Sunday, March 18, 2012

KERJA KOSONG DI KUALA TERENGGANU

Bukan nak iklan kerja kosong..tapi nak mintak tolong korang carikan kerja kosong untuk aku ni. Penat dah mencari ruang2 kosong..nak try kerja kat tempat lain. Aku ni dah tak larat nak kerja kat sini lagi. 6 hari seminggu..dari 8am-5pm! Fuh..banyak masa di abiskan kat pejabat dari rumah tau!

Gaji tu bukan keutamaan aku. Kalau dapat kerja 5 hari seminggu dah bersyukur. At least dapatlah lebihkan masa untuk waiz & baby yang bakal lahir nanti. Rasanya waktu kerja kat ofis aku ni dah tak relevan lagi. Kebanyakkan pekerja dah berkahwin..ada anak, family..penat tau kena datang kerja hari sabtu.

Time cuti hari jumaat tu..kelam kabut buat kerja rumah. Still kena bangun pagi, masak, basuh baju..kemas rumah. Mane nak layan suami..anak lagi..fuh. Hari cuti pon tak macam cuti..lagi penat dari hari biasa. Sedihnyaaa...

Sorilah kawan2..tetiba terrrremosi pulak hari ni. Tak de mood nak kerja..asyik meng-google kerja kosong tapi tak ada pulak. Jumpa kat ELX tadi..tapi kat Kemaman lah pulak. 

Orang yang nak menggantikan tempat aku time cuti bersalin nanti pon tak jumpa2 lagi. Bulan April nanti baru TESDEX bagi jawapan pasal budak T-GAS..huhu. Kalau aku terrrrberrrsalin awal, nasib lah yer..hai hai bye bye.

p/s: sesiapa yang ada info kerja kosong kat KT..bagi tau lah yer.

Sincerely...

Friday, March 16, 2012

Alhamdulillah..

Hari tu aku dah cite pasal cash out duit nuffnang tu kan.....kat sini.

Dan alhamdulillah..minggu lepas aku dah terima pon cek-nya. Dah selamat bank in & dah clear pon cek tu. Ni lah duit pertama aku terima dari nuffnang..TQ NUFFNANG!

Walaupon bukan RM5K..atau RM500..tapi tetap bersyukur. Sebab dapat RM50 ni aku beranilah tepek dalam blog..kalau dapat riban-riban nanti kena kejar dengan LHDN pulak..hiks.

p/s: Kalau dapat banyak2 cam korang..mesti best kan.


Sincerely...

Wednesday, March 14, 2012

WW - Perception v Reality


p/s: Aku setuju 200%! Waiz tido macam tu lah..buas sungguh. Tak sah kalau kaki tak naik atas muka aku!

Sincerely...

Tuesday, March 13, 2012

Biskut

Ada jual kat Mydin Mall Kuala Terengganu..sekarang ada buka booth kat sebelah restoren mamak tu. RM10 untuk satu beg biskut ni.

Mula2 aku ingat biskut ni tak sedap..sebab jenis ber-butter [Aku selalu makan biskut kering jer..hiks]. Tapi bila ofismate aku beli dan kata biskut ni sedap..terus terjebak beli jugak. Dengan adik aku..Lily tu pon beli jugak.
Ada 5 kotak semuanya..dalamnya dipacking kecik2. Setiap pek ada sekeping biskut..boleh lah nak kunyah time ngantuk. Jangan makan time lapar..mau mengamuk sebab dalam 1 pek cuma ada sekeping jer biskut tu. Buat taik gigi bolehlah..



Sincerely...

Monday, March 12, 2012

Masak Pecel

Ni lah satu2nya makanan yang aku tak sempat nak makan masa balik kampung hari tu...masak pecel. Selalunya orang buat pecel lele (lele = ikan keli). Tapi aku tak makan ikan keli..boleh tukar dengan ikan lain. 

Gigihlah mencari resepi..sekali jumpa kat blog Mat Gebu ni. Dia guna ikan pari..aduh..ikan ni pon ai tak makan..hiks.

Sekali tengok resepi tu macam senang..tapi cekur tu apa yer? Maaplah..aku ni nampak benor tak pandai masak yer. Sampai cekur pon tak kenal. Tak pelah, nanti ai try tanya my SIL..huhu.

Cik Mat Gebu..tumpang copy resepi yer:


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan pari kecik (mat guna pari potong dalam 300 gram)
2 1/2 cawan santan pekat
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
5 inci ubi cekur*
20 biji cili padi kampung*
1 inci belacan, dibakar*(*ditumbuk halus)
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
2 helai daun cekur, hiris halus
Beberapa cili padi untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Ikan pari dibersihkan, perap dengan jus limau nipis dan garam selama 10 minit, cuci dan toskan, lumur sedikit garam dan bakar hingga masak. Ketepikan.
2. Dalam periuk, satukan bahan tumbuk, asam gelugor dan didih kan, tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan pari dan masak dengan api sederhana hingga kuah pekat.
3. Masukkan hirisan daun cekur, dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan cili padi dan hidangkan segera bersama nasi hangat... Selamat mencuba...

Sincerely...

Samsung Galaxy y

Sehari sebelum balik kampung...hp MKS rosak lah pulak. Apa lah nasib yer..hari tu kereta kancil, ni hp pulak. Hp ni antara benda pentinglah jugak dalam hidup MKS..susahlah kalau tak ada hp kan. Nak tak nak..kenalah beli jugak.

Entah macam mana..boleh termakan dengan pujukan aku untuk beli Samsung Galaxy y ni..hiks. Aku suruh dia beli hp yang murah2 jer dulu..sebab nak guna banyak duit untuk balik kampung kan. Kalau ikutkan MKS..dia tak suka pon hp tu, macam budak2 je katanya. Berangan nak pakai hp RM2 ribu...ongkosnya tak de. So pakai jelah hp tu bang..

Baru sehari pakai hp tu..dah merungut. Susahlah..kecik lah..terus nak jual pulak. Sekarang ni MKS tengah mengayat aku..ajak tukar hp pulak. Cis..sabor jelah. Aku ni manusia paling lembab guna touch screen..dah lah tak penyabar, kena baling ke dinding aje hp tu karang. So tak nak lah tukar-tukar ni...pandai2 awak lah MKS..hehe


Sincerely...

Sunday, March 11, 2012

Fobia Paip Getah

Lately susah betul nak mandikan anak bujang sorang ni. Nak cebukkan kencing & beraknya pon bukan main susah..fobia sungguh tengok paip getah.

Tok mi [pengasuh waiz] kata, hari tu dia ada potong paip getah yang dah pecah kat hujung2nya tu dalam toilet. Kebetulan waiz tengok..lepas tu terus dia takut. Agaknya dia rasa paip getah tu hidup macam ular kot..entahlah.

Sekarang ni, nak ajak mandi memang susah. Dia selalu tunjuk paip getah tu...then cakap 'akut [takut]. Apa yang ditakutkan pon aku tak paham.

MKS kata nak tanya 'orang' untuk tengok2kan waiz. Takutlah terkena apa2 yang kita  ni tak nampak kan. Seram pulak...dah lah semalam tengok cite Semadikan Aku..huhu.
Budak ni kalau menyengih..comel lah. Kalau melalak...ya ampun, bukan main kuat lagi. Takut jiran sebelah kata aku ni mendera anak pulak..

Sincerely...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal