Showing posts with label Segmen. Show all posts
Showing posts with label Segmen. Show all posts

Monday, April 25, 2011

Segmen Jom Berkenalan

Terima Kasih pada mamadiana iaitu isteri kepada PCL sebab sudi nak berkenalan dan mengenali diri aku ni dengan lebih dekat lagi. Seronoknya ber-blogging ni, walaupun tak pernah berjumpa..tapi dapat mengenali & bersahabat dengan blogger2 lain yang sporting & baik hati. 
Apakah status anda?
Berkahwin. Jangan mengada2 nak mengaku anak dara okey. Tengok shape pon orang tau kelas makcik2! Huhu. 
Suami nama MKS, anak baru sorang..Waiz.

Ceritakan tentang diri anda?
Sebenarnya ramai yang tak tau aku ni pemalu & dan sombong. Jadi jangan terperdaya lah dengan tulisan2 di blog aku ni. Nampak cam peramah & suci jer kan. Cube jumpa kat luar..konpem korang menyesal. Haha..saiko tak aku?

Aku ni manusia biasa jer. Kadang2 baik..kadang2 jahat. Kadang busuk..kadang2 wangi. Kadang2 betul..kadang2 salah. Susah jugak nak describe kat sini. Kalau aku kata yang baik2 jer..kata angkat bakul sendiri. Kalau kata jahat..korang takut nak kawan pulak. Persepsi orang jugak berbeza-beza. Ada yang suka kita, ada jugak yang tak suka kita..betul tak?

Jadi  nak aku jadi orang yang cam maner?

Cerita tentang blog anda.
Blog ni aku dedikasikan pada budak kecik tu..waiz. Tapi ntah macam mana sekarang dah jadi macam blog aku pulak! Jadi rojak dah blog ni..tak kisah lah.
Aku tulis apa yang yang suka..apa yang aku tak suka. Yang baca tu suka ke tak..aku pon tak tau. Sebab ni blog syok sendiri..hehehe.

Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Aku pon sebenarnya baru dalam dunia blog ni. Tapi yang aku jeles dan heran tu..budak2 sekolah pon dah ada blog ek. Lagi hebat dan santek dari blog aku pulak tu!

Nasihat anda pada rakan-rakan yang baru nak buat blog.
Nak ber-blog ni..kena tulis dengan ikhlas. Janganlah mengada-adakan cerita yang tak wujud tu. Aku pon masih belajar dalam duni blog ni. Kalau salah silap..harap maafkan.

Nyatakan keunikkan yang ada pada blog anda.
Tak ada apa2 yang unik dan best pon. Tapi kalau rasa2 nak tengok gambar/video budak comot & masham tu..sila lah.

Sampai bila hendak menulis blog dan impian anda dalam dunia blog.
Kita hanya mampu merancang..DIA yang tentukan segalanya. Selagi jari-jemari ni mampu untuk mengetuk keyboard, selagi idea mencuruh-curah..selagi tu lah aku menulis di blog ni.

Aku harap dapat berkenalan dengan ramai orang lagi di dunia maya ni.

Tag rakan2 yang anda nak kenal sangat..
Blogger yang sejak akhir2 ni rajin mengomen di entry aku. So nak kenal korang dengan lebih rapat..boleh tak  sis ieda, sis So Shy Lady, dan sis tims?


Sincerely...

Wednesday, February 23, 2011

BLOG PINK

Jom join segmen dari http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com/. Ikot kumpulan kaler darah blog korang ek. Blog aku kaler aper? Yes, pandai...

PINK
PINK
PINK!

Ke ada yang rabun warna kat sini..meh aku tenyeh2 biji mata korang!
Nape baju blog aku kaler pink? Alah senang jer...aku suka PINK..fullstop. Tak ada lah, sebenarnya aku ni sangat lah perasan..yang kaler pink adalah lah sangat sesuai dengan kulit ku yang putih gebu ni (mesti korang tertanya-tanya ape kena mengena kaler kulit dengan kaler blog aku ni kan?) Tak tau nak terang cam ner..aku memang hantu pink! Walaupon b4 ni kaler blog aku bukan kaler pink pon!

Menyampah kan baca n3 aku ni?

Nak tag blog kaler pink ni:
Korang..KLIK SINI untuk join.

Sincerely...

Sunday, January 23, 2011

JOM SANTAI BERSAMA BEN ASHAARI

Lama tak join segmen bersama Mr Ben Ashaari, baru perasan Mr BA dah tukar header baru...santek!
Sape2 nak join cam biasalah..klik saje header di atas. Cepat cepat..b4 5.00 petang ni okeh.

 Kena jawab beberapa soalan :
1) Sape yang buat header tersebut.
- Siyes aku tak pandai bab reka2 & edit2 gambar ni..so terpaksalah meminta tolong pada yang lebih pakar http://www.cute-smiley.com 
Header aku telah direka & dibuat oleh Cik Sri ni.

2) Perisaan yang digunakan.
- Tak tau..hehe. Kena tanya pada Cik Sri lah. Apa yang aku tau..hasil kerja dia memang superb! Kan best kalau aku pandai cam dia..leh tukar header hari2.

3) Maksud header tersebut
- Tak ada maksud yang tersirat pon..yang aku tau santek!

4) Jangkamasa yang diambil buat header itu
- 2-3 hari gak lah.

5) Header blog lain yang anda suka tengok
- Header http://cicakdanlelabah.blogspot.com/ a.k.a Cik Sri yang reka header aku ni. Tak caya..try tengok header2 lain yang dia pernah buat..semua santek2!

Sincerely...

Tuesday, December 28, 2010

Saya Blogger Terengganu

Pagi tadi ber-BW kat blog Yaya tengok dia join segmen yang di buat oleh blog pilihan malaysia. So cam dah lama jer tak join segmen2 cam ni. Jom kita join...boleh kenal2 & tambah kawan. Sape2 nak join leh klik kat header di bawah ek.
Nak join segmen ni kena wat sessi perkenalan..cam buat biodata masa sekolah2 dulu. Sape2 nak kenal aku..jemput lah baca :

Nama Glamer : Wida

Status : Anak kepada Hj Pauji, Isteri kepada Hj Mohd Khir & Mama kepada Khairul Waiz

Cara Hubungi : Campak botol ke laut (hehe gurau jer) achiq_mks @hotmail.com

Daerah : Kuala Terengganu

Tempat Tinggal : Kampung Kubang Tangga

Apa yang menarik di Terengganu : Bak kata Astro..macam2 adaaaa. Tempat pelancongannya, makanannya, aweknya..dll. Tapi yang wajib ada kat Terengganu ni..tempat lain konpem tak ada..sure lah..ialah..

*

*

*

*

*

*

*
Kami anak beranak..spesis ni boleh dijumpai dia area Kuala Terengganu sahaja..hehe. Jangan marah...

Sincerely...

Wednesday, December 15, 2010

Jom Kita Berkenalan

Lama dah x join segmen mr Ben Ashaari ni. So ada kelapangan ni..boleh lah turun padang. Jom2 ramai join segmen ni..klik kat header di bawah yer.
Kena jawab beberapa soalan..
1) Bila mula buat blog?
- Bulan 8 tahun 2010 (1st n3 aku 10/08/2010)

2) Jumlah followers sekarang?
- Baru 50 orang..sedih tak? Aku rasa dah follow byk blog..tp x tau nape diaorg x nak follow ai balik. Perlukah aku listed kan sape yg x follow lagi? (Huahaha..rase2 kalau nak kena hempuk 18 kali dgn keyboard diaorg buatlah!)

3) Berapa trafik harian?
- Maaflah..aku x berapa paham nak main2 dgn trafik ni. Rase2 ada lah dlm 5-10 org je kot (kata dgn penuh merendah diri okeh!)

4) Sehari berapa entri?
- Bergantung pada mood aku..tapi sekarang ni kalau boleh WAJIB post 1 hari  dengan 1 atau 2 entri (at least ade lah jugak kan?)

5) Berikan satu blog yang best korang suka baca..
- Hari2 memang aku baca semua blog yang aku follow..tp Borak Kosong paling best..hehe


Sincerely...

Thursday, December 9, 2010

BLOGLIST 2011...SELAMAT DATANG TAHUN BARU

N3 untuk masuk dalam bloglist Ben Ashaari. Sape nak join leh klik kat header di atas ok..

Sincerely...

Thursday, November 25, 2010

CERITA KREATIF : Aku nak bagi BEN ASHAARI hadiah...

Hehehe..cam addicted pulak join contest cam ni. Blog mane tu..mr Ben Ashaari kita lah. Tak tengok title kat atas tu ker..hehe. Sape nak join leh klik kat header blog BA di bwh ok..


Emm..mr BA ni mesti semua benda dia dah ada kan? (Pandai2 je aku ni!). So rase2nya aku nak bagi "Percutian Salam Ukhwah" 3H2M kat rumah aku..ngeh..ngeh. Opps..jgn salah faham, aku dah kawen..mr BA pon dah kawen..tp kalau mr BA datang bercuti ke Kuala Terengganu..bolehlah duduk rumah aku. Free ajer...menarik tak? Boleh ajak isteri sekali tau..boleh berkenalan dengan aku yg comot comel ni. 

Dengar2nya tarikh lahir mr BA ni 30hb November kan? Molek sangat lah tu..sebab ada event best kat KT masa 30hb nanti..iaitu..Monsoon Cup. So boleh aku bwk mr BA pergi tengok mat saleh main kapal layar.  Meh..pakat datang Terengganu..

from Google

Sincerely...

BLOGGER IN DA HOUSE : KHAS BUAT BLOGGER BARU

Lately mr Ben Ashaari byk tulis pasal BIDH ni..aku yg slow ni pon gigih lah mencari ape dia BIDH ni. Ruper2 segmen kenali blogger baru. So thumbs up kpd mr BA sebab buat segmen cam ni..memang sesuai lah blogger2 baru cam aku ni join segmen ni..kan? Sape2 nak join boleh klik kat  bawah..


Blog ni asalnya aku dedicated to my son..Khairul Waiz. Konon2nya nak wat N3 dia setiap hari..tentang setiap perkembangan dia. So bila dia besar nanti..boleh lah baca blog ni & mengingatkan dia betapa besarnya pengorbanan mama dia. Tapi aku yg x berapa rajin nak update blog ni mampu buat beberapa N3 je untuk dia setiap bulan (janji ada kan?). Hope lepas ni aku lebih gigih nak buat N3 pasal Waiz..bukan N3 merepek merapu pasal aku..huhu.

Macamana mr BA? Ok x N3  saya ni...


Sincerely...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal