Sebab semalam tak puas hati tak dapat borong handbag & barang2 yang memang aku mengada-ada kepingin nak beli. Penat pujuk mr MKS satu malam! Esoknya kami pergi ke GM lagi...oh yeee. Hari ni kedai dah banyak bukak berbanding semalam. Dan yang paling bestnya..tiada halangan/sekatan dari mr MKS untuk aku membeli belah. Oh nikmatnya..tapi akhir bulan ni kalau aku tak ada duit, mr MKS suruh aku makan handbag2 yang aku beli tu! Whatever..ada haku kesah! Oh derhaka punya bini. Tapi akhir2 bulan nanti mula lah berdrama swasta dengan laki sendiri..sampai meleleh air mata. Janji tak nak boros lah..tapi tu lah yang di buat setiap kali duit ada kat tangan. Memang tak sedar diri! Bila nak insap pon tak tau lah!
Gambar2 handbag baru aku tak payah lah tunjuk..sebab aku pakai yang fake jer..huhu. B4 ni pon aku pakai handbag cap ayam jugak..tak kisah lah, janji boleh pakai..ye dok? Pakaian dalam pon aku ada borong, kain pasang untuk raya pon ada..baju waiz..& ole2 untuk pekerja2 mr MKS, kakak2 ipar aku & pengasuh waiz. Tak pasti berapa RM aku abis..sebab aku ni tak reti nak main budget2 ni. Apa yang aku suka..aku beli. Tak dapat beli..muncung sedepa lah! Ni pon aku menyesal sebab tak amik handbag kaler putih tu..santek. Aku ingat nak usha2 dulu..pastu tak ingat kedai tu kat mana, hampeh tol!
Baju waiz yang sempat aku pilih..time ni mr MKS dah hilang kemana. Saje jer tak bagi aku amik banyak2 lah tu. Satu RM14.00. Kalau aku amik 6 pasang boleh rega RM7.00.
Beg2 ni di bungkus kecik2..bila kita buka, ada beg besar kat dalam beg kecik tu. Beg ni lah aku bagi2 ke pekerja2 mr MKS, kak ipar & pengasuh waiz. Sesuailah kalau kita nak letak telekung. Comel & unik. Sori aku ni kalau jumpa benda pelik2 mula lah nak menjakun sikit..huhu.
Sincerely...
10 comments:
wah banyaknye memborong..syoknye
beg tu cute..letak brg2 mcm hp dan makeup pun sesuai...;d
comelnya beg2 tu...boleh jadi shopping bag gak ni since nowadays kat mana2 kedai pun dah takdak plastic bags kan. hehe
http://twinkywinkystars.blogspot.com
Dah lama tak gi shopping baju anak2.
@lyly yAna
syok..syokkkk
@rieyana ynn
mesti byk make up dia ni..boleh jugak, sesuai jer.
letak awak pon muat..hihi
@Drama Mama
tq singgah sini:)
good idea..hr sabtu leh guna gi shopping mall
@SYANI
kalau duduk KL boleh pergi..
wida, comel kan beg tuh...boleh buat shopping beg gak kan. hany xberjaya dptkn beg tu, MZ tak bagi...huhuhu
@mzhany
betul tu..comel.alah kesiannya..rugi lah x beli
Post a Comment