Wednesday, March 7, 2012

Cite Balik Kampung..

Asalnya nak balik kampung hari Khamis, tapi macam tak sabarlah pulak nak balik..so hari Rabu tu, lepas MKS siapkan kerja2 dia..terus kitaorang balik kampung. Cuti hari Rabu tu pon pakai sms je..nasib baik boleh.

Pagi Rabu tu..lepas masuk barang dalam kereta, dalam pukul 10am bergeraklah kami berempat [MKS, aku, Waiz & Lily] dari rumah. Tapi before tu singgah beli keropok lekor dulu kat Sungai Rengas, buang sampah dulu, isi minyak lagi. Then ke kedai MKS pulak sebab nak bagi gaji ke pekerja-pekerjanya.

Time MKS buat kerja tu..sempatlah kami ke STR mencari kain sutera yang kawan Lily kirim tu. Balik semula ke kedai MKS..lunch pulak sebelum bertolak. Dalam pukul 1pm tu baru bertolak slow2..

Lily pon ada drive jugak dari R&R Gambang sampai ke Perhentian Lanchang. Sebab lepas tu masuk Karak, jalan bengkang bengkok sikit..MKS tak berani bagi dia drive kot. So MKS takeover sampai ke rumah Yong kat Klang.

Alhamdulillah..selamat sampai, rehat2 & tidur kat rumah Yong. Esok [Khamis] baru bertolak ke Sabak Bernam.

p/s: Ada cite menyedihkan berlaku..Waiz kena refer ke Kecemasan & Trauma Hospital Klang!



Sincerely...

Tuesday, March 6, 2012

Tidur Berbantalkan Lengan Suami

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (mengikut satu kajian) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin.

Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang.

Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya.

Tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang.

Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda.

(pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu betapa asyik dan rilexnya)…FAKTA

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah cukur ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit sahaja bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

Pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?

Suami-suami semua, adakah anda cukur licin ketiak atau biarkan berbulu?


Sumber : Facebook

p/s: erkk..aku ni selalulah bising2 kat MKS suruh cukur bulu ketiak dia. Ai tak suku bulu..huhu

Sincerely...

Habis duit di Terengganu

Ni masa adik aku - Lily ada kat KT. Dia lah yang menghabiskan duit..acara wajib kalau ke KT, mestilah shopping sutera & keropok lekor/keping kan.

Tapi masa kitaorang ke Pasar Payang tu, aku tak koser nak mengambil gambarnya. Penat ko! Asyik meng-survey jer..belinya idok pon. Aku ni dengan membawak perut..dahaganya lagi. Tu nasib baik awal2 aku dah tinggalkan si budak kecik tu kat Tok Mi-nya. Kalau tak..penat nak mengejor dia lagi..fuh.

Tapi memang rambang matalah kalau round kat Pasar Payang ni..banyak sutera baru. Corak merak, ombak rindu..macam2lah. Tinggal sediakan ongkosnya ajaa..

Last2 tu..kitaorang berhenti satu kedai, maka berurusniagalah Lily kat situ.
Kedai nilah kitaorang pergi..PPA 35 Aku pon tak tau port mana yang jual kain murah2 ni..pakai gamble jer. Nama jer duduk Terengganu..tapi nak naik Pasar Payang tu..setahun sekali pon susah! Ni masuk Pasar Payang pon kes bawak adik aku memcari kain sutera.

Okeylah harga2 kain kat kedai ni..kakak2 yang menjual tu pon tak jemu2 melayan. Bising & kecoh dengar suara adik aku kat situ. Siap ber-3G lagi dengan membernya. Sebab kawan dia ada jugak kirim kain sutera..tu yang lambat sikit nak buat pilihan. Kalau beli untuk diri sendiri..senang je kan.
Dua pasang kain sutera selepas penat tawaf satu Pasar Payang. Warna Biru tu kawan Lily punya..memang cantik. Aku tengok pertama kali..terus jatuh cinta..cewah! Nasib baik kawan Lily tu jadik amik..kalau tak, aku yang merengek kat MKS mintak kain sutera tu..huhu. Lagi satu..mestilah Lily punya. Tak kan beli untuk orang jer kan..jauh2 datang, sekurang-kurangnya kenalah rembat sepasang jugak. Cantik jugak..sesuailah untuk gaya muda mudi..hiks.
Ni pulak hari last (Rabu) adik aku kat KT..before bergerak balik KL sama kitaorang. Sempat jugak singgah kat STR di Kuala Ibai tu. Memang sebelum tu MKS ada bawak Lily survey2 kain kat situ..tapi tak beli pon. Bila Lily masuk gambar kain kat FB..ada lah kawannya kirim jugak. So tolonglah belikan..
Sibuk memilih untuk kawannya. MMS lah..call lagi...dapat 2 pasang kat sini. Harga okeylah..kena pandai tawar. Harga kat kain tu memang gila2...tapi kalau kita pandai, memang berbaloi.
Ni pulak keropok keping..adalah bahagian untuk saudara mara & kawan2 adik aku tu. Keropok lekor kitaorang beli time nak balik, dekat je kat rumah aku. Keropok lekor Sungai Rengas..sama jenis & sama sedap dengan Keropok lekor Bukit Tok Beng.

Mintak maap banyak2 kat Kak Yati sebab tak belikan bahagian keropok akak..masa akak balas komen tu, wida dah cuti..terkilannya lah. Next time ok...kalau wida balik, automatik belikan untuk akak..tak payah pesan2 dah..insyaallah.


p/s: Nanti sambung lagi cite k..

Sincerely...

Monday, March 5, 2012

Nak cuti lagiiii...

Alhamdulillah..petang semalam (ahad) dalam pukul 6.30pm kitaorang selamat sampai dari Sabak Bernam - Kuala Terengganu.

Banyak cite ai nak story-mori dengan korang, tinggal rajin/malas jer nak karang cite ni. Tunggu jelah apa yang aku nak temberangkan nanti yer..

Baju2 dalam beg masih belum berkemas, nasib baiklah tak banyak baju kotor nak di basuh. Time preggy ni..semput jugak kalau nak buat banyak kerja. Kan best kalau ada bibik..hiks.

Pagi tadi dah kena pergi Klinik Desa..amik HB. Nasib baik result okey..tak kuasalah aku nak menapak ke KK kalau result teruk.

Terima kasih pada semua yang mendoakan perjalanan pergi dan balik kami sekeluarga yer. Tak puas bercuti..seronok betul duduk kampung.

Sincerely...

Siapa Patut Bagi Nama Pada Anak Baru Lahir - Ustaz Azhar Idrus 2011


Sebagai panduan diri sendiri..hehe.

Sebab selalunya dalam bab membuat pilihan ni..memang selalu jugaklah berbalah suami isteri. Masing2 nak menang kan..

Tapi masa nak bagi nama waiz dulu..MKS yang buat keputusan. Sebelum tu kitaorang ada list beberapa nama. Selepas dibuat beberapa pertimbangan, barulah MKS pilih nama yang terbaik.

Baby kali ni...kitaorang tak prepare apa2 nama pon. Tapi aku dah cakap awal2 kat MKS, kalau baby girl aku nak bagi nama sendiri. Tapi masalahnya sekarang, nama yang aku nak letak tu..semua MKS susah nak sebut. Aiyakk...

Aku rasa nanti..mesti MKS guna kuasa veto dia letak nama baby ni..


Sincerely...

Friday, March 2, 2012

BE Pertama - 2012

Jeles dengan korang yang dah dapat banyak BE di tahun baru ni..ai baru nak merasa. Thank you yer Nuffnang. Ai lap you lah..
Teruskan menari-nari...oh yeahh

Sincerely...

Thursday, March 1, 2012

Petua - Bersihkan Kencing Kotor

Hari tu kan aku ada cite..kena kencing kotor. Kalau di ikutkan skala yang doktor cakap hari tu, memang urine aku teruk sangat. Terus doktor bagi antibiotik untuk 5 hari. Ubat yang paling mahal katanya..RM30 je pon. Tak pelah..janji dah sihat. Cuma sekarang ni aku kena teruskan minum air masak banyak2 dan kurangkan makanan manis.
Ubat ni dah abis pon aku makan..tapi bila makan ubat ni jadi mengantuklah. Makan antibiotik pon boleh mengantuk yer? Biasa kalau makan ubat selsema & batuk jer..

Ni misi kat klinik kerajaan tu yang bagi petua..dia kata kalau minum air barli boleh hilangkan kencing kotor. Tapi masa tu aku tak minum pon. Sebab aku rasa air barli ni tak sedap. Tak boleh nak telan..tu yang tak berani nak minum.

Baru2 ni SIL aku bagi petua yang sama jugak..dia suruh aku try jugak minum air barli. Homemade punya..siap bagi resepi. Bila try buat..eh sedap jugak yer. Lagi sedap kalau minum sejuk2. Kenapa dulu aku minum macam tak sedap jer...erk?
:: From Google ::
Aku beli barli jenis ni. Sebelum rebus tu basuh dulu macam kita basuh beras tu. Dah bersih..rebus dengan air yang banyak. Masak dalam setengah jam dengan api yang perlahan. Masukkan sedikit garam. Masa nak minum tu perah sikit limau [limau purut/kasturi..jangan ko perah dengan limau mandarin!]. SIL aku kata tak payah letak gula..tapi bangsa pemanis macam aku ni, haruslah letak gula waima sedikit..hiks.

Mula2 aku buat tu..untuk minum sendiri jer. Tapi ada dua orang penyibuk kat rumah tu dah abiskan air barli aku tu. Sekarang ni kalau rebus barli..kena buat stok untuk 3 orang pulak.

Hari tu waiz macam nak demam, meleleh-leleh hingus. Badan pon panas. Sehari aku bagi dia minum air barli..esok terus kebah demamnya.

Trylah..


Sincerely...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal