Tuesday, July 23, 2013

Pertandingan Taska PERMATA

Baru-baru ni..before puasa, cikgu sekolah waiz ada call. Katanya, nak wakilkan waiz ni untuk taska PERMATA cawangan Kampung Panji  ke pertandingan memarna dengan taska-taska cawangan lain. Ish..saya ni macam tak percaya je. Yelah, waiz tu pegang pensil pon tak berapa nak betul lagi..confuse kejap dengan cikgunya tu. Betul ke..boleh ke waiz mewarna..macam-macam lah. 

Tapi bila cikgunya dah yakinkan saya..saya pon sokong jelah. Bagi pengalaman sikit ke waiz tu..lagipon saya tau, waiz memang suka aktiviti-aktiviti macam tu. Hari mewarna diadakan pada hari Jumaat..gigihlah kami anak beranak bangun awal pagi ye. Biasanya hari cuti..anak-anak dan makpaknya bantai tido sampai kol 10am!!  
Kasi semangat sikit..beli pensil warna yang baru. Padahal kat rumah punyalah melambak..kat bawah kerusi ada, atas katil ada..dapur ada..merata-rata! Tapi sebab PAPANYA nak yang baru..kita layankan je lah! Papanya memang over semangat..hehe
Ni group taska waiz..setiap taska wakilkan 10 orang budak. Semua berkumpul kat Taska PERMATA Batu Buruk. Kawasan taska tu besar..siap ada playground lagi.

Ibubapa boleh duduk sekejap je dalam ni..lepas tu semua kena halau keluar okey. Anak-anak kena kaler sendiri. Nasib baiklah waiz tu tak penakut macam una..relax je kena tinggal sorang-sorang.

Pandai jugak dia kaler sorang-sorang..kagum sekejap. Macam tak percaya..eh anak aku ke tu? Hehehe..

Una pon saya angkut sekali..budak ni sibuk nak kaler dengan abangnya sekali. 

Lepas saya keluar dari tempat mewarna ni..hendap2 kat tingkap je lah. Waiz ni kaler punya lah laju..tak sampai 10 minit dah siap okey!! Dia lah orang pertama bangun..jerit2 kata dah siap.

Tapi cikgunya suruh duduk..dan kaler lagi. Tapi 5 minit lepas tu..dia start kacau kawan2 dia. Cikgunya tak tahan..terus suruh waiz keluar..hahaha.

Rupanya mamat tu kelam kabut mewarna..siapkan cepat2, sebab tak sabar nak main kat playground okey..sabar jelah! Lepas bagi dia main..dah dapat hadiah saguhati..kitaorang laju-laju balik. MKS sakit kepala lah pulak...

Harap akhir tahun ni, waiz dapat wakil taska untuk masuk pertandingan hafazan pulak.

Monday, July 22, 2013

Khairuna dah SETAHUN!!!

Salam semua...sihat?

Ada yang merindui saya? Tak? Okey..tak pe..

Tak kisah..nak cerita dekat korang. Sekarang una dah setahun..eh sebenarnya dah 13 bulan! Kejap je dah besar anak dara saya ni. Tak sedar pon..hehe

Tak pandai jalan lagi ye..nak berdiri sendiri pon masih takut-takut. Takut sakit..takut kucing..takut kena tinggal sorang..takut dengan orang..serba serbi penakut lah mek sorang ni. Memang berbeza dengan abangnya dulu..umor 10 bulan dah pandai jalan.
Tak pelah..lama-lama nanti mesti dia pandai jalan jugak kan? So tak naklah paksa-paksa dia sangat..semoga anak mama membesar dengan sihat!

Fuh..jenuh jugak nak abiskan satu entry ni..skill mengarang dah tumpul. Yelah..lama saya tak membebel kat blog ni kan. Tapi blog kawan-kawan..masih saya kunjungi, cuma kalau saya tak drop comment tu..sori ye.

Jumpa lagi di entry akan datang..doakan roh meng-updated blog ni masih segar lagi, hiks.

Daaa..bye. Selamat berpuasa!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal