Monday, August 31, 2015

2 Syawal 1436H

 Raya kedua..anak2 dengan papanya pakai baju baru. Tapi saya pakai baju recycle je..
 Baju kurung lace prada Una ni beli kat ekspo KT, RM65. Yang untuk mak pon ada..sama sedondon..tapi tak de saiz saya..huhu. Bagus sangat kan!
 Sedondon jugak dengan mak usu..mak ko ijo katenya.
Okey, waiz dah malas nak bergambar..budak tu tak berapa nak fotogenik & fotogedik sekarang ni. Turun ke una pulak..
 Amboi..bukan main tembun dan gebu pipi mak usu tu, sama naik dengan semek una.
Lentok2 una..gambar kabur di raya kedua..haha.

Sunday, August 30, 2015

Lebaran 2015

Assalamualaikum semua..salam sehati sejiwa, eceh! 

Rasenya tak terlambat lagi nak upload gambar raya kat dalam blog kesayangan yang makin lama makin jauh nampaknya...huk huk. Boleylah, asalkan ada..buat kenangan kan? Walaupun orang lain sibuk nak upload gambar raya haji dah..kite jugak terhegeh-hegeh. Ampun ampun..
Selfie dulu seround..with teman hidup saya. Tahun ni raya kampung saya lagi..SABAK BERNAM di hati ku. Sorry encik suami, MKS..rasuahmu untuk raya di Kuala Terengganu masih tidak mencukupi..haha. Sila cuba lagi tahun depan..
Gambar dr group wasap..suka gambar ni, baju raya ala2 pink gitu. Aduh nak buat guane..mek memang hantu pink. Oh ye, sebenarnya tahun ni family kami tak de tema warna..sebulat suara nak warna bebas. So ingat2 di hati nak kaler kuning macam kuning BERSIH 4.0 tu..tapi proposal saya tak di terima. MKS masih kuat untuk parti dia..so warna Merah lah kami. Senang nak sarung nak pergi perhimpunan UMNO katenya. Okeylah bang..janji abang bayar..haha.
Semua baju readymade je..no tempah2. Baju MKS dan Waiz beli kat Mydin je.Murah pon murah. Baju MKS RM79.90..waiz RM49.90. Kena jimat2 lah zaman GST ni..syukur ada baju raya baru. Kebaya kimono saya pon beli online je, RM110. Manakala baju Una beli di Giant, RM39.90. Janji sewarna..kan?
Dua beradik yang kejap baik lamaaaaaa gaduh. Tapi bila sorang tak de, tau pulak masing2 merindu..hehe. Beg raya waiz tahun lepas punya, recycle. Songkok pon pakai hok pergi sekolah punya, sampin sape punya ntah (maybe Faris, Kak Roza bagi)..tengok2 dalam almari. Elok je matching dengan baju raya..banyak penjimatan di situ. Beg frozen una, mak usu sponsor kat Ekspo Sg Besar. Budak ni free hair, jimat jugak duit tudung ko nak!

Eh ekceli, hari Selasa tu kitaorang dah balik ke kampung. Awal..raya kan Jumaat. Cam biasalah, MKS tu tak suka serabut2 dengan jem..gigihlah saya ni kelentong nak cuti awal..hehe. 

Tahun ni family Ngah raya kat Kedah, so tinggal kami 3 beradik je lah. Amboi kemain sopan lagi anak teruna saya tu posing. Dah naik bosan lah..banyak kamera nak snap gambar. Dia tak sabar nak kutip duit raya..walaupun sedar diri tu tak pose. Yee..dah 6 tahun, tapi 1 hari pon tak berjaya pose.
Aik..hilang dah Haziq, mesti tengah sibuk setting kamera ni. Pakai self timer je..letak hp kat meja, kih kih.

Sampai tertonggek-tonggek saya berposing, happy lah dapat raya kampung sendiri...haha.
Atuk dan nenek bersama mak usu yang masih single-mingle dan cucu2nya. Bagus tahun ni tak ada adegan sentap menyentap di kalangan bebudak ni. Agaknya sebab masing2 dah besor..bagus. Tenang mak pak nak beraya.
Wefie....alolo somel je atuk menyelit kat situ.
Muka mak usu bukan main kembang setaman lagi..hehe.

Okey, ni sajalah cite raya pertama kami. Tak ada masak2 menu special pon sebab raya kan jatuh hari Jumaat..so memang dah agak dah, turn raya rumah kami sangkut sebab orang nak sembahyang Jumaat pulak. So memang sengaja tak prepare makanan special. Terjah cari makanan kat rumah orang je lah..hehe.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal