Cuti CNY baru ni kami balik kampung. Plan asal MKS tak nak balik..sebab kete hitam tu rosak. Apa ntah..cluth? Sempat je nak baiki, tapi pomen tak bagi jalan jauh lagi. So kitaorang decide nak pergi Bukit Gambang City Resort (BGCR) je. Siap dah wasap2 dengan adik saya, Lily..ajak dia turun Terengganu..nak pergi BGCR. Saya punyalah semangat survey package..hotel semua. Nyaris2 nak booked..lepas tu bila meeting dengan MKS..terangkan dia semua apa yang best n tak best BGCR tu, dia decide tak jadi pergi.
Sebab utamanya, ramai orang! Sebab saya memang tau sangat perangai MKS ni, kalau tempat tu ramai orang..bersesak-sesak..konpem dia tak suka. So dari saya sentap dan makan hati dengan perangai dia di kemudian hari..laju2 saya pujuk dia balik kampung. Lagi pun boss saya bagi cuti awal sehari pada 18hb tu..yelah boss saya chinese, mestilah dia nak beraya..
So saya cuma apply AL untuk 22hb. Di sebabkan kete hitam tak boleh jalan jauh (mengade je tau!), rasanya mesti MKS mengadu kat kakak dia. So kakak dia kesian lah kat adik kesayangan dia..Kak Nah bagilah pinjam kereta persona dia. Saya okey je..kereta auto, lagi senang saya nak bawak berbanding kete hitam MKS tu.
Lepas subuh 18hb tu, kami bergerak. Biasa perjalanan dari KT - KL - Sabak Bernam makan masa 10 jam. Tu standard MKS lah, dia kan ala-ala pak JPJ. Tapi kali ni alhamdulillah..8 jam sahaja, sebab lalu LPT baru. Sape yang bawak kete laju tu..mesti lagi cepat kot. Dari rumah saya ke tol Jabor tu hanya 2 jam sahaja...tak payah serabut hadap jem bila masuk bandar dungun, kemaman..kijal dan cherating.
Tapi..tapi..awas ye, banyak pump station, RNR dan Perhentian yang tak siap lagi. Kalau rasa2 nak makan atau isi minyak..kena exit highway lah. Kami tak berhenti kat mana2 pon..walaupon perut dah berbunyi mintak di isi. Berhenti makan di RNR Gambang.
Tapi..tapi..awas ye, banyak pump station, RNR dan Perhentian yang tak siap lagi. Kalau rasa2 nak makan atau isi minyak..kena exit highway lah. Kami tak berhenti kat mana2 pon..walaupon perut dah berbunyi mintak di isi. Berhenti makan di RNR Gambang.
Sampai Sabak Bernam..terus lunch kat kedai abah, lepak2 rumah makcik..lepas tu janji dengan adik nak jumpa kat Pantai BNO. Wajib pergi ni bila balik kampung..hahaha. Sebab yakin..esok lusa mesti penuh dengan orang ramai yang balik kg, so cakap kat MKS..kena makan hari ni jugak!
Saya selalu makan kat sini je..so rasanya mee udang kat sini memang tersedap kat tekak saya. Tak ingat nak kira bape ekor udang dalam tu..tapi still banyak.
Maybe dalam 8 ekor. Kat terengganu saya tak jumpa udang cam sini. Saya panggil udang merah..memang sedap dan manis isinya. Kat terengganu hanya ada udang biru2 kelabu, dan udang merah yang kulit keras tu. Udang galah pon ikut musim..tu pon kecik je.
Up jugak dengan kerang bakar..tapi kerang dia tak best. Dari dulu tak best..tapi order jugak! Kerang berselut..cuci tak bersih. Kadang2 ada yang still merah..tak dibakar dengan sepenuhnya.
Anak2 sibuk main kat playground. B4 Maghrib..kami balik. Tapi sepupu saya ajak makan lagi roti kebab/tortilla kat rumah dia. Balun je lah...
Bersambung..
1 comments:
Jangan lambat sgt up sambungannye tu ehhehehe
Post a Comment