Wednesday, August 15, 2012

Baju Raya

Hai..pose tak? Bestkan kalau dapat puasa penuh..tahun ni harap2 bolehlah berpuasa penuh, tak payah ganti..hehe.

Time nak raya ni..anak2 lah yang suka sangat. Walaupon waiz & Una tu tak tau apa2 lagi..tapi mama dia tetap hover tau. Baju anak2 kena cukup..completed set! Mak pak tak de baju tak kisah..janji anak2 aku comel di hari raya aidilfitri ini [ceh skema pulak]

Tahun ni lagilah semangat nak membeli kan..sebab dah ada baby girl. Siyes..best sangat beli baju budak pompuan ni. Macam2 fesyen kan..skirt, seluar, gaun..macam2 lah. Tapi sebab una tu kecik lagi..gaun2 cam limited sikit lah. Tak de saiz..semua besar2. Tapi tak pelah..banyak lagi pilihan.

Si abangnya..waiz tu, tak dilupakan jugak. Tak kan tak beli pulak kan. Dengan baju tidur raya sekali aku borong..hehe. Ni kalau MKS tau..mau di bebelnya aku. Tapi nak buat macam mana..dah jadi habit. Time raya mesti nak memborong. Sebab dulu masa aku kecik2...time raya lah arwah mak membeli barang kitaorg. Nak baju baru ke, kasut baru ke..semua beli time raya. So aku pon dah cam terikut perangai arwah mak.
Ni lah antara baju2 khairuna. Ada yang aku beli..ada jugak orang bagi masa melawat di hari tu. Semua macam kaler pink jer kan..hehehe. Nasib lah ko dik. Abang pon mama pakaikan kaler pink..ini kan kamu. Eeii..tak sabar nak pakaikan especially baju kurung tu.
Ni pulak baju waiz..aku beli sikit2, simpan untuk raya. Bila nak packing bag..tengok ada 10 helai baju budak ni! Mak aih..memang membebel lah papa kamu nanti, hehehe.

Aishh..tak sabar nak raya ni. Selamat hari raya yer korang..insyaAllah, malam ni kitaorang nak balik kampung. Mohon doakan keselamatan kami:)




Tuesday, August 14, 2012

SUTERA TERENGGANU (P2)

KOD : ST1
KOD : ST2
KOD : ST3
KOD : ST4
KOD : ST5
KOD : ST6
KOD : ST7
KOD : ST8

Sutera Baihaqi..semua ada batu kristal & mutiara. Harga RM280.00 sahaja (tak termasuk postage)

Saturday, August 11, 2012

SUTERA TERENGGANU

Ni sutera Baihaqi namanya..memang santikk. Kalau korang pakai..memang gojes. Ada batu kristal & mutiara lagikk! Harga RM280.00 tak termasuk postage. Kabo jer nak kaler ape..aku carikan. Corak ada banyak..


Close up sikittt...

Semphuttt

Lama tak bersiaran..sudah penuh dengan sarang labah2 blog aku ni. Tak terkejor sejak masuk keje ni. Sibuk uruskan akaun yang kena hantar audit..mana nak siapkan report. Yelah..2 bulan aku cuti, dua bulan jugaklah tak bermeeting..hiks. 

Patutnya aku masuk kerja 7hb ogos, tp 1hb tu aku dah masuk. Kerja bertimbun youuu..tak rupa meja dah ofis aku tu. Lagipon nak raya ni..sibuk lah nak bermeeting kan..mana lah tau ada rezeki macam orang gomen jugak. Tu yang kena pergi ofis jugak..sian kan. Tapi tak de sapa2 pon paksa aku masuk ofis awal..cuma aku rasa cam bertanggungjawablah kan. Kang kalau tak dapat bonus..menangis sorang2.

3-4 hari memang aku tengok kerja yang aku tertinggal sepanjang 2 bulan ni. Pastu baru updated akaun  & report..memang semphutt. Tapi i likeeee my job. Lama tinggal kan..buhsan weei duduk rumah 2 bulan ni. Hari tu tak abis2 merempan nak berhenti kerja..ni jadi lain pulak. Tengoklah 3-4 bulan nanti, buhsan mengadap kerja..mesti aku merempan nak berhenti keje pulak.

Oh ya..ni lagi satu semphut. Tadikan..aku gilah amik baju kat tailor. Sebenarnya, ni pertama kali aku hantar baju kat dia. Kononnya nak try lah. Biasa aku hantar kat tailor kat bus stand KT tu je..tak pon kat orang kampung depan rumah aku tu. Masa hantar kain..tak tanya pon range upah dia bape. Aku ingat cam biasa2 je lah..fuh..terkezzzut mak. Baju kurung je RM70, yang berpesen RM80. Total aku kena untuk 3 pasang baju..RM220. Tak pasal2 kena hutang RM70 sebab aku bajet RM150 je.

Mungkin lah harga tu murah bagi korang yang dah biasa kan..tapi aku biasa upah baju RM30-40 je sepasang..hehe. Agak terkejut lah time nak membayar kan. So memang pertama & terakhir kali lah aku hantar kat kakak tu..ngeee. Lari budget mak tau..huhu

Okeylah..nak sambung kerja, fuhh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal