Baru-baru ni..before puasa, cikgu sekolah waiz ada call. Katanya, nak wakilkan waiz ni untuk taska PERMATA cawangan Kampung Panji ke pertandingan memarna dengan taska-taska cawangan lain. Ish..saya ni macam tak percaya je. Yelah, waiz tu pegang pensil pon tak berapa nak betul lagi..confuse kejap dengan cikgunya tu. Betul ke..boleh ke waiz mewarna..macam-macam lah.
Tapi bila cikgunya dah yakinkan saya..saya pon sokong jelah. Bagi pengalaman sikit ke waiz tu..lagipon saya tau, waiz memang suka aktiviti-aktiviti macam tu. Hari mewarna diadakan pada hari Jumaat..gigihlah kami anak beranak bangun awal pagi ye. Biasanya hari cuti..anak-anak dan makpaknya bantai tido sampai kol 10am!!
Kasi semangat sikit..beli pensil warna yang baru. Padahal kat rumah punyalah melambak..kat bawah kerusi ada, atas katil ada..dapur ada..merata-rata! Tapi sebab PAPANYA nak yang baru..kita layankan je lah! Papanya memang over semangat..hehe
Ni group taska waiz..setiap taska wakilkan 10 orang budak. Semua berkumpul kat Taska PERMATA Batu Buruk. Kawasan taska tu besar..siap ada playground lagi.
Ibubapa boleh duduk sekejap je dalam ni..lepas tu semua kena halau keluar okey. Anak-anak kena kaler sendiri. Nasib baiklah waiz tu tak penakut macam una..relax je kena tinggal sorang-sorang.
Pandai jugak dia kaler sorang-sorang..kagum sekejap. Macam tak percaya..eh anak aku ke tu? Hehehe..
Una pon saya angkut sekali..budak ni sibuk nak kaler dengan abangnya sekali.
Lepas saya keluar dari tempat mewarna ni..hendap2 kat tingkap je lah. Waiz ni kaler punya lah laju..tak sampai 10 minit dah siap okey!! Dia lah orang pertama bangun..jerit2 kata dah siap.
Tapi cikgunya suruh duduk..dan kaler lagi. Tapi 5 minit lepas tu..dia start kacau kawan2 dia. Cikgunya tak tahan..terus suruh waiz keluar..hahaha.
Rupanya mamat tu kelam kabut mewarna..siapkan cepat2, sebab tak sabar nak main kat playground okey..sabar jelah! Lepas bagi dia main..dah dapat hadiah saguhati..kitaorang laju-laju balik. MKS sakit kepala lah pulak...
Harap akhir tahun ni, waiz dapat wakil taska untuk masuk pertandingan hafazan pulak.
4 comments:
Same la kite, pensel kaler merata2 kat rmh. Tp g kedai nak beli lg.....
assalam..kira bakat terpendam la tu..x pe la buat permulaan..dia x sabar nak g playground tu..x menyempat tu yg kaler kan men laku ye..
Lamanya tak update blog kan...
Samalah anak saya, pensil warna merata2....lepas tu tak tahu cari kat mana, minta beli yang baru lagi...hehe
kelakar la waiz ni hehe...
Post a Comment