Friday, February 27, 2015

Teluk Anson Teluk Batik

Bila dah balik kampung..biasanya saya suka lepak2 kat rumah je. Tapi tau2 je lah MKS, dia pulak komplen bosan. Ajak jalan-jalan..so yok kita ke Perak sahaja.

Ikut tekak..nak rasa air jagung dan mee rebus Mastan Ghani yang popular tu..tapi tutup, nangis! Lepak2 dan bergambar kat Menara condong ni jelah. Rasanya ni gambar pertama saya di mercu tanda Teluk Anson/ Teluk Intan ni...haha.

Walaupun dulu selalu gak round2 teluk Intan..tak de lah napsu nak bergambar, yelah..dulu mane ada hp kamera kan! Saja2 nak bergambar guna kamera pun malu..huhu.

Ni ramai je orang berpicca-picca dan berselfie..so kita layankan je lah.
Adik una tak lepas2 nak buat peace...asyiklah jadi "1 Malaysia"..haha. Eh memang senget ye menara ni. Tengok depan mata tak senget pon!
Gambar berkeluarga..Cinta hati mama sangat 3 orang ni. Cepat je dah besar budak2 ni..


Dengan adik..tq sebab temankan akak sekeluarga jalan2.
Lepak je..panas ye?
Sempoi je anak2 mama..pakai selipar je, hahaha.
Sila baca!

Lepas jalan2 kat Teluk Intan..kitaorang decide ke Teluk Batik. Sebab tak tau nak pergi mana dah..haha.
Ramai orang..tengah hari terik pon orang melenjan mandi pantai. Tak takut hitam ke korang? Musykil aku!
Waiz dah bising nak mandi jugak..lepas dapat port best dengan sewa kerusi, suruh dia main2 pasir dulu. Masih panas lagi. Nasib standby baju dan seluar, tapi saya paksa jugak dia pakai spender una. Sayang nak bagi dia mandi pakai seluar..takut kang lepas2 tu dia terkencing dalam seluar, tak ada seluar pulak nak tukar. Sentap2 dia sebab kena pakai spender una...haha. 

Tapi sekejap je lah sentapnya..lepas tu lagi teruja dapat main air. Yelah kat terengganu, biasa main pasir je. Mana boleh mandi kan..bahaya. So kat sini..mainlah puas-puas!

Una saya pakaikan pampers je..dia tak berani nak main2 air ni, main pasir je. Tertonggeng-tonggeng dia main pasir..makin lama air makin naik. Kena jugak kat kaki dia..mujur dia tak berendam, kang abis penuh pampers dengan air laut.

Lepas petang sikit..baru kitaorang beransur balik. Nak cepat ke pasar malam kat Sabak pulak..nak kejar sate kerang..tapi abis..nangis sekali lagi!

Tapi okeylah dapat makan cakoi..air jagung..sob sob.

Tu jelah cerita balik kampung di cuti CNY saya. Hari Sabtu..saya dah gerak balik Terengganu sebab tak nak sangkut jem kat tg karang/ijok.

Okeylah..selamat selamat pergi dan balik. Tunggu raya pose pulak lah dapat balik..huhu. 

p/s: bila lah highway LATAR tu nak terus ke sabak bernam..mesti lagi cepat. Tak payah nak serabut jem kat tg karang/ijok/k.selangor...kan?




1 comments:

TiranaAduka said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Salam sis..
teringin juga Ta nak bawa keluarga ke sana....bile ye....................................................???????????????????????????????????????????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal