Friday, July 27, 2012

06.06.12 (p2)

sambungan dari n3 lepas...(sini)

Kol 8.30pm gitu..kitaorg ajak family yong makan kat luar. Alah restoren kat rumah aku tu je. Time Maghrib tu aku dah call & order semua makanan. So tak payahlah nak tunggu lama2 kat restoren kan. Makan2 (my SIL pesan suruh makan banyak2..bior baby kenyang) pastu balik rumah.

Lepas solat Isya'..makin kuat sakitnya. Terus MKS ajak pergi hospital. Pukul 10pm tu aku decided gi hospital. Tinggal lah waiz dengan family yong aku. B4 tu singgah rumah SIL..Kak Mah & Kak Nah ikut sekali. Abang Usop (abang MKS) pon dah tunggu kat hospital masa tu. Insan2 ni lah temankan aku & MKS kat hospital. Sama cam time waiz jugak..siap berkampung kat koridor hospital..sampai kena halau dengan guard! Hehehe..kenangan.

Perjalanan dari rumah ke hospital macam lamaaaaa jer..dah lah traffic light asyik merah je. Aku ni kejap2 pegang tangan MKS. Sakit..tapi tak delah nak menangis bagai semua. SIL ada kan..malu lah jugak..hehe. Sampai pintu kecemasan, Kak Mah cepat2 tolak aku dengan wilca..naik lift, pergi ke bilik daftar. Kat dalam tu cuma ada 2 orang patient je. Sorang tengah buat CTG..siap mengerang (hah patient ni isteri pelakon tau! Suami dia selalu berlakon cite askar/pendekar..sama bersalin dengan aku). Sorang lagi patient, nurse tengah amik data. So aku pon tunggu je lah.

Dalam 15 minit jugaklah aku menunggu. Pastu baru nurse amik data..key in dalam komputer. Dalam hati aku ni.."napelah tak cek jalan dulu". Tapi membebel dalam hati jelah. Lepas nurse amik data..doktor pulak. Ya ampunnn..tanya benda yang sama jugak! Tension aku tau..tapi sabar lagi. Dah lah rasa cam nak 'terberakk' sangat time tu.

Lepas amik data tu baru doktor suruh baring untuk cek jalan. Time doktor seluk..dia buat muka kerut. Aku risau dah..ni mesti tak bukak jalan lagi. Abislah aku..kena duduk wad lama2. Huh..buhsannya. Pastu doc tu cakap dengan nurse "baby ordy pulling lah". Cepat2 nurse datang dekat doc "bape cm doc?". Doc jawab "9cm!". Kelam kabut si doc & nurse tu panggil orang dari LR (Labor room). Aku pon cam tak percaya dah 9cm time tu..rasa happy sangat2 sebab tak payah nak duduk dalam wad dah. Terus masuk LR. Time tu aku boleh tersenyum kesukaan tau.

Datang lah nurse dari LR dengan wilca..cepat2 disuruhnya aku duduk. Tanya macam2 soalan "tak sakit ke, tak de reaksi muka sakit pon". Aku jawab.."sakit lah jugak". "Bagus2..kuat semangat" kata nurse tu. Cepat2 ditolaknya wilca aku tu ke LR..dah macam nak merempit. Sampai kat katil..tukar baju. Doc cepat2 buat procedur. Dalam pukul 11.30pm dipecahkan air ketuban..banyak! Sampai melimpah atas lantai.

Doc cakap kat nurse..lepas 2 jam baru boleh push. So kiranya dalam kol 1.30am jugaklah aku bersalin. Aku dengar2 diaorang cakap, katanya pintu aku tu tebal..so lambat lagi. Aik..pelik jugak. Ingatkan dah 9cm bolehlah push2 terus..tapi kita ni tak reti hal2 kedoktoran ni kan. So senyap jelah.

Lepas doc cek aku tu..semua doc cam hilang tau. Maybe gi supper. Sebab aku dengar gak..doc2 ni nak gi makan. Tinggallah sorang nurse ni kat katil tunggu aku. Tiba2..dalam kol 11.50pm tu aku tak tertahan lagi. Terus cakap kat nurse "nurse, saya nak teran dah ni..tak tahan sangat". Nurse terus suruh aku teran. Sekali push keluar kepala..kali kedua push, keluar semua! Semua jadi tiba2 je..cepat sangat. Bila nak push kali ketiga..nurse larang. Katanya baby keluar dah..aku time tu tengah blur & mamai je.

Bila nurse suruh selawat time nak potong tali pusat baby tu pon aku cam tak sedar tau, Ntah apa yang aku baca..hehe. Pas potong tali pusat..baby menangis, time tu lah aku baru tersedar. Allah..dah selamat ke aku ni. Toleh kanan kiri..rupa2nya aku bersalin sorang2 je. MKS tak de..doc pon tak de! Dan yang sambut baby aku tu bukan staff nurse..nurse biasa je (JM). Lepas nurse letak baby kat dada aku..baru MKS masuk. "eh sudah dah?" Cepatnya..alhamdulillah. Nak ditakdirkan..aku bersalin jugak malam tu. Tepat 11.55pm pada 6hb jun 2012.

Nurse tu lah yang uruskan aku sampai kesudah..dia yang cuci, dia yang jahit..semua dia. Nak puji kat nurse ni..walaupon hanya JM, tapi buat kerja lagi hebat dari doc. Lembut je..tak sakit pon. Teringat time waiz dulu..doc tu kecik je, tapi tangannya..aduh sakit sangat. So memang akan ku ingatlah nama nurse yang sambut baby kali ni. JM Halimatus Saddiah..memang akan ku ingat sampai bila2. Terima kasih.

Tu je lah pengalaman bersalin aku..aku coretkan kat sini untuk kenangan aku. Terima kasih yang wish..














4 comments:

lyly yana said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

patut nye kene bg nama khairuna tu, Halimatus Saadiah.. Sempena nama JM yg bnyk berjasa tu hehe

Rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

sib baik ada nurse yg bertugas tu kan sis....
syukur lah dah selamat bersalin...

sW33tdARLiNG said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

kat tganu mmg gitu, pakai tolak ngan wilchair jer.. kalau kat KL, mmg terus naik katil, dorang tolak pakai katil terus...

Hanis MY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

alhamdulillah senangnya wida bersalin... 2 kali push je uwaa best2 apapun tahniah sekali lg. tak sabar nk tgk baby khairuna nanti kita gather2 ye...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal