Monday, February 28, 2011

BE Dah Jadi ME

Hari ni tengok akaun Nuffnang..BE Celcom dah bertukar menjadi Metered Earning. Sedih pulak..huhu. Dah lah duit yang masuk pon tak banyak. Pasni tak ada lah iklan Celcom menari-nari kat blog aku. En Nuffnang..tolong lah bagi iklan Celcom tu semula...aku ni pengguna setia Celcom dari dulu sampai sekarang.


Sincerely...

Follower Ke-200

Alhamdulillah..pagi tadi bukak kat dashboard dah ada 200 follower. Terima kasih yang sudi follow aku ni.. Diharap perkenalan ini menjadi persahabatan yang berpanjangan.
Kebetulan yang tidak di sangka..template yang di guna oleh http://kisah-sufi.blogspot.com/ sama dengan template yang aku guna sekarang ni. Jumpa kembar 'siang' lah aku!

Terima kasih semua...


Sincerely...

Tengok Budak Ni!

Lokasi : Jom Heboh, Dataran Shahbandar
Masa : mr MKS nak pitam!

waiz : mama..waiz nak turunnnnn.
mama : no no no..duduk jer situ!
waiz : tolong lah mamaaaa
mama : http://www.cute-smiley.com

waiz : okey..mama tak nak tolong, waiz turun sendiri
mama :http://www.cute-smiley.com

waiz : http://www.cute-smiley.com

mama : http://www.cute-smiley.com

Sincerely...

Sunday, February 27, 2011

Cara Semak Saman

Dah cek saman? Kena ke tak? Cepat..sebelum terlambat!
Nak cek guna myeg pon boleh..tapi kena register dulu. Aku cek guna sms jer. Cara-caranya:

Taip SAMAN POLIS NO.KERETA
Hantar ke 15888
Contoh : SAMAN POLIS ABC123
(Caj 20 sen)

Kalau ada saman..dia akan mintak kita reply no.email. Ikut je lah step2 dia.
Tadi tolong cek kereta mr MKS..satu tu bersih dari saman. Tapi kereta kancil dia ada saman tahun 2008. Padahal..saman tu dah lama settled. So..nak kena bayar ke tak ni?


Jom Heboh Tak Best!

Mau kena saman dengan TV3 nanti ni..huhu. Sabar..baca sampai abis dulu. Pagi jumaat tu..kitaorg pergi Jom Heboh kat Dataran Shahbandar. Ingatkan pergi pagi2 ni..tak ramailah orang. Tapi..Ya Allah, ramai jugak umat manusia! Bersesak-sesak lah jugak. Mujur kitaorang dapat parking dekat jer. Tak ada lah kena menapak jauh sangat. Cuaca pon panas molek..berpeluh-peluh kitaorang.

Nak dijadikan cerita..sebab cuaca yang panas tu, mr MKS hampir pitam! Kecut perut jugak aku masa tu..takut dia rebah kat atas jalan. So..Cepat2 cari tempat teduh, duduk, basahkan kain tuala waiz dengan air sejuk..pastu lap2 ke muka dan kepala mr MKS. Lepas lega sikit..kitaorang jalan semula. Tapi mr MKS request cepat sikit..sebab dia rasa tak sedap badan jugak masa tu. Terpaksalah aku cepat2 round setiap booth..beli pon ala kadar jer. Tanya harga berapa..terus sambar. Aku beli beg Horlick, Snekku & Tiger/Chipsmore jer.

Gambar pon tak sempat nak amik ko..huhu. Cuma 1 gambar jer yang aku sempat snap! So, sekarang tau lah kenapa aku kata Jom Heboh kali ni memang tak best!Tapi nak buat cam ner..dah orang tak sihat, tak kan nak paksa diri jugak. Setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Hikmah dalam cite ni..selamat duit aku..hehe.


Sincerely...

Saturday, February 26, 2011

Lawak : Aminah Yang Pandai

Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan
perhatian.

1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya soalan

"Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?".

Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat sikit.

Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit "MAK!!"

Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik.

Ustazah tanya lagi soalan.

"Sape pencipta alam dan segalanya?"

Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!"

Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik.

Pastu ustazah pun tanya lagi soalan.

"Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suam
i setiap kali sebelum
tidur?"

Budak tu cocok lagi.

Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata

"Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap!!"

Ustazah tu t
erus pengsan.


sumber: email

Sincerely...

Friday, February 25, 2011

Jom Heboh@Kuala Terengganu 2011

Pakat gi ramai...di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu. Hari ni dan esok jer (25hb & 26 Februari 2011).
Kitaorang nak pergi awal2..petang nanti confirm ramai orang. Jom~

Sincerely...

Thursday, February 24, 2011

Ehemm..

Suamiku,
Ehemm..tgk hp apa yang sesuwaii untuk sayer.
Bila nak tukar hp sayer ni bang. 
Huhu..cian sayer.


p/s: kalau abang tak nampak..klik gambar tu untuk tumbuhbesaran. Kalau tak nampak gak..gi amik cermin mata!

Sincerely...

Menyesal Baca Entry Tu!

Damn! Menyesal..menyesal menyesal. Menyesal baca entry ni! Sampai sekarang terbayang-bayang, teringat-ingat..cis..menyesal!

Pintu bilik ofis aku ni..dan dan tutup sendiri jer! Mula lah..pandang atas bawah kiri kanan. Tak tau lah cite tu betul ker tak. Tapi orang penakot cam aku ni..memang sepatutnya tak payah baca cite2 cam tu. Tapi degil..nak baca gak! So..rasakan. 

p/s : Waiz, malam ni teman mama gi toilet ek


Sincerely...

Wednesday, February 23, 2011

BLOG PINK

Jom join segmen dari http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com/. Ikot kumpulan kaler darah blog korang ek. Blog aku kaler aper? Yes, pandai...

PINK
PINK
PINK!

Ke ada yang rabun warna kat sini..meh aku tenyeh2 biji mata korang!
Nape baju blog aku kaler pink? Alah senang jer...aku suka PINK..fullstop. Tak ada lah, sebenarnya aku ni sangat lah perasan..yang kaler pink adalah lah sangat sesuai dengan kulit ku yang putih gebu ni (mesti korang tertanya-tanya ape kena mengena kaler kulit dengan kaler blog aku ni kan?) Tak tau nak terang cam ner..aku memang hantu pink! Walaupon b4 ni kaler blog aku bukan kaler pink pon!

Menyampah kan baca n3 aku ni?

Nak tag blog kaler pink ni:
Korang..KLIK SINI untuk join.

Sincerely...

1st Give-Away By Deekuntum

Bersemangat nak join GA lagi..kali ni dari sis DeeKuntum. Sape nak join klik banner di atas.
Tarikh tutup 28hb Februari 2011@12am

Kena tag 2 orang..jadi aku nak susahkan orang-orang ini, hehe:




Sincerely...

SAYA NAK BUSHA INI UNTUK ANAK SAYA

Suka suka...waiz memang dah banyak busha. Tapi kalau dapat busha free ni...mesti lagi best woooo. Cepat cepat, sape nak busha free leh join GA ni. Klik jer kat gambar di atas..atau pergi kat sidebar blog ni.

Tamat pada 6 march 2011 jam 12:10 pm.

Sincerely...




My Rempeyek Giveaway


Semangat nak join GA ni..sebab hadiahnya adalah MAKANAN!. Kalau diberi pilihan nak rempeyek ikan bilishttp://www.cute-smiley.com

Nak tag:

Cepat...b4 1hb March 2011 @11.59pm.
Nak join? Klik jer banner di atas.

Sincerely...

Tuesday, February 22, 2011

Bukan Tak Nak Join..Tapi

Pada sesiapa yang jemput aku untuk join contest atau GA tu..tapi aku tak join jangan marah ek. Mintak maap bebanyak. Bukan tak nak join tapi sebab syarat2 nak join contest & GA korang tu tak dapat aku penuhi. Contohnya tak ada gambar sesuai nak tepek kat n3, tak tahu jawapan, syarat2 yang complicated, etc. Terima kasih sebab jemput aku ek..

Sincerely...

i'am Sorry

Sejak kebelakangan ni, agak bizi uruskan kerja2 di pejabat. Bulan ni pulak memanjang jer meeting. So memang agak sibuk sikitlah. Jadi tak sempat nak ber-bw banyak2 kat blog2 korang semua. Hanya entry2 terpilih & pembaca setia blog aku jer yang aku pergi terjah balik kalau sempat on9. Kat rumah lagi lah tak sempat..nak taip n3 pon kena curik2 masa. 

Sekarang ni waiz tak berapa sihat. Malam mesti merengek jer. Sehari dua ni dia mengidap sakit demam malam. Waktu siang boleh gelak ketawa, terlompat-lompat..tapi bila malam asyik bad mood & meragam jer. Kitaorg suami isteri pon tak berapa nak cukup tido sekarang ni. Tapi  budak kecik tu tak ada lah demam teruk sangat..cuma demam nak tumbuh gigi baru. Agaknya gigi tu tumbuh waktu malam kot..kesian gak. Abes bengkak gusi dia..air liur pon asyik meleleh jer.


p/s: mengantuk..rase nak tido jer

Sincerely...

Monday, February 21, 2011

Nazmi Raja Lawak 5 Eps 7


Memang terbaekk lah! Gelak guling2 tengok lawak dia.

Sincerely...

Dah Pos

Petang semalam aku dah pos dua beg tu ke tuan masing2. Satu telah selamat  merangkak ke ILDAS, Selangor..satu lagi menaiki belon ke Ranau, Sabah. Harap2 aku tak tertukar beg tu..sebab ntah macam mana pakcik kat Pos Laju tu boleh terrrjatuhkan beg yang aku dah masuk dalam plastik Pos Laju tu. Aku pon confused yang mana satu patut hantar ke Selangor..yang mana patut hantar ke Sabah! So kalau tertukar..sori lah ek. Jangan marah aku..marah pakcik Pos Laju tu! Sowwiii tau.

Jadi pas ni korang2 yang bertuah dapat beg tu sila lah refer kat nombor rujukan ni ek:

LILY : EN 469691023 MY
ERYATI : EN 469691045 MY 
Semoga berpuas hati dengan beg tuhttp://www.cute-smiley.com

Sincerely...

Sunday, February 20, 2011

Jom Amik Gambar

B4 balik kerja semalam..mr MKS dah wat appointment awal2 dengan aku. Teman dia amik gambar! Dah besor2 pon nak berteman bagai..suka tak? Sebagai isteri yang mithali, kena lah teman jugak. Satu perangai mr MKS yang kadang-kadang aku rimas (jahat kan aku ni!) dia suka heret aku pergi sana sini. Kadang2 tu aku malas nak pergi..kena ugut macam2! Tak takut ker..nanti suami kuar dengan orang lain, jumpa orang lain ker. Saje je nak psycho aku tau!

Berbalik pada tajuk di atas..aku teman mr MKS amik gambar ukuran pasport kat studio. Punyalah lama nak tunggu dia bersiap. Itu tak kena..ini tak okey..macam2 lah! Korang tau2 lah..mr MKS ni very the detail punya manusia. Hadooiii..sabor je lah.
Time tengah membebel mentazkirah bininya..

mr MKS : tu lah ada bini pon tak reti pakaikan tie kat lakinya..
aku : 5 tahun saya kawen dgn awak..manalah pernah awak pergi kerja pakai tie! Tie pon tak ada..so mana lah saya reti nak pakai tie tu.
mr MKS : Belajor..belajor
aku : http://www.cute-smiley.com
Setelah 15minit..ni lah hasilnya b4 gambar di ambil oleh jurugambar bertauliah. Saje edit gambar biar jadi cam gambar lama, sebab gambar asal buruks..hehe. Bila mr MKS tgk gambar yang aku amik ni..dia kata "tak lawa!". Okey tak pe..kita tunggu gambar awak siap ek. Bila gambar dah siap...mr MKS tgk.."ish nape tak lawa?". Time tu rase nak gelak guling2..


Sincerely...

Saturday, February 19, 2011

Pantai Batu Buruk


Cam ape jer gayanya. Kasut biru, seluar coklat, baju hijau..topi merah! Nasib baik waiz tak reti bergaya lagi..apa lah mama ni. Rabun warna ker?

Video semalam..lepak kat Batu Buruk jer. Kesian kat waiz, main sorang2.

p/s:pening aku tengok video ni..terhenjut-henjut!

Sincerely...

BE Ketiga..TQ NUFFNANG

Dari hari khamis@17022011 dah perasan ada BE baru menari-nari kat blog. Tapi bila cek kat akaun nuffnang tak ada pulak. Maybe nuffnang belum updated lagi kot. BE Ford Fiesta okey...I Likeeeeeeeeeeeeeeee. Mana lah tau ada rezeki beli Ford Fiesta pas ni..hehe. Aku dah tengok kereta ni..bini kepada kawan mr MKS yang beli. Orang perempuan kalau bawak kereta Ford ni..memang semart gillerr lah!
Pagi tadi tengok akaun dah updated..dah ada 3 BE. Tapi semua sikit2 jer. Alhamdulillah..


p/s: kebizian melanda diri skrg ni..sbb esok nak meeting!

Sincerely...

Friday, February 18, 2011

Nangis Tipu-tipu


al-kisah..nangis sebab nak tengok muka sendiri dalam hp! Air mata sikit pon tak kuor..pandai sungguh. Air luir jer meleleh..hehe.

Sincerely...

Nasib Baik Ada Tibi

Kalau kena tunggu urusan mr MKS kat dalam kete..Ya ampun, hazabnya. Biasanya dia memang suka usung aku ke sana ke mari. Bukan jadi PA atau secretary tau, jadi driver okey! Korang tau je lah, nak cari parking kat Kuala Terengganu ni punya lah susah. Orang2 MBKT bersepah-sepah tunggu nak ngap jer! Pantang tengok kereta parking kat tepi2 jalan..terus nak saman. Dah tau parking tak ada..so consider lah sikit!

Kalau kitaorg naik kereta kancil..memang aku boleh bertukar jadi gaban lah. Radio tak ada! Tibi lagi lah tak ada! Air-cond pon suam2 kuku jer..terbakar jer. Tapi kalau kuar dengan kereta lagi satu tu..mr MKS tinggal aku 10jam pon tak apa. Sebab ape? Sebab ada tibi lah! Kan dulu aku pernah bagitau..korang campak aku kat pulau yang tak ada apa2 pon..asalkan ada tibi..konpem aku boleh hidup. See betapanya aku ni hantu tibi!



Sincerely...

Wednesday, February 16, 2011

Pernah Tak Korang Rasa..

Pernah tak hadapi situasi cam ni:

Korang dah lah penat beratur panjang nak bayar makanan & minuman. Campur dengan lapar tahap gaban sebab time brekpes makan ala-kadar jer. Dah siap bayar..tapi tak boleh duduk & makan sebab meja penuh. So kena lah tunggu turn. Mana ada meja kosong, baru boleh duduk.

Tapi masalahnya, orang yang dah siap makan tu..boleh buat tak nampak jer. Tiba2 jadi buta kot! Bolehlah budak duaorang ni duduk sembang2, gelak ketawa tanpa hiraukan orang lain yang tengah penat berdiri..sambil tangan kanan pegang pinggan nasi, tangan kiri pegang gelas air, campur buah pelam sebungkus! Kat satu tempat ni ada meja kosong yang diduduki oleh seorang pakcik, tapi cam tak yakin jer nak duduk dengan dia. Dah lah merokok di tempat awam..cam orang tiga suku pon ada gak. Kat meja hujung pulak..ada sekumpulan lelaki bergosip. Tak makan..tak minum, tapi duduk kat meja tu cam kedai tu dia yang punya. Tak kasihankah pada mangsa yang tengah berdiri tu?

Agak2 nak buat apa dengan makhluk cam tu?

a) Hempuk jer pinggan & gelas kat budak duaorang tu sambil kata "weii nak sembang gi tempat lain!:
b) Duduk jer dengan pakcik tiga suku tu..boleh tumpang sedut asap rokok dia. Kan best boleh hisap rokok free!
c) Sound direct ke sekumpulan lelaki yang tengah bergosip tu.."gi jual insurans jauh2, sy nak duduk sini!"~wah berani ko!
d) tak buat apa2 pon ~lagi haru!

Sincerely...

Awi Rafael - Pulanglah


Bukalah mata dan lihat di hadapanmu
Aku berdiri tegak tapi kau tak nampak
Mata aku seperti sering kau campak saja
Hanya hendak ada yang aku tak ada

Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskan aku yang tetap menanti kamu
Berikan jawapan

(korus)
Pulanglah sebelum ku runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
Tak ingin tak perlu
Pulanglah sebelum ku runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
Tak ingin tak perlu
Aku kan dampingmu

Aku berjalan di kota Kuala Lumpur
Semuanya nampak berbeza tapi ku sama

Sincerely...

Keputusan Sape Dapat Beg Free

Terima kasih banyak2 pada yang sudi komen untuk dapat beg free hari tu. 10 orang yang bertuah tu telah aku beri nombor di entry ini. Sekarang...tibalah masanya aku umumkan sape yang bertuah ituuuuhttp://www.cute-smiley.com

v

v

v

v

v

Mesti korang tak sabar kan?

v

v

v

v

v

Sabar..tak lari mana gunung dikejar!
Nak marah? Sabar...aku nak umumkan lah ni.

v

v

v

v

v

Jeng jeng jeng
Sape no.10..sila angkat keyboard! 
Tahniah pada http://mydaniaeryati.blogspot.com/ kerana mendapat beg no.1 seperti yang di idam2kan. 
Sila hubungi saya untuk proses penghantaran beg tu. (achiq_mks@hotmail.com) ~jika dalam masa 2 hari tiada apa2 response dari pihak anda, maka dengan sukacitanya..undian akan dibuat semula.


Sincerely...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal