Wednesday, September 2, 2015

Random - Raya





Gambar2 atas tu tak ingat time bile..selfie dalam kereta. Maybe time nak balik Terengganu semula selepas puas beraya di Klang & Semenyih. Waaa..serius tak ingat, nampak sangat dah tua!

Gambar una & waiz tu pulak time waiz ada jamuan raya kat sekolah dia. Una siap2 nak merempit dengan mama..


Okey..jumpa raya tahun depan pula. Harap panjang umor..bai

Tuesday, September 1, 2015

Selfie 3 Syawal 1436H

Raya ketiga tu siap2 nak round lagi..ada rumah sedara tak abis jalan lagi. Dah siap2 nak keluar, orang datang beraya..so sementara tetamu makan. Ni lah keroje kami..gedik2 bersama anak2 buah. Dah macam kanak2 ribena.
Motif buat muka cam tu? Aduh berat mengangkat waiz time ni
Kepala waiz yang separuh..tahun depan dan tinggi mungkin muat 1 kepala..haha. Cuba lagi!
Abang pojan jadi mangsa kena angkat waiz pulak. Oh ye..pojan dan Fasha dah jadi penduduk kampung sekarang ni. Sebab Yong saya dapat berpindah berbakti di kampungnya sendiri. Sekarang mengajar di sekolah di pekan Sabak tu. So pojan dan Fasha ikut berpindah sama..sekolah di sekolah saya dulu. SK BATU 38. Ada lah teman mak usu sekarang..

Kak Yong pulak masih di Klang, duduk berdua dengan Emy. Haziq dok asrama.
Nilah rumah saya..rumah kampung je.Kiri kanan masih kebun..dan banyak nyamuk!
Lompat jangan tak lompat! Bergegor rumah atuk..haha
Macam macam aksi kami buat..bagi tetamu makan kenyang2 dulu. Senang sangat kami tahun ni..Atuk dan nenek dah siap2 masak. Kami tinggal makan jamu tetamu makan je..hehe.
Ish dah lah..sepesen je kome ni.
Beraya kat rumah sepupu abah. Kat kampung ni..banyak sedara mara juga, so round sana..rumah sedara, round sini sedara jugak.
Sedap makan brownies ni..una ni saya berjaya kesan dia dah nak makan kek2 ni. Dulu tak nak..sekarang selera dah besar. Pandai makan kek, kuih muih..tak lah susah macam dulu. Berperang nak suruh dia makan.

Cuma nasi tu masih susah nak suruh dia makan. Kalau ada sup2 or tomyam..baru laju sikit dia makan. Menurun macam mamanya jugak, sy suka makan sup2/tomyam..kuah2 berempah macam kari kureng sikit. Mks lain lah..dia memang tekak mamak. Hah yang tu waiz mengikut!
Sedap ke una..nanti mama beli..hehe. Bukan nak belajar buat..asyik lah membeli!

Okey..watamat ke cite raya? Kena belek gambar dlm hp ni, kalau ada..ada lah ye!

Monday, August 31, 2015

2 Syawal 1436H

 Raya kedua..anak2 dengan papanya pakai baju baru. Tapi saya pakai baju recycle je..
 Baju kurung lace prada Una ni beli kat ekspo KT, RM65. Yang untuk mak pon ada..sama sedondon..tapi tak de saiz saya..huhu. Bagus sangat kan!
 Sedondon jugak dengan mak usu..mak ko ijo katenya.
Okey, waiz dah malas nak bergambar..budak tu tak berapa nak fotogenik & fotogedik sekarang ni. Turun ke una pulak..
 Amboi..bukan main tembun dan gebu pipi mak usu tu, sama naik dengan semek una.
Lentok2 una..gambar kabur di raya kedua..haha.

Sunday, August 30, 2015

Lebaran 2015

Assalamualaikum semua..salam sehati sejiwa, eceh! 

Rasenya tak terlambat lagi nak upload gambar raya kat dalam blog kesayangan yang makin lama makin jauh nampaknya...huk huk. Boleylah, asalkan ada..buat kenangan kan? Walaupun orang lain sibuk nak upload gambar raya haji dah..kite jugak terhegeh-hegeh. Ampun ampun..
Selfie dulu seround..with teman hidup saya. Tahun ni raya kampung saya lagi..SABAK BERNAM di hati ku. Sorry encik suami, MKS..rasuahmu untuk raya di Kuala Terengganu masih tidak mencukupi..haha. Sila cuba lagi tahun depan..
Gambar dr group wasap..suka gambar ni, baju raya ala2 pink gitu. Aduh nak buat guane..mek memang hantu pink. Oh ye, sebenarnya tahun ni family kami tak de tema warna..sebulat suara nak warna bebas. So ingat2 di hati nak kaler kuning macam kuning BERSIH 4.0 tu..tapi proposal saya tak di terima. MKS masih kuat untuk parti dia..so warna Merah lah kami. Senang nak sarung nak pergi perhimpunan UMNO katenya. Okeylah bang..janji abang bayar..haha.
Semua baju readymade je..no tempah2. Baju MKS dan Waiz beli kat Mydin je.Murah pon murah. Baju MKS RM79.90..waiz RM49.90. Kena jimat2 lah zaman GST ni..syukur ada baju raya baru. Kebaya kimono saya pon beli online je, RM110. Manakala baju Una beli di Giant, RM39.90. Janji sewarna..kan?
Dua beradik yang kejap baik lamaaaaaa gaduh. Tapi bila sorang tak de, tau pulak masing2 merindu..hehe. Beg raya waiz tahun lepas punya, recycle. Songkok pon pakai hok pergi sekolah punya, sampin sape punya ntah (maybe Faris, Kak Roza bagi)..tengok2 dalam almari. Elok je matching dengan baju raya..banyak penjimatan di situ. Beg frozen una, mak usu sponsor kat Ekspo Sg Besar. Budak ni free hair, jimat jugak duit tudung ko nak!

Eh ekceli, hari Selasa tu kitaorang dah balik ke kampung. Awal..raya kan Jumaat. Cam biasalah, MKS tu tak suka serabut2 dengan jem..gigihlah saya ni kelentong nak cuti awal..hehe. 

Tahun ni family Ngah raya kat Kedah, so tinggal kami 3 beradik je lah. Amboi kemain sopan lagi anak teruna saya tu posing. Dah naik bosan lah..banyak kamera nak snap gambar. Dia tak sabar nak kutip duit raya..walaupun sedar diri tu tak pose. Yee..dah 6 tahun, tapi 1 hari pon tak berjaya pose.
Aik..hilang dah Haziq, mesti tengah sibuk setting kamera ni. Pakai self timer je..letak hp kat meja, kih kih.

Sampai tertonggek-tonggek saya berposing, happy lah dapat raya kampung sendiri...haha.
Atuk dan nenek bersama mak usu yang masih single-mingle dan cucu2nya. Bagus tahun ni tak ada adegan sentap menyentap di kalangan bebudak ni. Agaknya sebab masing2 dah besor..bagus. Tenang mak pak nak beraya.
Wefie....alolo somel je atuk menyelit kat situ.
Muka mak usu bukan main kembang setaman lagi..hehe.

Okey, ni sajalah cite raya pertama kami. Tak ada masak2 menu special pon sebab raya kan jatuh hari Jumaat..so memang dah agak dah, turn raya rumah kami sangkut sebab orang nak sembahyang Jumaat pulak. So memang sengaja tak prepare makanan special. Terjah cari makanan kat rumah orang je lah..hehe.






Friday, April 3, 2015

G.S.T

Lama tak update kat blog kesayangan saya ni...

Minggu yang busy..mengalahkan PM. 1st..busy marathon drama korea..tu tak boleh dipisahkan. 5 drama dah watamat. 

2nd..Setting GST yang tak berkesudahan..fuh. Bila tiba 1 april..terus semua jadi bodoh. Terima tax invois tak berani nak key in dalam system..ada tax invoice kena issued ke customer pon tak berani nak print...hahaha, kelakau!

Tq pada kerajaan...i love my job!

Nampaknya ramai yang marah pasal GST..sana sini orang bercerita pasal GST, FB..wassap...blog. Bla..bla bla...huh.

Ada yang menyokong..tapi banyak yang protes lah. Ishh..tak sabar nak tunggu hari mengundi lagi, tahun bila ye? Any..any any? Macam mana kerajaan nak ambil hati rakyat lepas ni? Amarah rakyat sungguh membara.. Cepat2 pikir cara nak suap rakyat ni pak menteri sekalian..hehe.

Daa..


Monday, March 2, 2015

DIVA UNA

Waiz lah..mengadu panas. Time balik rumah..laluan dari Chendering ke rumah memang mengadap matahari. So memang panas dan silau lah. Papanya memang kena pakai spek hitam time drive. So dia pon nak jugak. Spek lama dia..entah ke mana hilangnya. 

Belikan je lah spek hitam kat mydin tu..RM4.90 je.

Tapi semek ni pulak yang lebih2 dari abangnya. Heiii...dia yang sibuk2 pilih spek sendiri tau! Saya perhati je perangai dia. Jap2 test spek ni..jap2 test spek lain pulak..hahaha.
Abis cun lah tu..suka sangat buat mulut huduh tu! Eeii..gigit nanti.
Berkenan spek ni..
Saje lah usik dia.."Una tak payah belilah..abang je beli"
Di huh-nya kita..siap pusing badan dan jeling lagi! 

Lepas tu saya tengok..senyap2 dia masuk spek dia dalam bakul! Ambooiii budak ni..
Mehlah..mama nak amik gambar dengan budak berlagak diva ni. Dahlah malam..dalam bangunan, berspek dua2 budak ni. Ish anak sapa lah ni..semua orang tengok je..malu mama, haha.
Masuk gambar dalam wasap family..dah Pak Ngah kata macam orang buta..kuikui. Sabor je lah. Tak kisahlah..janji anak2 mama happy. Time kecik ni lah nak buat benda pelik2 dan memalukan..ape peduli kat orang lain..kan? Dah besar kang..taulah dia malu sendiri.

Sunday, March 1, 2015

B.E.N.T.O.

Bento atau orang panggil bekal..
Tak lah selalu buat...tak segigih kak PR nuuu..apatah lagi sehebat Yohana Sabri..huhu.

Ikut mood jugaklah..hari rajin (read: bangun awal) buat, hari malas (subuh pon terkejar-kejar) tak buat..hehe.

Tapi kan..waiz tu memilih sikit. Dia bukannya nak makan nasi goreng, mee/bihun goreng..tekak very western tau. Tu yang balik-balik asyik buat spageti dengan nugget je.
Spageti biasanya saya memang rebus malam. Siap simpan dalam peti sejuk. Kadang2 tahan lah 2-3 hari. Pagi rendam dalam air panas je. Sos spageti pulak saya prepare time weekend. Memang masak satu botol/tin terus. Buat dua2 sos..bolognise & carbonara. Lepas tu asing siap2 dalam bekas kecik. Nak makan, reheat je.
Hari malas..cam nilah bento waiz. Nugget dan sosej..bakar dalam oven. Tak payah nak goreng2 sangat..bakar dalam oven lagi sihat walaupun sebenarnya nugget dan sosej tu tak elok makan selalu ye. Tapi nak buat cam ne..itulah waiz suka makan. 

Tapi hari ni saya rajin sikit..buat mee goreng. Tak taulah waiz makan ke tak..kalau dia tak makan, saya mogok seminggu tak nak buat bento dia..huhu.

Saya harap..boleh lah amik inspirasi dari ibu2 yang hebat kat luar sana..gigih masak untuk bekal anak2. Malah bekal untuk suami dan diri sendiri (kalau bekerja). InsyaAllah boleh..doakan!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal