Monday, September 10, 2012

Dah Kurus..

Konon2 nak heboh macam berat 40kg je kan..padahal..hehehe. Aku ni memang tak pernah kurus pon..berat memanjang. Tapi tak lah seberat Yong, Ngah & Lily kan kan kan...hahaha.
Ni gambar sebelum aku deliver una..minggu terakhir pregnancy, 86kg. Berat aku b4 mengandungkan si una tu pon 85kg. Adoii..cam ne tu?

Sekarang? Tak lah kurus cam korang. Tapi aku rasa badan ni ringan lah sikit...sikit je lah. Harapnya terus menurun atau kekal begini. Sebab sekarang ni aku berpantang lah lagi..yelah fully bf si una, itu tak leh makan..ini tak leh makan. Kita tengok berapa lama boleh bertahan..ngeee
Tadi aku timbang kat klinik..70kg. Oh ya..cian una kena cucuk for 3m tadi. Melalak mek tu. Zaman waiz dulu..senyap je. Memang berbeza..menggelabah kejap aku tengok una menangis tadi. Tapi cepat2 sumbat cik n..terus senyap. 

Eh..kurus tak ai?

Sincerely...

Sunday, September 9, 2012

3 Bulan

Sepatutnya n3 ni kuar 6hb hari tu..tapi ntah macam mana x kuar plak schedule n3 aku ni. Hissh...nak kena sepak blogspot ni.
Alaaa...tomeiiinya. Anak sapa lah ni? Matilah kena kutuk. Tapi sape lagi nak puji anak sendiri kan? Penat aku mengandung 9 bulan tau! Khairuna..now dah 3 bulan. Suka bulat2kan mata dia..kadang2 dia buat juling2..hiks, comeiiii
Time ni dia sengih tau..tapi sebab kamera hp aku ni lembab, dia dah lepas senyum baru capture..hampeh. Tapi masam pon tetap super duper somelll...kan kan kan? Mesti korang geram kalau jumpa dia. Sekarang dah pandai senyum dan gelak. Pantang di agah...mesti menyengih [ni ikut perangai papanya --> sooo mesra alam, mamanya sombong!]

Cayanggg Nurin Khairuna!



Monday, September 3, 2012

Cite Raya 2012

Alhamdulillah..sekali lagi diberi kesempatan untuk menyambut lebaran kali ini bersama keluarga yang aku cintai [maksudnya beraya kampung aku tau..keh keh keh].

Hari Khamis [16hb] aku dah start cuti. Pukul 3am dah gerak dari KT. Berhenti sahur di Paka..kol 12pm sampai kat KL. Berhenti rehat lagi kat rumah pakcik aku di Kuala Selangor..dalam kol 2pm sampai kat rumah aku di Sabak Bernam.

Tahun ni tema family kitaorang PINHKKK..sungguh gojes & santek tau. Sama dengan PM kita tu...perasan tak? Bukan senang nak buat abang2 aku tu terima tema kali ni. Nasib baiklah diaorang nak..hehehe.
Family Yong bersama 4 orang anak. Katanya sama2 beli kain kat Jakel dengan PM..hihi.
Family Ngah..bersama 4 orang anak plus baby dalam perut. InsyaAllah bulan Oktober ni kuar geng anak aku, Khairuna. Kak Ngah kata maybe perempuan..bestnya. Tak sabar nak tunggu 'cik Aisya' kuar..
Family aku..dah bertambah budak gegirl tu. Nasib baik Una tak meragam time raya tu..elok je tido. Tapi si Waiz tu asyik lah berdrama..aih pening. Tiap2 tahun memang menangis lah kejenya. Dia kan tak leh tengok orang sedih..kitaorang yang bersalam dan bermaaf-maafan, dia yang melalak. Bad mood sepanjang masa.
Abah, makcik dan adik aku..Lily. Masih single di lebaran kali ni..tahun depan tak taulah. Kalau tahun depan dia kawin..raya rumah mertuanya, tak bestlah raya kitaorang nanti..huhu.

Banyak lagi gambar & cerita yang aku nak kongsi..tapi kerja aku ni tak abis2 lah weii. Penat. Kat rumah pon sama..nak bibik plezzzz.

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN


Wednesday, August 15, 2012

Baju Raya

Hai..pose tak? Bestkan kalau dapat puasa penuh..tahun ni harap2 bolehlah berpuasa penuh, tak payah ganti..hehe.

Time nak raya ni..anak2 lah yang suka sangat. Walaupon waiz & Una tu tak tau apa2 lagi..tapi mama dia tetap hover tau. Baju anak2 kena cukup..completed set! Mak pak tak de baju tak kisah..janji anak2 aku comel di hari raya aidilfitri ini [ceh skema pulak]

Tahun ni lagilah semangat nak membeli kan..sebab dah ada baby girl. Siyes..best sangat beli baju budak pompuan ni. Macam2 fesyen kan..skirt, seluar, gaun..macam2 lah. Tapi sebab una tu kecik lagi..gaun2 cam limited sikit lah. Tak de saiz..semua besar2. Tapi tak pelah..banyak lagi pilihan.

Si abangnya..waiz tu, tak dilupakan jugak. Tak kan tak beli pulak kan. Dengan baju tidur raya sekali aku borong..hehe. Ni kalau MKS tau..mau di bebelnya aku. Tapi nak buat macam mana..dah jadi habit. Time raya mesti nak memborong. Sebab dulu masa aku kecik2...time raya lah arwah mak membeli barang kitaorg. Nak baju baru ke, kasut baru ke..semua beli time raya. So aku pon dah cam terikut perangai arwah mak.
Ni lah antara baju2 khairuna. Ada yang aku beli..ada jugak orang bagi masa melawat di hari tu. Semua macam kaler pink jer kan..hehehe. Nasib lah ko dik. Abang pon mama pakaikan kaler pink..ini kan kamu. Eeii..tak sabar nak pakaikan especially baju kurung tu.
Ni pulak baju waiz..aku beli sikit2, simpan untuk raya. Bila nak packing bag..tengok ada 10 helai baju budak ni! Mak aih..memang membebel lah papa kamu nanti, hehehe.

Aishh..tak sabar nak raya ni. Selamat hari raya yer korang..insyaAllah, malam ni kitaorang nak balik kampung. Mohon doakan keselamatan kami:)




Tuesday, August 14, 2012

SUTERA TERENGGANU (P2)

KOD : ST1
KOD : ST2
KOD : ST3
KOD : ST4
KOD : ST5
KOD : ST6
KOD : ST7
KOD : ST8

Sutera Baihaqi..semua ada batu kristal & mutiara. Harga RM280.00 sahaja (tak termasuk postage)

Saturday, August 11, 2012

SUTERA TERENGGANU

Ni sutera Baihaqi namanya..memang santikk. Kalau korang pakai..memang gojes. Ada batu kristal & mutiara lagikk! Harga RM280.00 tak termasuk postage. Kabo jer nak kaler ape..aku carikan. Corak ada banyak..


Close up sikittt...

Semphuttt

Lama tak bersiaran..sudah penuh dengan sarang labah2 blog aku ni. Tak terkejor sejak masuk keje ni. Sibuk uruskan akaun yang kena hantar audit..mana nak siapkan report. Yelah..2 bulan aku cuti, dua bulan jugaklah tak bermeeting..hiks. 

Patutnya aku masuk kerja 7hb ogos, tp 1hb tu aku dah masuk. Kerja bertimbun youuu..tak rupa meja dah ofis aku tu. Lagipon nak raya ni..sibuk lah nak bermeeting kan..mana lah tau ada rezeki macam orang gomen jugak. Tu yang kena pergi ofis jugak..sian kan. Tapi tak de sapa2 pon paksa aku masuk ofis awal..cuma aku rasa cam bertanggungjawablah kan. Kang kalau tak dapat bonus..menangis sorang2.

3-4 hari memang aku tengok kerja yang aku tertinggal sepanjang 2 bulan ni. Pastu baru updated akaun  & report..memang semphutt. Tapi i likeeee my job. Lama tinggal kan..buhsan weei duduk rumah 2 bulan ni. Hari tu tak abis2 merempan nak berhenti kerja..ni jadi lain pulak. Tengoklah 3-4 bulan nanti, buhsan mengadap kerja..mesti aku merempan nak berhenti keje pulak.

Oh ya..ni lagi satu semphut. Tadikan..aku gilah amik baju kat tailor. Sebenarnya, ni pertama kali aku hantar baju kat dia. Kononnya nak try lah. Biasa aku hantar kat tailor kat bus stand KT tu je..tak pon kat orang kampung depan rumah aku tu. Masa hantar kain..tak tanya pon range upah dia bape. Aku ingat cam biasa2 je lah..fuh..terkezzzut mak. Baju kurung je RM70, yang berpesen RM80. Total aku kena untuk 3 pasang baju..RM220. Tak pasal2 kena hutang RM70 sebab aku bajet RM150 je.

Mungkin lah harga tu murah bagi korang yang dah biasa kan..tapi aku biasa upah baju RM30-40 je sepasang..hehe. Agak terkejut lah time nak membayar kan. So memang pertama & terakhir kali lah aku hantar kat kakak tu..ngeee. Lari budget mak tau..huhu

Okeylah..nak sambung kerja, fuhh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal