Tuesday, September 6, 2011

Ciumlah Anakmu

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

:: rindu bau waiz masa baby ::
sumber : Facebook

Sincerely...

Monday, September 5, 2011

Mari Beramal

Korang..kalau ada pakaian atau barangan yang tak guna/pakai [yang elok lah]..pastu tak tau nak bagi kat sape, bolehlah hantar kat Yayasan Amal Malaysia (YAM) ni yer. Aku tak tau lah samada YAM ni ada kat tempat lain or tak. Tapi kalau kat Terengganu ni..tempatnya betul2 kat depan Restoren Sri Wangsa Cawangan Jalan Kuala Berang.

Hari tu MKS kemas gobok [almari] dia, so banyaklah baju2 yang dah tak muat. Nak bagi kat saudara mara, baju MKS ni baju cap ayam jer. Diaorang tu mana lah pakai kan. Daripada di buang kat tong sampah..hantarlah kat YAM ni. Lagipon dekat jer kat rumah aku. B4 ni pon kitaorang biasa dah hantar baju2 kat situ..
Masa ni awal pagi..tak bukak lagi. MKS letak jer kat depan pintu. Sebenarnya aku pon tak pasti barang2 yang kita bagi ke YAM ni diaorang buat apa. Sedekah pada orang yang memerlukan ker, jual balik ker. Tak kisahlah..sebab barang2 tu pon kita tak guna dah.
Rasanya no. tel tu 010-6218426..


Sincerely...

Sunday, September 4, 2011

Ranap!

Tengok betapa 'besarnya' lori yang dia naik tu! Dua tayar dah tercabut..tinggal 4 biji tayar jer lagi. Pusing jugak satu rumah dengan lori dia tu..kihkih.


Sincerely...

Saturday, September 3, 2011

Yang Ni Pon Nak Jugak

Tak padan kecik!
Semua dia bantai naik...kalau rosak, mati aku kena ganti!

Suka yer..suruh papa jugak yang beli yer. 
Ceh bajet cam MKS tu kerja doktor, arkitek..gaji riban-riban!

Turun..turun..moh kita balik.

Lokasi : Ogawa, Mydin Mall. (Tempat 2 beranak tu selalu singgah masa aku tengah bayar barang2 dapur kat Mydin Mall..malas nak q sama, tu yang lepak kat situ.)

Sincerely...

Treadmill

Bila lah laki ai nak dapat bonus ni..boleh pau mesin treadmill. Yelah..saiz badan aku ni makin lama makin besor. Nak berlari kat taman rekreasi tu pon malu ko..abis bergegar-gegar. Kalau ada treadmill tu kat rumah..boleh lah lari bila2 masa.

MKS : Alah basikal yang saya beli tu pon awak tak kayuh!
Aku : Smiley

Nak test sendiri malu..so waiz jadi mangsa test mesin treadmill tu! Berpeluh budak  kecik tu berlari..hahaha.

Salesgirl : Kak beli lah...RM2xxx jer
Aku : Jer tu tak tahan (Baik aku beli gelang emas!)

Suka waiz? Suke? Okey nanti papa ada duit..kita suruh dia beli yer [tapi nanti bila MKS ada duit, aku pau benda lain jugak]

Alah biarlah gemuk pon..janji sihat [sedapkan hati sendiri..huhu]

Sincerely...

Friday, September 2, 2011

Basikal Pinjam

Kesian kat budak kecik ni...asyik naik basikal orang jer. Sorilah sayang, mama tak ada duit lagi nak beli basikal untuk kamu. Nak tunggu duit Nuffnang..bila lah nak membiaknya, huhu.
Kaki pendek..tapi ada dia kisah? Janji dapat naik okeyy...
Pandai dah nak gohek tau! Mana dia belajar pon aku tak tau..
Papa..apa lagi, tak paham2 ker. Budak kecik tu nak basikal sendiri lah. Sila lah belikanya...hehe. Kata sayanag anak.

Sincerely...

Thursday, September 1, 2011

Bakul Anyaman

Beli kat orang jual di tepi jalan Paya Keladi..RM 25.00. Tapi dia bagi RM24.00..mahal tak? Kasi diskaun RM 1.00 jer..hampeh tul. Tapi sebab cantik..aku beli jugak!

Dah lama aim bakul cam ni..nak letak baju2 kering yang baru diangkat dari ampaian. Bakul plastik aku habis ranap di kerjakan budak kecik tu. Kalau yang ni pon rosak jugak..aku beli bakul besi pulak!

Sincerely...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal