Lama tak bersiaran..sudah penuh dengan sarang labah2 blog aku ni. Tak terkejor sejak masuk keje ni. Sibuk uruskan akaun yang kena hantar audit..mana nak siapkan report. Yelah..2 bulan aku cuti, dua bulan jugaklah tak bermeeting..hiks.
Patutnya aku masuk kerja 7hb ogos, tp 1hb tu aku dah masuk. Kerja bertimbun youuu..tak rupa meja dah ofis aku tu. Lagipon nak raya ni..sibuk lah nak bermeeting kan..mana lah tau ada rezeki macam orang gomen jugak. Tu yang kena pergi ofis jugak..sian kan. Tapi tak de sapa2 pon paksa aku masuk ofis awal..cuma aku rasa cam bertanggungjawablah kan. Kang kalau tak dapat bonus..menangis sorang2.
3-4 hari memang aku tengok kerja yang aku tertinggal sepanjang 2 bulan ni. Pastu baru updated akaun & report..memang semphutt. Tapi i likeeee my job. Lama tinggal kan..buhsan weei duduk rumah 2 bulan ni. Hari tu tak abis2 merempan nak berhenti kerja..ni jadi lain pulak. Tengoklah 3-4 bulan nanti, buhsan mengadap kerja..mesti aku merempan nak berhenti keje pulak.
Oh ya..ni lagi satu semphut. Tadikan..aku gilah amik baju kat tailor. Sebenarnya, ni pertama kali aku hantar baju kat dia. Kononnya nak try lah. Biasa aku hantar kat tailor kat bus stand KT tu je..tak pon kat orang kampung depan rumah aku tu. Masa hantar kain..tak tanya pon range upah dia bape. Aku ingat cam biasa2 je lah..fuh..terkezzzut mak. Baju kurung je RM70, yang berpesen RM80. Total aku kena untuk 3 pasang baju..RM220. Tak pasal2 kena hutang RM70 sebab aku bajet RM150 je.
Mungkin lah harga tu murah bagi korang yang dah biasa kan..tapi aku biasa upah baju RM30-40 je sepasang..hehe. Agak terkejut lah time nak membayar kan. So memang pertama & terakhir kali lah aku hantar kat kakak tu..ngeee. Lari budget mak tau..huhu
Okeylah..nak sambung kerja, fuhh
4 comments:
bagi hanis pun mahal gak wida, 30-40 tu okla caiyok dgn keje k...
Oiii mahal gile mcm hanta kt butik puleee
mak aiii level KL ke hapa upah jahit baju.. ala2 butik mak datin... takpe, tahun depan kasi akak jahit erkk... kekekeke
upah baju sekarang mmg mahal, nak-nak kalau yg tailor tu upgrade 'profesional' hu hu... ni yg nak belajar jahit baju ni..
Post a Comment