hehe


[Gambar & Sinopsis kopipes dr TV3 ->  tgk sini..]

Chinta….satu nama yang tidak asing di kalangan elit yang mengunjungi syurga terlarang. Cantik, anggun, peramah, bijak, Chinta tahu menggunakan akan aura tarikan dan kelebihannya untuk memikat lelaki-lelaki yang hanya mahukan tubuhnya. Namun, Chinta tidak akan membiarkan dirinya menjadi milik hakiki pada sesiapa kerana dia tidak suka terikat. Sesiapa jua boleh memilikinya sekiranya mampu, tetapi hanya buat seketika. Chinta nekad untuk mengharungi hidup sendirian sebagai kupu-kupu malam walaupun hatinya sangat bencikan kaum lelaki yang menjadikan nasib dirinya begini. Jadi tidak hairanlah, selama ini hatinya tidak pernah terbuka kerana dia tidak pernah percayakan pada perasaan cinta.

Sincerely...

2 comments:

sweetdarling said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

salam...

hehehe pun tak gemor dengan pelakon sorang tu, selalunya kalau ada dia, mmg tak tgk ler jawapnya.. tapiiiii sebab ada adi putra, kenalah tgk pejam sebelah mata.. hahahaha

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

agak2nya pelakon yg mane satu yer?hehe...
admire sgt dgn amar..huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal