Monday, July 14, 2014

Separuh Ramadan

Alhamdulillah dah separuh ramadan kita lalui..semoga diberi kesempatan untuk terus berpuasa ye. Saya ni memang officially tak bekerja dah. Tapi tetap tak duduk rumah.Pagi-pagi dah keluar hantar waiz ke sekolah, lepas tu duduk di ofis MKS  sepanjang hari. Kalau dia larat drive...bolehlah berbuka kat rumah. Tapi biasanya memang berbuka di ofis jer..hehe.

Walaupun tak bekerja, tetap mengelat time memasak..haha. Nak buat camne, tak ada freezer kat ofis ni. Kalau tak boleh lah bawak bahan mentah utk masak makanan berbuka..kan? Cis alasan lagi! Tapi tengahari saya masak lah sikit untuk lunch waiz dan una. Yang ringkas2 je..ayam goreng ke, telur goreng tu..balik2 menu tu je lah.

Kat depan ofis saya ni memang ada bazar ramadan..so MKS memang suruh beli kat bazar je. Sebagai isteri yang menurut perintah, saya ikutkan je. Cukup sebulan berpuasa..semua kedai saya dah try.

MKS kalau berbuka memang nak makan nasi je..so belilah nasi lemak ke, nasi minyak ke..nasi kukus ke. Saya jarang nak makan nasi time berbuka ni..nanti mulalah culas nak solat terawih. Mengantuk je mata..cam di gam-gam. So biasanya makan yang ringan2 cam roti john or kuih muih je. Kalau lapar sangat..makan jugak nasi waiz dan una lunch tadi. Saya senang je..malas nak cerewet2 sangat.
Tapi waiz dan una...memang suka sangatlah dengan ayam goreng ni! Betul-betul jual depan ofis MKS. Tiap-tiap hari lah budak waiz tu mengintai dari tingkap, jap-jap tanya "mama ayam goreng siap ke belum?" Hoiii..letih mak ko nak jawab. Selagi tak siap..selagi tu lah ditanya-tanya.

Orang jual tu pon pandai buat promosi. Tengoklah ayam goreng sape tu..UPIN IPIN!! Budak mana tak berhenti beli kan? Makpak budak pon kadang-kadang terliur..haha.
Waiz sekarang ni dah 5 tahun...tapi tak puasa pon. Tiap-tiap hari lah kita tanya, "esok nak pose tak?" Nak aje jawabnya..nak jadi macam upin ipin, pandai pose. Tak nak ikut fizi, mail & ehsan..sebab diaorang tak pose. Tapi tiap-tiap pagi lupa dah. Before pergi sekolah dah bantai koko krunch dengan susu..hehe.
Semek Khairuna ni lagilah tak pose kan. Penat nak layan kerenah dia..sejak tak pergi nursey ni, makin manja tau. Asyik menepek kat mama je..dah macam kembar siam pulak!

Tu je lah cerita ramadan saya tahun ni. Selamat berpuasa dan memasak ye kawan-kawan!

3 comments:

Rohani Hashim said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Eh wida xkerja dah ke? Husband kerja sendiri eh.bisnes eh.hihi sama la kita xkerja. Tp hany duk rumah la.

Seronok kan bazar depan opis je.xyah sesak sesak nak parking ke apa ke kan.

Yusmawati Paiman said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

ooo, wida dah tak berkerja ya? Kira WAHM pulak ya?

Anak2 biasalah, ayam goreng tu feveret,....hehe. Tapi di rumah kak yus yang suka ayam goreng Alia dan Amani je....yg lelaki semua tak minat.

RYS AREESA NASIR jr said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Err... CIL... akak rasa mcm tertinggal belon... hu hu... best nya jadi WAHM.... nak jealous la kat wida.. hu hu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal