Thursday, January 31, 2013

Hari Kejadian

Festime lah saya pakai kasut skema cam ni..dah gaya nak interview gomen! Hehehe..ni MKS punya hal lah. Saya cuma bunyi-bunyi kat dia..tak ada kasut cantik..diulangi kasut CANTIK nak pergi interview, sebab selama ni saya pakai selipar jepun je pergi ofis. Ofis saya...nak masuk dalam tu kena bukak kasut. So pakai selipar buruk pon tak pe. Jadi bila pergi interview ni..mula lah mengagau selongkar kasut lama. Tapi...nan hado. Tercabut tumit lah..rosak itu lah..rosak ini lah...emm

Jadi MKS ajaklah beli kasut baru. Tu dia lah pilihkan. Saya nak kasut biasa jer..asalkan cantik. Eh..dia nak kasut yang berkilat okey..veryyy the formal! Keluar masuk keluar masuk kedai kasut mencari kasut taste dia..aduhhh MKS kan memang cerewet sikit bab membeli ni. Saya layan je lah...sebab dia yang nak membayar kan. Kalau guna duit saya..haruslah saya beli ikut taste saya....hehe.

Nak dipendekkan cerita..lepas interview tu, saya dapat jawatan tu. Mungkin bertuah sebab pakai kasut yang MKS belikan. Tapi kan..tapi kan...emm tak nak cite lah. Cuma..beberapa orang taulah kisah saya ni. Cam kak Yaya, kak PR..MKS...huhu. Doa-doakanlah saya berjaya dengan kerja baru ni..

Terima kasih sudi baca!

p/s: ni schedule n3..hari ni hari pertama saya ditempat baru...wish me luck!

Wednesday, January 30, 2013

WW ~ Geng Pink

:: From Google ::

Boleh geng dengan saya budak ni..

Tuesday, January 29, 2013

Sumbangan Terakhir

Assalamualaikum semua....
Bizi bizi bizi....rasa nak demam dah ni. Manager saya kat sini dah pesan sesiap..before berhenti kerja SIAPKAN REPORT..huk huk huk. Kat atas tu..fail pekerja. Pekerja kat loji yang saya jaga ni ada 14 orang..sikit je. Tapi kena cek satu-satulah status diaorang ni. Saya kena buat proposal untuk kenaikan gaji pekerja dan report untung rugi.

Semput...tapi tak pelah. Memang saya akan settled-kan semua kerja. Rasanya tak ada yang tertangguh. Kalau ada..ampunnnn.

Report dan proposal..baru je siap, alhamdulillah. Lega rasanya. Dah siap print pon. Lepas dah tanggungjawab saya. Lepas ni..apa-apa tindakan dan keputusan dalam meeting atas pengarah-pengarah lah pulak. Tolonglah jangan salahkan saya kalau gaji tak naik yer..hiks.

Tapi saya doakan agar pekerja-pekerja di bawah jagaan saya ni dapat gaji minimum dan kenaikan seperti yang diaorang harapkan. Mudah-mudahan...banyak-banyaklah berdoa. Jangan nak mogok jer...opps terlepas sudah!

Dapat bonus ke..naik gaji ke, jangan lupa belanja saya! Hehehe


Thursday, January 24, 2013

Kali terakhir?

Agak2nya dapat x saya makan free macam ni lagi kat tempat keja baru nanti? Alhamdulillah..saya dah bg surat resign kt boss. Notis seminggu. Sepatutnya saya kena bagi notis dua minggu..tapi keadaan x mengizinkan..terpaksalah. Saya pasrah je lah kalau kena potong gaji pon..huhu.

Rasa berdebar-debar lah pulak bila start kerja baru ni nanti. Baik dan sporting x boss baru saya nanti..ofismate baru okey tak..macam2 lah yang terlintas difikiran ni. Harap semuanya baik-baik saja.
Doakan saya!

Wednesday, January 23, 2013

WW ~ Kehkeh


Dalam Dilema

Rentetan dari entry ni. Masa tu memang saya tengah menunggu panggilan interview. Memang betul-betul berharap dan berdoa..kalau dapat pergi interview pon dah okey. Selalunya kalau hantar permohonan kerja..mesti senyap tak ada jawapan. Sekurang-kurangnya, kalau pergi interview..kita taulah permohanan tu di tengok kan?

Alhamdulillah..hari selasa baru ni, saya dapat pergi interview di sebuah kolej swasta di Kuala Terengganu ni. Okeylah jugak..walaupon memang saya berharap dapat kerja kerajaan. Tapi masih tak ada rezeki..nak buat macam mana. Terima jelah mana yang datang dulu.

Keesokkan harinya...dapat jawapan, saya diterima! Wah...alhamdulillah..syukur sangat. Dan pihak kolej harap saya dapat masuk secepat mungkin! Aduhh..saya sepatutnya kena beri notis 2 minggu berhenti kerja. Tapi 27hb Januari ni saya dah kena daftar kerja baru. Macam kelam kabut lah pulak. Mungkin ini cabaran bagi saya..saya terpaksa buat pilihan. Bukan senang nak hidup senang kan?

Dalam masa yang sama..saya tak sampai hati pulak nak tinggalkan kerja sekarang, berbelah bagi..huhu. Tak tidor lena saya sehari dua ni..dari hari saya hantar resume tu lagik! Nasib baiklah kerja saya tak ada yang tertangguh-tangguh. Kalau tak..lagi serba salah nak tinggal kerja yang menimbun.

p/s: Okeylah..tq pada kawan2 yang doakan saya sebelum ni. Harap-harap langkah saya berhenti kerja ni adalah jalan terbaik untuk masa depan saya dan family saya jugak. Yang pastinya...kerja 5 hari seminggu. Tak larat dah nak kerja 6 hari..fenaattt. Buat UMMI RAN..sis tak tertinggal ape2 cite. Cuma tau2 je lah saya ni..kuat berahsia..hehe.


WW ~ Tertinggal Kunci

Setengah jam tunggu papanya hantar kunci..sebab mama tertinggal kunci dalam kereta, huhuhu...nanges!

p/s: bukan waiz yg nanges..mamanya! Biasalah...budak ciwek memang cam tu.

Tuesday, January 22, 2013

HOKAIDO

Ni lah kek hokaido..kecik cam muffin jugak, tapi gebunya...macam kek chiffon. Pastu ada inti kustard..dan ditabur gula icing. Sedapnya.....tapi manis sikit. Sebelum makan, kalau sejukkan...lagi sedap!

Hehehe..saya ni bab makan apa yang tak sedap. Semua sedap..kan? Ni lagi satu keluaran Anum Cookies. Kak Anum tu masak apa pon sedap lah..untungnya pandai masak. Sebiji RM1.50..Minima order 5 biji. 
Gambar kat atas ni..saya amik dari FB Anum Cookies. Kalau berminat..silalah order yer. Saya ada amik gambar kek tu sebelum makan..tapi kat instagram. Huk huk...orang berjaman ada instagram, saya baru register. Tu pon sebab ada tab samsung waiz. Hp saya manalah boleh berinstagram ni...huhu.

Sebenarnya...masa amik hokaido ni lah kunci kereta saya tertinggal kat dalam kereta. Yer...sebab gaduh-gaduh (kelam kabut) nak keluar..entah macam mana tertinggal. Waaaa....haru betul.

Camni..hari selasa lepas, lepas amik waiz..saya ke rumah Kak Anum, depan sekolah waiz..dekat je. Biasanya kalau sampai depan rumah dia, saya hello sepatah...ada orang tukang hantar. Tapi time tu..tak ada orang nak hantar, Kak Anum pulak tak sihat..so dia suruh amik kat pintu rumah dia. Kelam kabutlah turun kereta..mane nak pegang purse, telefon lagi...pegang waiz lagi, alih-alih kunci tak amik!

Dahlah masa tu MKS dah balik rumah...kalau dia ada kat kedai, dekat lah jugak. Tak lah takut sangat. Tapi macam mana pon..memang kena bagi tau dia jugak. Kalau tak macam mana nak balik rumah kan..huhu. Memang membebel lah mamat tu...lalai sangat..buat kerja kelam kabut..huhu..tadah jelah telinga. Memang kita yang salah kan...emmm

Tapi nasib baik kek hokaido ni sedap..saya order 5 biji je. 2 Waiz makan time menunggu MKS hantar kunci, 3 biji lagi saya makan. MKS saya tak bagi pon..tu lah sape suruh dia bebel kat saya..hahahaha.



Monday, January 21, 2013

Wish Me Luck

Doakan untuk saya...

Tq semua!

Ber-steamboat

Hari tu dah pernah makan kat Zisma Kitchen ni..tapi tak berkesempatan nak try steamboatnya. Tapi entah apa yang merasuk perut MKS minggu lepas..tiba-tiba teringin nak makan, ai follow je! Dia tak pernah makan steamboat cam ni...saya cuak dia muntah je lepas makan nanti..hehehe.

Untuk warga KT..Zisma Kitchen ni bersebelah dengan court badmintan & gelanggang futsal DS (Datuk Sulong) di wakaf mempelam. Tepi jalan besar...konpem nampak!

Minima 2 orang untuk makan steamboat ni. RM15 untuk satu kepala. Saya makan dengan MKS je..so RM30. Pakej termasuk air sirap untuk setiap seorang...murah lah jugak kan. 
Ni lah set yang saya dapat..kat hujung tu ada jugak megi dan sebiji telur. Dapat sup dan tomyam. Tapi kitaorang makan sup je. MKS tak makan tomyam yer kawan-kawan. Kalau makan...nanti dia muntah. Emm..padahal tomyam tu feveret saya!
Ada 3 jenis sos untuk cicah-cicah..sos cili biasa, thai dan black paper. Sebab kitaorang ni perut kampung...order steamboat, tapi nasi nak makan jugak..so tambah dengan 2 pinggan nasi putih biasa. Mane kenyang nak share sekeping meggi tu kan...adooii.

Steamboat ni kan self services...kena main masak-masak. Yang MKS ni ingat...ada orang tukang masakkan..adooi nak senang je hidup dia ni. Dia try masak sotong pon hangus...sampai sakit gigi menguyah sotong yang overcooked..hehe. Rasanya..ni lah pertama dan terakhir kali MKS makan steamboat!

Total kena bayar untuk malam tu..RM33. Pakej steamboat RM30, tambah nasi 2 pinggan RM3...hehe. Okeylah untuk orang macam MKS yang baru nak try apa itu steamboat.

Saturday, January 19, 2013

Kuasa Tab

Masa mula-mula dapat tab hari tu...waiz main direct tanpa henti. Saya pon tak sedar sampai pukul berapa dia main tab malam tu. Sebab dia tau tu tab maksunya..walaupon sebenarnya saya dah beli tab tu untuk dia. So dia takutlah kalau maksunya amik balik. Tu yang di pulun habis main malam tu..keh keh.

Sampai sekarang pon..kalau dia cari tab tu "ane tab maksu?"..keh keh. Kalau saya nak bagi dia main..saya bagi jelah. Kalau tak bagi..saya jawap "maksu amik dah tab tu!". " Em..maksu amikk..emmm" . Senang-senang kena tipu budak ni...alahai..keh keh.

Pernah..satu malam tu, rumah saya kemas je. Tak ada lah eksiden terpijak mainan waiz. Sebab budak tu kalau bermain...abis semua mainan dia kat ruang tamu lah, dapur lah..toilet lagi. Kadang-kadang hampir terjatuh sebab terpijak mainan dia. Sejak ada tab..mengadap benda alah tu, kemas molek je rumah saya. Tv pon tak berapa nak berebut dah. Dulu asyik bukak kartun jer...hihi.
Selagi tak abis bateri tab tu..selagi tu lah dia pegang! Jangan harap nak pegang okey...tengok je dari jauh!
Kat kedai makan pon boleh duduk diam sekarang ni. Saudara mara..kawan-kawan saya tau lah perangai budak ni. Memang hyper! Kakinya tak pernah kenal erti penat. Kalau duduk kat kedai...tahanlah 10 minit. Lepas tu...berlari-lari lah, tolak kerusi lah, kacau orang lain makan lah..fuh.

Buat Lily - Setakat ni..alhamdulillah tab tu masih elok...hehe.

Wednesday, January 16, 2013

WW ~ Kuberdoa

:: from google ::

Ku berdoa dan berharap...hanya padaMU

Sambal Pecal

:: From Google ::
Bila post entry sambal tempe semalam..teringat pulak ada anon pernah tanya pasal sambal pecal yang saya post suatu ketika dahulu - entry ni dan ini. Nak balas..tak tau siapa gerangannya. So kalau dia terbaca atau masih mencari-cari sambal pecal jawa yang sedap lagi meletups..bolehlah try email saya di achiq_mks@hotmail.com

Saya tak pandai buat kuah pecal tu..tapi bolehlah mintak tolong adik saya yang cantik manis tu belikan. Stok pecal kat rumah saya ni pon dah abis..huhu. Tempat yang saya beli tu memang orang jawa yang buat..sedap, pedas! Kadang-kadang saya gaul sambal pecal tu makan dengan nasi panas-panas je..hehe. Mana tak cepat abis!

Tak sabarnya nak balik kampung....waaaa

Tuesday, January 15, 2013

TIDAK tu maksudnya TIDAK

Kalau dah namanya orang melayu..duduk kat Malaysia, mestilah paham maksud 'tidak' tu kan? Tidak..maksudnya tak boleh..NO! Susahnya nak bagi orang paham..fuh. Dah cakap banyak kali..tak boleh..masih merayu-rayu kata boleh. Eeiii...mek menang tensi kalau jumpa manusia pesen macam ni. Tak makan saman! Nak cakap kasar..kang kena cop kurang ajar pulak kan. Tapi diri sendiri tu tak reti bahasa. 

Ni pasal customer lah. Hutang lama tak bayar lagi...tapi nak order barang baru pulak. Tanya saya..memang jawab 'tak boleh' lah. Bayar hutang lama...baru boleh services! Pujuk-pujuk saya..bukannya saya ada kuasa. Nanti..muka saya ni kena jawab dengan bos pulak. Fuh..mengeluh lagi. Eeiii...tak de mood nak kerja!

Waaaaa...saya ni dah tension tahap maksima. Letih..penat. Kerja 6 hari seminggu. Dari pukul 8pagi - 5petang. Tu masa kat ofis. Ikutkan...pukul 7.30pagi dah keluar rumah. Pukul 7petang pulak baru sampai rumah semula. Yeee..orang lain lagi teruk. Tapi badan saya dah tak larat. Bertungkus lumus...penat lelah, hujung-hujung apa yang saya dapat? Dapat bonus..emmm. Gaji rasanya dah lama tak naik. Bercuti? Jauh sekali..plezz plezz..letih okey.

Sampai masa..dapat kumpul kekuatan diri sendiri, saya resign jugak..emm.

p/s: tongkat dagu..renung masa depan.

Info Sambal Tempe

Ramai yang berminat ke dengan My Homemade Sambal Tempe yang saya post baru-baru ni? Memang sedap..saya punya yang adik pos tu dah hampir abis! Memang penyelamat surirumah macam saya yang tak sempat nak masak lepas balik kerja. Semalam..saya goreng ayam, hidang kicap dan sambal tempe je. Tu pon bertambah-tambah MKS makan!

Disebabkan tokei sambal tempe ni tak ada blog..meh saya tolong promosi sekali lagi kat blog saya..hehe. Sebab bukan semua pembaca kat sini ada facebook kan? Ada facebook..kat ofis tak boleh bukak pon ada kan? Saya paham...

Ni antara senarai harga & bekas sambal tempe yang tokeinya post kat page FB dia:

Saiz S  : RM6 (bekas taufu fa)
Saiz M : RM7 (Tutup merah)
Saiz L  : RM13 (Bekas kuih raya)

Kos postage : RM10 (semenanjung Malaysia) (0gram - 500gram), RM15 (Sabah/Sarawak)

Berminat..hubungi tokeinya sendiri.

Cik Siti : 019 - 305 1485 atau Whatssap : 010 - 802 0285
:: Contoh saiz L ::
: : Contoh saiz S , M & L ::
Ni bahan utama..Tempe. Style jawa..kat kampung saya macam ni lah packaging-nya. Guna daun pisang. Oh rindunya tempe cam ni..sedap!
Fresh dari kuali..rangup..makan macam tu je pon sedap. Yang duduk Kuala Terengganu..kalau nak beli pon boleh. Tunggu saya balik kampung yer. Murah sikit..tak payah pos..hehe.

p/s: kalau ada problem..x boleh contact ke..email saya achiq_mks@hotmail. Okey?

Samsung Tab Waiz

Alhamdulillah tergerak gak hati adik saya nak jual samsung tab dia. Dah banyak kali pujuk tu..hehehe. 'Tab taiwan' yang saya beli untuk waiz tu rosak! Tahan lah jugak setahun..dah tamat warranty, baru rosak..haru! Asyik lah kata "mama wat osak". Cis...sabar jelah. Padahal dia yang main sampai tertido..pastu jatuh, rosak. Tapi keesokkannya on semula..okey jer. Nak jadi cerita..masa saya main dengan dia, tab tu buat hal balik..on off on off..macam tu jugak...ishhh. Jadi macam saya lah pulak yang buat rosak!

Lepas 'tab taiwan' dia rosak..dok main games dalam hp papanya je lah. Tapi MKS tu asyik membebel je. Mana taknya, suruh main games..abis semua budak cerdik pandai tu buka. Hari tu dia call balai polis Chendering tau! Kuss semangat..

Tu belum time saya tengah sedap-sedap skodeng wasap hp MKS...menyibuk je dia nak main games jugak. Anak berebut dengan mak..agak-agak siapa menang? Tentu lah dia!

Lepas bincang-bincang dengan MKS (kena pikir bajet jugak), saya ingat nak beli tab taiwan/china je ke waiz [adik saya marah..katanya tak terima pengajaran langsung lepas tab taiwan tu rosak!]. Kebetulan pulak..ada orang yang duduk atas ofis saya ni jual tab murah. So saya dah berjayalah guna-gunakan MKS..dia setuju. Tapi nak jadi rezeki waiz...adik saya - Lily tu tanya, nak tak tab dia tu. Hai...ulam mencita pucuk mendatang. Mestilah nak...hehe
Siap dapat housing free lagi..hehe. Ni saya pon tak reti nak godek-godek. Mula-mula nak cari games pon kena tanya adik saya..hehe. Nampak sangat buta IT! Tapi bagi ke waiz..hai..laaaajuuuuu je ditekannya. Pandai betul nak cari games kat mane, video kat mane. Ni dah pandai-pandai amik gambar. Ish saya risau je dia amik gambar sembarangan..buatnya dia amik gambar sensored ke..ish ish.

Harap-harap tahan lama tab ni. Sayang woiii..maksunya pon mesti sayang lagi tab ni. So kena jaga elok-elok. Mama bagi main waktu malam dan cuti sekolah je. Lain masa..mama pegang..ngeh ngeh.

p/s: Jangan lepas ni mama & papa yang berebut sudah!

Monday, January 14, 2013

My Homemade Sambal Tempe

Sambal tempe ni antara barang yang selamat sampai semalam. Tester sampai sebekas ko..orang lain mampu ke bagi cam ni? Hehehe..murah rezeki tokei sambal tempe ni.

Orang jawa kalau tak makan tempe..malu oiiii. Meh pakat beli..ni junior saya yang buat & jual. Duduk satu kampung dengan saya, Kampung Batu 38 Sabak Bernam Selangor.

Ada macam-macam bekas dan saiz..dan ofkos lah macam-macam harga jugak. Rasanya sedap...crunchy gitu. Makan dengan nasi panas-panas..perghh terangkattt.

Nak beli? Like My Home Made Sambal Tempe ni. 

Yang duduk area Kuala Terengganu kalau nak beli pon boleh..tapi tunggu saya balik kampung lah yer, hehehe.

Sunday, January 13, 2013

Selamat Sampai..TQ LILY

Dari hari Sabtu saya waiz menunggu..hari ni (Ahad) baru sampai. Alhamdulillah...Harap-harap semuanya elok. Tengok secara mata kasar..okey lagi. Sebab adik saya - LILY dah balut & bungkus tebal-tebal..hehe.
Belinya satu barang je...tapi dapat pulak macam2. Dah gaya duduk obersi je. Seronok dapat kiriman dari orang tersayang..

Tab ada, cober tab ada, sambal tempe ada..hadiah untuk saya pon ada..hehe. Ingat jugak adik sorang saya ni kat kakaknya. Luv u lah sis!

Doakan akak murah rezeki..boleh beli hadiah untuk dia pulak..hehe.
Baju dan beg pinnhk yang comei. Ai kan peminat tegar kaler pink. Bagus! Adik saya ni memang betul-betul memahami feveret akak dia ni. Dalam beg tu ada body lotion elianto lagi..hehe, wangi. Baju blouse tu saya tak try lagi..nampak besor. Harap-harap muat. Tapi saya yakin muat..sebab kitaorang sama saiz je, hehe.

Entry tab & sambal tempe saya up entry lain pulak..ngeeh ngeh

Friday, January 11, 2013

Ayam 'Mak'

Tiba-tiba teringin..teringat dekat menu arwah selalu masak. Kalau mak ada lagi..boleh lah suruh masak. Nasib baik senang je..so saya buat sendiri je lah. Sekurang-kurangnya dapat lepas rindu...

Pejam celik pejam celik..dah 9 tahun dia pergi tinggalkan kami, sob sob
Nampak biasa je..ayam goreng. Semua orang pandai buat kan. Tapi tu..ada bumbu/rempah istimewa yang ditabur kat ayam. Pergghh..memang sedap. Dulu kalau arwah mak masak ayam goreng, tabur je rempah tu..tambah nasi 2x tau! Padahal hidang ayam goreng jer..tapi nikmatnya..macam makan ayam golek ko!

Tu saya amik guna kamera hp je..tak leh nak zoom-zoom bagai. Saya amik gambar pon sebab nak wasap ke group family saya. Makanan kenangan..suatu masa dulu. Walaupon adik beradik saya senyap..tak mengadu, tak nampak sedih..tapi saya tau, masing-masing merindui masakan arwah mak. Sob sob..hai lah, saya kalau cerita pasal mak memang cepat je air mata meleleh..

MKS siap kutuk saya..masak ayam goreng je, tapi amik gambar. Cis..lantaklah. Saya tak terasa pon..sebab dia tak tau semua kenangan saya. Dia pon tak pernah jumpa arwah mak saya..tak pernah rasa masakan air tangan arwah mak..so dia tak tau. Lagi pon ada kenangan yang saya cerita kat dia..ada juga yang saya biarkan ia terbang..berlalu. Saya tak nak ingat..tak nak pikir. Saya rasa semua orang tak sempurna..saya pon tak sempurna.

Tapi..tapi..bila dia makan ayam yang saya masak ni, berebut-rebut rempah tu dengan saya! Sedap..sampai menjilat jari! See..resepi mak saya memang sedap! Asyik pesan suruh masak lagi...kihkih. Tu belum rasa air tangan arwah mak saya lagi!

Kat sini, saya nak kongsi resepi ayam goreng 'mak' ni (ni bahan untuk 4-5 ketul ayam):

- Ayam tu goreng garam kunyit je. Kalau rajin letaklah serbuk kari sikit, serbuk cili sikit..goreng garing. Dah masak, ketuk sikit dengan lesung batu (Jangan ketuk sampai hancur pulak, ketuk manja-manja je). Tapi saya tak ketuk pon..waiz tak suka. Dia tengok ayam tu macam cacat je..nanti dia geli nak makan.

- Tumbuk halus 3 cili padi, 5 helai daun kari (basuh dulu)..sampai lumat. Masuk satu besar gula secubit garam dan bawang goreng..tumbuk manja-manja. Tapi jangan sampai lumat sangat.

- Tabur sekali lagi bawang goreng banyak-banyak kat lesung tadi. Gaul dengan bahan-bahan yang korang tumbuk lumat tadi. Dah siap....tabur atas ayam. Rasa daun kari, wangi bawang goreng, pedas cili padi..konpem tak pandang kicap!

Selamat mencuba!


Thursday, January 10, 2013

Zisma Kitchen

Ada restoren steamboat baru kat area rumah saya ni..berhampiran dengan gelanggang badminton & futsal DS(Datuk Sulong) di Wakaf Mempelam. Macam best dan happening je..so saya ajaklah MKS try. Tapi tak try lagi steambotnya..tau-tau jelah, MKS ni memang susah sikit nak cuba makan makanan pelik-pelik ni. Kitaorang makan makanan panas je..
Tempat air...mungkin pilihan air untuk yang order steambot. Saya tengok harga untuk steamboat..RM15.00 untuk satu kepala. Minimum boleh order..2 orang. Air free. Waiter tu cakap dia bagi portion ayam, daging, seafood, sayur, sosej, telur, dan mee. Sup pilih either tomyum or sup.
Belek-belek menu lain..makanan panas pon okey. Saya order nasi goreng paprik, MKS nasi goreng ayam, waiz nasi putih dan sup ayam. Air milo panas dan teh o ais..total RM21.00. Kalau beli ayam mentah..yang besar dah dapat RM20...hehe. Boleh makan sampai muntah! Hehehe...
Setiap atas meja memang ada dapur steamboat cam ni. Boleh bakar..boleh celup-celup. Agaknyalah...kesian, saya tak pernah try pon makan-makan steamboat ni! 

Makanan yang kitaorang order..boleh lah tahan. Tapi nasi gorengnya pedas..tu yang waiz tak boleh makan. Order lain (nasi putih & sup ayam) untuk dia..tapi bercintanya kami menunggu..lambat. 15 minit kemudian baru sampai order waiz! Biasa kedai makan, kalau masak tu..5-7minit je, kalau lebih 10minit..consider lambat lah. Sorri...

Mungkin chef baru kot..so kalut sikit nak masak. Tu yang lambat. Sampai waiz tu bosan menunggu nasi tak sampai-sampai. Tau-tau jelah budak ni, mana tahan duduk kat kerusi..abis round satu kedai. Mujur tak masuk dapur!

Sape nak try..boleh lah.



Wednesday, January 9, 2013

Bukan Una Yang Sakit

Ada sedikit kekeliruan kot kat entry ni. Bukan anak saya yang sakit..hehe. Una still sihat..alhamdulillah. Tak mo lah sakit-sakit ni..risau mama.

Anak buah saya...AISYAH yang sakit. Ibunya kata kena 'broncholitis'Ish..ape ke bendanya tu? Macam-macam penyakitlah sekarang ni..

Photo: Nur aisyah humairah, cepat baik ye nak.... Amin.... 
Ibu dh bosan ni dok hosp lama2
Kakak Yayah kata : Aisyah.. Aisyah, cepat baik tau, kita balik umah kita ye, x best la dok hosp.
Ni lah Aisyah..ciannya, kecik-kecik dah kena cucuk. Teringat dulu waiz pon macam ni lah. Lagilah teruk..masa tu baby lagi. Baru lepas lahir. Kesian tengok tau!

Eh..malaslah saya selit cite waiz pulak, kang ada yang komen 'waiz cepat sembuh pulak' hehehe..

p/s: doakan Aisyah cepat sembuh yer kawan-kawan. Terima kasih sudi komen dah doakan...saya tak marah pon kalau korang salah mention name or something else. Peace! Teruskan mengomen..hiks

Baju Sama

Yang ni Aisyah..anak buah saya. Ala anak Ngah yang pernah saya ceritakan dulu. Dah 3 bulan..tapi acik dia ni tak berkesempatan nak jumpa peluk cium lagi. Nak buat cam ne Ecah....Acik duduk obersi! Dapat berita..sekarang kena warded kat Hospital An-Nur Bangi sebab demam, batuk, kahak..cukup full pakej lah. Emm..sedihnya tengok bila ibu dia send gambar budak kecik ni kena cucuk lah, neb lah..

Saya memang sedihlah kalau tengok budak-budak sakit ni..tak sampai hati nak tengok. Tu kalau ada orang post video kat facebook budak kena dera lah..sakitlah, memang saya hide cepat-cepat. Tak sanggup nak tengok..sungguh!

Sebab tu kalau anak-anak saya sakit, biarlah sakit tu berpindah pada saya..saya rela. Nak buat cam ne, mak-mak memang macam tu. Bukan saya sorang je..betul tak.

Eh..nak cite pasal baju sebenarnya, melalut cite lain pulak...ishhh. Baju Aisyah dan Una tu..entah macam mana boleh sama pulak. Bukan beli sama-sama pon..kebetulan je. Dulu..kalau budak pakai baju sama, mesti orang kata kembor..hehe.
Nanti Acik tengok Aisyah..boleh pakai baju sama dengan Una yer. Cepat sembuh yer sayang..

p/s: Emm..nak sambung cite pasal baju pon tak de mood dah..huhu.

Tuesday, January 8, 2013

Barut & Makin Putih

Yang ni una umor 2 bulan..kecil molek lagi. Barut perut pon sampai ke dada. Sekarang barut perut ngam-ngam je. Tapi barut yang besar muat lagi lah..pakai waktu malam. Waktu siang..tengok stok barut...on off. Ni musim hujan, lagi lah..banyak baju & barut tak kering..hehe.

Iye..una dah 7 bulan, tapi saya masih pakaikan barut. Masih sapu minyak angin kat perut..masih pakai stokin. Saya masih anggap dia baby lagi..walaupon sekarang makin besor. Eh minyak yuyi tu tak halal yer? Saya suka bau minyak yuyi tu..sedap. Tapi bila dengar kata tak halal..saya stop, pakai minyak mestika pulak.

Dulu masa mengandung una..memang saya kurang minum soya. So kulit dia macam gelap sikit. Takut jugak kot-kot anak perempuan saya menurun kulit papa dia..hehe. Sebab ikut pengalaman preggy & lahirkan waiz, memang lah anak putih kalau minum soya, tapi kulit tak berapa kebal (cepat sensitif/alahan). Waiz dulu..kulit memang putih. Tapi ruam/alahan..orang tua kata 'kenan'..banyak sangat. Sampai ke hari ni..memang berkudis lah kaki dia! Padahal kena gigit nyamuk je..memang sepesen dengan kulit saya!

Bila mengandung una..saya kurang minum soya. Lahir una..kulit macam gelap sikit. Takpelah..saya redho je. Janji anak sihat. Tapi..makin lama, bila dah besar...ehhh makin putih pulak semek ni! 

Gambar ni ada kesan flash..tapi hakikatnya, kat luar memang putih jugak mek una ni.
Tengok kat pipi tu..kena gigit nyamuk. Habis merah pipi! Tu belum tang peha dan badan dia...SubhanAllah, rasa nak geget-geget!.

Monday, January 7, 2013

Cik P tak datang-datang lagi

Alah...padam taip padam taip mek mengejas tajuk kat atas tu. Nak tulis apa yang sesuai yer..

Ish lantok lerr...malas nak pikir. Korang paham-paham sendiri lah yer. Kalau ada kaum Adam yang baca..suatu hari benda ni akan terjadi kat bakal isteri & anak-anak perempuan korang jugak kan?

Emm..cam ni, dah tujuh bulan lepas saya lahirkan Khairuna...P saya tak datang-datang lagi lah. Orang kata normal lah kalau anak menyusu badan, sebab memang P kadang-kadang datang lewat. Tapi saya dah 7 bulan ni..normal ke? Masa waiz dulu..bulan ke-4 P dah datang. Aduh..cuak pulak. 

Bila P tak datang setiap bulan..saya pon tak tau dengan hormon & waktu subur saya ni. Aduh...garu kepala sikit..pening. Patut ke saya cek kat doktor...atau bagitau kat nurse Klinik Kesihatan. Saya takut....nanti dia paksa buat pap smear, ga ga ga..seram!!

Lagi satu...saya takut mengandung tanpa disedari..hahahaha, tu lagi haru. Eh ada kes tau, anak baru berapa bulan..dah lekat balik. Ingatkan normal bila cik P tak datang..sebab fully bf, rupa-rupanya....ada isi balik. Ish..bukan nak tolak rezeki. Tu semua ketentuan Allah. Tapi kalau boleh..nak lah jarakkan umor2 anak ni. Untuk kesihatan diri sendiri jugak. Kena jaga rahim sendiri ni..

Rasanya..kalau end of month ni tak mari jugak, maybe saya kena jumpa doktor. Mintak pendapat dan nasihat..dan kena bersedia jugak kalau kena buat pap smear...ngeeee. Tiba-tiba teringat time buat pap smear dulu...trauma tau. Ish..tak de lah sakit sangat..tapi saya ni memang bangsa penakut..takut sakit, takut jarum, takut darah..makan ubat pon takut! Tapi dah beranak 2x..hehehe, achaner tu?


Terima Kasih DN

Alhamdulillah...rasanya ini bukan  kali pertama dapat hadiah dari DN. Emmm..rasa malu pulak sebab asyik DN je bagi hadiah kat wida. Lari lari..tutup muka..hehe. DN datanglah cuti kat Terengganu..nanti wida belanja pulak yer.

Dulu..saya pernah dapat hadiah dari China, DN jugak yang bagi. Kali ni dapat hadiah dari Indonesia dan Thailand pulak. Dah lah mahal-mahal hadiahnya..segan sangat-sangat nak terima. Lepas tu DN susah-susah pos pulak..terharunya!
Dah sampai hari Khamis 3hb baru ni..cantik kan.

Baguslah DN ni..bercuti dan jalan-jalan ke negara orang, tapi tak lupa beli buah tangan untuk kawan-kawan. Terima kasih DN..semoga Allah murahkan rezeki DN.

Eh korang jangan jeles tau. Kalau nak hadiah macam ni..pergilah berkenalan dengan DN  ye. Ni alamat blog dia..


Saya dapat hadiah pon sebab inilah! Tak harap apa-apa balasan/hadiah pon...saya komen atau melawat 'rumah' mane-mane blogger sebab suka baca dengan penulisannya.

Kadang-kadang tu, kita tak dapat rasa makanan yang sedap2 atau melawat mana-mana negara yang kita impikan...tapi bila baca tulisan bloggers..rasa saya pon ada di situ. Menikmati sama makanan yang korang rasa..dan menjejaki tanah yang korang pergi. Sama-sama berkongsi rasa walaupon hanya melalui alam maya..

Buat sahabat bloggers semua...terima kasih sebab sudi singgah & baca cerita. luahan hati dan amarah saya selama ini.

Terima Kasih..

Sunday, January 6, 2013

Nurin Khairuna ~ 7 bulan

6hb..genap semek sorang ni 7 bulan!

Haiii lah..yelah UMMI RAN, rasanya wida baru je lahirkan una..cite pasal pantang, tetiba dah 7 bulan! Kejap je masa berlalu...budak ni dah nak pandai duduk sendiri.

Bulan ni tak pergi klinik..8 bulan baru pergi. So tak taulah beratnya berapa. Tapi saya yang dukung dia hari-hari ni..memang terasalah beratnya. Maybe dalam 6.56kg-6.8kg dah. Masa 6 bulan hari tu..6.1kg je. Mau patah pinggang dukung dia..hehe.

Makan pon dah banyak...dulu sesudu besar je. Semalam saya suap dia..ada lah 3 sudu besar dia makan..licing! Pas makan bubur nasi..top up makan biskut jari pulak. Ikut tabiat mama dia..lepas makan nasi/makanan berat...mesti nak kunyah2 dengan biskut sekeping dua..hahaha.
- Budak comei umor 7 bulan -



Saturday, January 5, 2013

Amik Gambar

Festime amik gambar waiz kat studio..

Amik ni pon sebab cikgu sekolahnya yang mintak..untuk rekod diaorang. So lepas amik saya kat ofis..zaaass kami ke kedai gambar kat bandar nuuu.

Mula-mula tu saya amik gambar dulu. Kebetulan..saya pon tak ada gambar ukuran pasport yang terbaru. Hantar resume..asyiklah bagi gambar lama sebelum kawen. Oh lain sangat muka before & after kawen...hehe.

Bila waiz tengok saya amik gambar macam mane..barulah dia selesa nak amik gambar nanti. So senang sikit nak handle.
Dari dalam kereta kitaorang dah praktis amik gambar..

"Waiz, senyum...tutup mulut. Tak nak tunjuk gigi tau"

"Ngee..."

Menyengih dia sampai ke telinga..nampak semua gigi. Tapi masa dalam studio tu..nasib baik tak buat perangai cam tu!
Okeylah...nampak gigi sikit je. Tak teleng kepala..tak senget bahu..just nice. Bila gambar dah siap...asyik dipegang kehulu-kehilir. Tak sabar nak bagi ke cikgu dia..

Sampai sekolah..terus tunjuk ke cikgu. Bila cikgu puji comei..kembang setaman budak tu! Ishh ish...buat malu kompeni je..hehe.
Yang ni pulak..gambar mama. Eh....mestilah nak tayang jugak! *kembang kempis hidung!*

Friday, January 4, 2013

Una & Walker

Abang waiz nak menyibuk jugak..layankan je. Comei anak-anak mama ni. Abang naik beskal itik..adik una naik walker. Alah..pejam pulak mata una ni.
Silau yer? hehe...

Lepas ni boleh berlawan lumba dengan abang yer. Jangan sampai runtuh rumah korang berlumba udoh leerr. Walker turun temurun dari waiz..elok lagi. So pakai jelah abang punya..buat ape nak membazir beli baru kan?
Bila una dah nak masuk 7 bulan ni, baru saya berani letak dia kat dalam walker. Tu pon mula-mula letak sebab nak suap dia makan. Kalau bagi makan masa dia baring takut tercekik pulak. Tapi susah jugak nak bagi makan time duduk kat walker ni..asyik meleleh je. Abis kotor baju! Ish...mak ko ni paling malas nak sental-sental baju! Pakaikan bib..asyik di tarik je. Nak kena geget budak una ni tau!

Sekarang ni barulah dia boleh gerakkan sikit-sikit walker tu. Eh tak sikitlah..jauh jugak bergeraknya. Tau-tau dah ada bawah meja..kehkeh. 


Thursday, January 3, 2013

Cheese Cake

Dah lama teringin nak makan ciskek macam kat bawah ni...tapi semua jual saiz besar. Tau lah saiz perut saya besar..tapi tak ada lah kejam sangat nak makan sebiji cam ni. MKS memang tak makan benda pelik-pelik cam ni..muntah nanti!
:: Amik Kat FB Anum Cookies ::
So bila Kak Anum buat ciskek ni..saya try lah tanya dia, buat tak saiz kecik. Nasib baik dia nak buat kan..hehe.

Saya amik saiz cam kat bawah ni..RM12. Kalau yang besar macam gambar kat atas tu..rasenya RM30. Rasanya? Sedap jugak..tapi kalau makan banyak-banyak, jadi muak pulak. Sebab banyak betul cheese yang ditabur kat kek tu..hehe. Pada penggemar cheese..memang sedap lah. Tapi..tapi..tapi, bila simpan dalam fridge..makan keesokkan harinya..wah wah wah..makin sedap lah! Dan dan rasa tak cukup pulak, menyesal tak beli saiz yang besar. Emm...boleh repeat order ni...hehe. Kalau repeat order maksudnya sedap lah di tekak saya.
Macam biasa..geng saya makan kek, waiz! Dari dalam kereta dah bising suruh buka..nak makan. Dia ingat saya beli DC kot..hehe. Abislah, budak tu dah gian makan DC macam omaknya..hehe.
Kek dia makan...yang cheese kat atas tu dia tinggal. Saya jugak kena makan, sayang woo nak buang. Ish, saya ni paling pantang kalau beli makanan..tapi tak abis/buang dalam tong sampah. Kalau dah basi tu lain cerita lah. Tapi kalau saje-saje membazir..pastu buang dalam tong sampah..ish memang sakit hati lah. Lagipon membazir tu kan amalan syaitoooon.

Dah selamat abis pon kek tu..tak boleh simpan lama-lama sangat. MKS memang langsung tak rasa. Lama tak naik scale..berapalah berat badan daku ni..huhu.

Wednesday, January 2, 2013

Tolong Saudara..

Ehem..test test 1, 2, 3...

Sebenarnya saya malu nak promote barang-barang orang kat blog 
saya ni. Sebab..sebab blog saya ni bukannya ramai orang kuar masuk. Lagi pon 
kebanyakkan entry yang saya tulis perihal diri dan family saya je.

Tapi..sookey je kalau orang nak suruh buat entry khas. Kot-kot 
dengan penulisan yang tak seberapa dari saya ni dapat membantu melariskan 
business kawan2 & saudara-mara saya.

Okeylah..sape nak mekap, dah baca entry saya yang ini?
Sila lah like page di bawah...



Yang mencari-cari t-shirt Muslimah
sila berkawan dengan tokei di bawah ni..




All the best!

WW ~ dOUGHNUTS's Time



p/s: Ai punya dua ketul jer...share beli dengan ofismate. Motip bagitau? Kang ada yang ingat 6 ketui ni saya makan sorang-sorang pulak, kehkeh.

Tuesday, January 1, 2013

T-Shirt Muslimah

Ingin tampil sopan? Gaya muslimah?

Meh..jamu mata tengok my cousin in law jual baju/t-shirt muslimah. Memang cantik..harga pon berpatutan. Ada macam-macam jenama..rugi kalau tak beli tau! 

Ni saya 'curi' sikit je gambar dalam FB dia..ada baaaanyakkkk lagi pilihan. Dari sekecik-kecik saiz...sampai yang berdouble-double saiz (macam saya) pon ada. Don't worry okey...sila jamu mata ye.

Saya berkenan kaler pink kat atas & bawah ni..kalau dah nama peminat tegar kaler pink, baju rupe lagu mana pon..tetap cantik di mata saya! 
Yang penting..bajunya labuh, kain tebal..tapi tak panas, tak jarang..memang menepati ciri-ciri baju muslimah. Dari mana saya tahu? Eh..ofkos lah saya dah beli. Tu yang berani promote kat sini.
Yang saya paling suka...baju untuk nursing pon banyak tau! Saya pon ada beli..baju nursing muslimah. Nak NIP (Nursing in Public) pon tak malu-malu. Tak payah nak lari-lari cari nursing room atau masuk kerete. NIP dengan begitu yakin sekali..hehe.
 Cantik tak, cantik tak? Kan kan kan..ai tak tipuuu.
Jubah nursing pon ada! Harga? Konpem korang tak caye...harga mampu milik! Jom ramai-ramai terjah Facebook cousin saya ni. Biar dia tak menang tangan melayan korang..okey. 


FB : PADI JER



p/s: pssttt...time order tu informlah korang baca blog wida..manelah tau dapat special price.

Video Tangkap Kereta


video

Una ni dah macam kucing nak tangkap tikus tau..bukan main gedik-gedik lagi.  Dia memang pantang lah kalau tengok papa & abangnya main kereta control..melilau matanya. Kalau dapat kereta tu..memang kena gigit lah!

Nak masuk 7 bulan dah...tak merangkak lagi tapi punggung tu dah ringan. Asyik tertonggek-tonggek. Meniarap ni pon abis berpusing 360..laju je. Saya tengok pon pening! Hari tu nyaris2 jatuh katil..dah sendal dengan bantal keliling dia pon boleh bolos lagi..ish ish.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal