Monday, December 31, 2012

Babai 2012

Pejam celik pejam celik...dah setahun berlalu. Tertunaikah azam-azam tahun 2012? Ke postponed ke tahun 2013 je..keh keh. Impian-impian lain terlaksana kah? Janji-janji telah ditepati ke..hehe. Tepuk dada..tanya diri sendiri. Betul tak?

Apa jua kenangan manis atau pahit yang berlaku tahun 2012 ni..biarkan ia berlalu. Ia akan jadi sejarah. Terus pandang ke depan, tetapi sesekali..renung balik sejarah lalu tu. Biar jadi panduan hidup..semoga yang salah tidak terus kita jadikan amalan. Yang baik..kita perbaiki lagi. Wahh...feeling macam Prof. Izzi pulak..hehe. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Babai 2012. 

And welcome.......




p/s: Azam 2012 saya nak cari kerja lain..tapi nampak masih tak ada rezeki lagi. Mungkin belum tiba masanya. Allah tu maha mengetahui. Berdoa dah berharap..tahun 2013 ni saya dapat kerja yang lebih baik dari sekarang.

Sekali Ngap

Memang buruk lantak lah..haha. Sekali hadap je..selamat masuk perut saya, hehe. Makan ape? Durian crepe lerrrrr...nak buat sendiri tak pandai-pandai. Yelah..tak pandai boleh belajar..lagi pon senang je kan. Jawab je malas..senang cite, hehe.

Ish...time taip cite ni pon berapa kali lah telan air liur. Terbayang-bayang kesedapannya. Waiz pon asyik tunjuk rumah Kak Anum seberang taska dia tu. "Ma..u'eh". Sampai budak tu pon asyik suruh beli DC je. Tak boleh beli selalu waiz..bankrap mama. Ni dah dapat gaji..bolehlah beli.
Mama amik gambar sendiri. Tak sempat sampai rumah..abis makan sambil tunggu MKS tutup kedai dia. Sepeket DC abis time-time tu jugak..kongsi dengan waiz. MKS x lalu nak makan dah sebab ada krim.
Ni waiz yang amik kan. Nasib baik nampak muka saya...boleh harap amik gambar dah budak ni. Bagus. 

p/s: Asyik makan DC je..durian betul2 tak rasa pon lagi. Ish..MKS tak bagi beli..takut kete dia berbau..cis.

Sunday, December 30, 2012

Hadiah Dari Tok Mi & Amsyar

Walaupon Tokmi tak jaga waiz lagi [tapi tumpang jugak duduk rumah tokmi hari Sabtu], pengasuh waiz ni tak pernah lah lokek nak bagi hadiah harijadi. Time raya baru ni..di beli jugak baju raya untuk waiz & una. Kalau waiz duduk rumah dia hari sabtu..di beli macam-macam makanan. Pengasuhnya tau waiz suka makan kek..buah..biskut..macam-macamlah. Dimanja-manja budak tu..hai lah.

Kereta ni, rasanya Cik Na [anak tokmi] yang belikan...untuk besday boy. Terima kasih Na. Walaupon saya tak buat besday party..tapi waiz dapat jugak hadiah. Suka lah budak tu. Kereta-kereta dia semua dah cabut tayar. Dapat kereta baru..memang tak henti-henti lah main! Dok main kereta tu lah siang malam..ishh saya pulak yang serabut.

Harap-harap bertahan lamalah kereta tu. Sebab waiz ni gaya pomen sikit..abis dia cabut spare part kereta tu. Ni pon..kena kawal sikit time dia main. Kalau kita leka..memang tak ada rupa kereta dah. 

p/s: Mak su nak bagi tab maksu kat waiz yer?

Saturday, December 29, 2012

Didikan Mengikut Jantina.

Pernah tak korang terfikir untuk mendidik anak-anak yang berlainan jantina dengan cara yang berbeza? Ke korang balun je. Sama jugak dengan pekerja bawahan korang...ada lelaki dan perempuan. Dua-dua jantina ni di ajar dengan cara yang sama ke?

Tahu tak korang lelaki dan perempuan miliki personaliti dan pemikiran yang berbeza? Jom baca sini dulu!...pastu baru paham apa yang saya bakal bebelkan seterusnya..keh keh.

Mengikut penerangan adik saya yang dah pergi kursus tu, anak lelaki (L) dan perempuan (P) tak boleh di ajar dengan perkara yang sama. Pekerja L dan P pon sama.  Sebab L selalunya bersikap objektif di mana kita kena bagi pilihan pada mereka. Manakala P lebih bersikap subjektif.

Ibubapa sekarang selalu ajar benda/rules yang sama untuk anak-anak mereka. Lepas baca ni..apa kata kita renung-renungkan dan ubah sikit ajar cara didikan kat anak-anak kita.

Contohnya bila tanya soalan kat waiz (L), "Waiz nak aiskrim perisa ape? Coklat, stoberi atau vanila?" Beri pilihan.  Tapi lain pulak dengan anak P yang lebih subjektif. Tak bagi pilihan jawapan pon diaorang tau apa jawapan yang logik.

Kalau bagi arahan pon sama. Anak L kena diberi arahan secara satu persatu. Jangan beri arahan dalam masa serentak. Dalam 10 arahan, mesti ada 1-2 arahan yang tertinggal lah..terskip lah. So biar diaorang siap buat satu arahan, baru arahkan tindakan seterusnya.

Kalau anak P tak per..kita boleh listkan 10 arahan dalam masa yang sama. Sebab P ni kan multitask..boleh buat kerja serentak dalam satu masa lagi. Sebab tu dulu saya heran, kalau kat rumah kenapalah saya boleh masak, sambil basuh baju..tengok waiz mandi, intai Una kat ruang tamu. Laju je buat kerja...macam lipas kudung. Dalam satu jam..saya dah siap masak, mandi waiz dan Una, boleh jemur baju..tapi MKS? Diri dia pon tak terurus lagi! Kalau sapu sampah..sapuuuu je lah sampai siap. Kalau basuh kereta..basuh je lah kereta tu. 

Sama lah bila kat tempat kerja..time kerja saya boleh ingatkan anak kat taska & pengasuh. Makan ke diaorang hari ni..berak kencing orang tukar ke tidak, baju basuh pagi tadi kering lagi tak..kucing saya balik ke tak..bla bla bla..macam-macam bermain kat kepala otak ni. Ibaratnya otak ni tak berhenti berfikir pon..time nak tido pon boleh fikir lagi. Tapi..tapi kerja kat ofis tu siap tak? Siap okey...walaupon fikiran merewang ke tempat lain, tapi kerja ofis tetap siap.

MKS? Kalau kat tempat kerja..dia pikir kerja je lah. Kadang-kadang time dia kena amik waiz kat taska pon saya yang ingatkan! Pernah lah dulu time saya rajin ikut dia kat kedai, saje saya nak tau cara dia bekerja macam mana kan. Dia kerja non-stop dari pukul 9am-3pm. Perut saya dah lapar time tu..tapi saya senyap je. Pukul 3.30pm cam tu baru dia teringat tak lunch lagi! Emm patutlah kena gastrik..time makan pon tak betul!

Cuma satu je saya tak setuju..MKS tak shopping secara objektif (terus kedai, beli, balik) Oh no no no..MKS bukan sebegitu. Bab membeli ni..dia lagi cerewet. Nak beli sesuatu barang tu (yang mahal, tapi kalau murah pon kadang-kadang macam tu jugak!) survey 5-6 kali tau, kalau dah beli..kadang-kadang tu asyik komplen je. Rasa menyesal beli lah..salah beli lah, macam-macam lah! Fuh..memang tak tertahan lah dengan perangai orang cam tu. Cerewet!

Sebab kalau saya..dah terpandang barang tu. Tak pikir dah..beli, balik. Kalau tak beli..mesti menyesal..hehe.  Kajian yang lain-lain tu ada betulnya jugak lah..hehe.

Korang rasa macam mane?



Friday, December 28, 2012

Gender Intelligence

Baru-baru ni adik saya Lily ada kursus pasal Gender Intelligence ni lah. Bila dia cite kat wasap..wah bestlah. Beruntung dia dapat attend kursus macam tu. Saya memang teringin nak pergi kursus tentang keibubapaan ni..tapi nak yang free lah, hahaha. Hari tu..Taska waiz ada offer kursus under YPKT..tapi sayangnya saya tak boleh attend sebab demam..emm.

So, bila Lily update kat blog dia..saya mohon share lah. Untuk tatapan kawan-kawan blogger saya ni. Moga-moga jadi panduan dan berguna untuk masa hadapan. 

Bila saya baca huraian yang lily tulis ni, eh betul lah..patutlah MKS macam tu..patutlah macam ni. Macam2 benda yang tersirat telah tersurat akhirnya. Dah macam misteri nusantera pulak..keh keh.

Tak pelah..korang baca dulu ye. Lepas tu..tengok, betul tak kajian melalui jantina ni.

Saya kopipes je dari blog adik saya - Di Sini


Lelaki ~Monotrek~
  1. minat benda / alatan (selain manusia)
  2. mono-tracking : fokus 1 kerja dalam 1 masa [so, jgn bg lelaki arahan kerja yg bnyk dalam 1 masa. biarkan dia selesaikan 1 keje, then br bg arahan keje yg lain]
  3. matanya melihat kaedah kanta zoom (jauh dan kecil sudut)
  4. matanya kurang sel terima warna [sbb tu kengkadang x pandai nk mix+match kn baju]
  5. telinga dengar guna 1 otak (fokus 1 bunyi)
  6. nk selesai semua mslh dgn cepat
  7. cepat lupa
  8. selesai masalah dengan ubah faktor luaran diri
  9. berfikiran sendirian
  10. bila stress, selesai sendiri mendiamkn masalah
  11. memburu (aktiviti menguasai sesuatu) boleh hilangkn stress
  12. pegi shopping secara objektif (terus ke kedai, beli, balik)
  13. dh dapat barang, seronok 2-3 minit slps membeli
  14. mudah tido
  15. komunikasi terus & bpegang kpd perkataan [straight to the point, tak cakap berkias2] 
  16. anytime asal datang moodnye [seks]     

Perempuan ~Multitask~
  1. minat manusia
  2. buat banyak kerja dlm 1 masa [sambil masak bleh basuh baju, etc]
  3. mata guna wide angle (luas sudut dan dekat)
  4. mata seperti HD TV (bnyk guna sel warna)
  5. telinga guna kedua2 otak, boleh dgr mcm2 
  6. nk kongsi semua mslh dulu then br selesai
  7. kuat ingatan yg bkaitan emosi & perasaan
  8. selesai mslh dgn ubah faktor dalaman diri
  9. bfikir secara berpasangan atau bertiga
  10. bila stress nk luah pd org tsayang
  11. shopping bleh hilangkn stress
  12. pegi shopping secara subjektif (enjoy jln2 tgk brg)
  13. dh dpt barang dibeli, seronok sampai 2-3 bulan
  14. susah nk tido, ade je perkara yg difikirkan
  15. komunikasi berbunga bahasa, menjaga hati, melihat non-verbal
  16. keinginan seks mengikut jadual & mood dalaman dan luaran         

Beza Lelaki Perempuan di Tempat Kerja / Luar Rumah

Lelaki akan fikir tentang : 
  1. wawasan
  2. misi
  3. objektif
  4. strategi
  5. kualiti
  6. pelanggan
  7. perancangan
  8. penilaian
  9. kejayaan
  10. sukan
  11. sosial
  12. politik
Huraian : Lelaki akan fokus dgn ape yg dia tgh buat masa dia kat luar rumah. Thats why korang takpayah pelik bila dia kat luar / tgh keje, dia takkan call takkan sms (kecuali utk hal tertentu). Kengkadang ade sesetengah isteri yg bengang bila suami tak call atau sms. Then, mula la nk buat spekulasi yg bukan2. Hentikan. Memang itu sifat lelaki. So, buang jela prasangka bukan2 tu okay.

Perempuan akan fikir tentang :
  1. kerja pejabat
  2. kawan-kawan
  3. bos
  4. anak
  5. suami
  6. masak
  7. baju
  8. kucing
  9. make up
  10. hiasan dalaman
  11. sampah
  12. bil
  13. ikan
  14. dapur
  15. bla bla blaa, etc
Huraian : Macam yg dh diterangkn kt atas td, perempuan kt multitask. So, walaupun dia kat opis atau kat luar, dia tetap akan fikir macam2 perkara, macam2 benda. Sbb tu walau sesibuk mane pon, seorang wife ni mesti akan call suami, call maid nk tanya keadaan anak. Itu la sifat perempuan kan.. Selalu ade perasaan empati. 


Beza Lelaki Perempuan di RUMAH

Untuk aktifkan minda lelaki di rumah ialah dengan menyatakan dia diperlukan (appreciate him), dan beri dia MAKAN dan MAIN... kemudian baru minta tolong sebelum dia TIDUR.

Ape yg perempuan fikir bila di rumah? Still..
  1. kerja pejabat
  2. kawan-kawan
  3. bos
  4. anak
  5. suami
  6. masak
  7. baju
  8. kucing
  9. make up
  10. hiasan dalaman
  11. sampah
  12. bil
  13. ikan
  14. dapur
  15. bla bla blaa, etc

Thursday, December 27, 2012

Festime Una Demam

Setelah 6 bulan..ni lah pertama kali una demam. Alhamdulillah..kuat jugak lah antibodi mek ni, hehe. Dari hari sabtu tu saya perasan badan dia panas. Tapi tak sempat nak bawak ke klinik..sebab saya tak sihat hari tu.

Hari ahad baru saya bawak ke klinik..oh ya, hari tu lah kereta saya kena sondol..abis kemek. Hai..mane nak serabut dengan budak kecik ni demam, kereta kemek lagi..emm.
Pergi klinik..38.9c.

Balik dari klinik..saya tampal cool fever dewasa punya. Tak main dah budak-budak punya! Penuh satu dahi dia..hehe.
Baju pon tak pakai..pakai pampers je. Berjaga lah saya malam tu. Tido pon tak lena..asyik meracau-racau. Runsing saya..takut kena sawan pulak.

Nak ajak MKS ke klinik semula..dah tengah malam. Waiz pon dah tido..pasrah dan berdoa je lah.

Pagi-pagi lepas waiz bangun..pergi klinik, 39.0c! Nasib baik tak kena pergi ke hospital. Terpaksa saya amik cuti emergency hari Isnin tu.
Pagi tu baru lah dia dapat tido..panas pon dah berkurangan. Alhamdulillah...sekarang dah baik. Dan nasib baik hanya demam..tak ada batuk & selsema. Kalau tak..mesti lambat lagi nak sihatnya.

Ni lah perbezaan yang saya perasan kalau menyusu badan dan susu formula. Waiz dulu[sekarang pon]..asyik sakit je. Mane taknya..saya susukan dia 2-4 bulan je, Tu pon campur-campur. Una sampai sekarang saya masih menyusu badan.

Cuma masalah/sakit yang una selalu alami..cirit birit! Tu pon salah saya yang makan mengarut..kesian dia pulak jadi mangsa. Biasanya sebulan sekali..mesti ada lah kena cirit birit tu..hehe. Tak ada lah melarat sampai muntah-muntah. Cuma berak je acap sikit dari kebiasaan. 

Jangan sakit-sakit ye Una..mama risau.

Wednesday, December 26, 2012

Mekap Mekap [Dijamin Murah & cantik]

Lai lai lai..... [mari mari mari]

Dengar sini orang kampung..sape-sape yang duduk area Sabak Bernam dan Sungai Besar, nak guna khidmat mak andam boleh lah try adik saya ni. Bukan try orangnya yer! Try khidmat jari jemari dia untuk mekap korang lah.

Dijamin murah & cantik...wah saya pulak pandai-pandai letak tagline macam tu, hahaha. Tapi memang cantik pon..sesuai lah untuk korang-korang yang nak mekap simple tapi manis di pandang.

Majlis bertunang ke, nikah ke, kahwin..tak pon nak pergi dinner..tak kan tak nak gojes kan. So bolehlah contact adik saya tu. Dia buat part time je dengan kawan dia jugak.

Terjah & like lah page dia...



Yang kanan..mek gebus tu lah adik saya -LILY. Model sebelah tu hasil mekap dia..

Kat bawah ni..contoh-contoh hasil mekap dia jugak.
Cantik kan? Tunggu ape lagi....

Artwork Waiz

Sebelum ni cite waiz dapat beg dari sekolah dia kan?

Lepas tu ada jugak fail hasil kerja sekolah dia. So..dengan bangganya saya nak persembahkanlah hasil kerja budak pandai tu.

Jangan berani kutuk-kutuk tau. Marah mak dia nanti..hehehe. Mak dia sendiri nak kutuk..tak pe.





Kalau saya jadi cikgu...semua saya bagi A bintang. Maksudnya..paling bagus dan baik..haha. Tahun depan, belajar rajin-rajin lagi ye waiz.


Monday, December 24, 2012

Hujan dan Blackout

Semalam KT dilanda hujan lebat. Dah hujan..dalam pukul 1.15pm tu blackout lah pulak. Biasanya kalau blackout..sebab suis tendang je. Tapi ni..pencawang elektrik utama yang jammed. Memang jammed lah bandar KT semalam. Traffic light pon mati!

Mula-mula tu duduk failing DN yang dah lama saya tak simpan. Failing DN ni buat time balckout je..sebab nak mengadap komputer tak boleh kan. Sempatlah jugak failing untuk 3 bulan punya DN. Elok-elok je saya dah abis simpan fail semua..bos izin staff balik awal. Yahooo...dalam pukul 3.30pm punch card.

Tapi saya tak boleh balik rumah terus, kena amik waiz dan MKS kat Chendering dulu. Punya lah lebat hujan. Sepatutnya, semalam ada pasar malam kat area Permint Jaya tu..tapi kesian peniaga2 kat situ. Nak pasang khemah jualan diaorang pon tak boleh. Ribut! Saya ni..abis basah kuyup..ishh risau takut kena demam je.

Nak balik rumah ikut kubang ikan, pengkalan setar..memang tak lah. Dah lah naik kancil..kalau bawak jip memang berani nak mengharung air. Sebab kawasan tu memang selalu naik air. So redah balik ikut jalan bandar jugak. Alhamdulillah..selamat sampai rumah. Lepas ni kena simpan kancil kat rumah..kena naik jip je.

Sampai rumah pulak..MKS bising sebab susu, pampers waiz & una dah abis. Start lah 'tazkirah' dia..
"musim hujan ni kena siap sedia..nanti banjir nak beli barang macam mane"

"ye bang"

Dia masuk dapur..tengok tong beras pon tinggal separuh.

"Stok makanan pon kena simpan, beras..gandum, meggi, gula, biskut..bla bla bla..."

"ye bang"

Tu lah MKS yang saya kenal..sentiasa bersiap sedia. Everything kena perfect! Bukan lah saya tak nak beli barang-barang dapur dan keperluan waiz & una tu. Tapi..bajet tak dapat, nak beli macam mana kan. Nak guna duit saya..gaji pon tak masuk lagi.

Bila saya kata tak ada duit..cepat2 dia ajak ke Nirwana. Pergi beli barang-barang rumah..hehe. Dalam hujan lebat tu..gigih lah saya menurut arahan. Dia tunggu dalam kereta dengan waiz & Una. Basah kuyup lagi..huhu.

Ni kejap-kejap rasa dahi..macam panas je. Ishh...jangan lah demam!

Hadiah Dari Sekolah

Baru-baru ni masa saya amik waiz dari taskanya..cikgu dia ada hulur beg, fail hasil kerja waiz dan bungkusan macam goodies bag[ada belon, muffin, coklat, gula2]. Sekolahnya yang bagi. Mungkin hadiah akhir tahun. Entah dapat nombor berapa lah budak tu. Tak ada pulak report card-nya..kihkih.

Beg Ben 10.

Alah...saya baru je belikan beg baru untuk waiz baru-baru ni. Sempena besday dia. Sayangnya...hihi.

"Waiz, beg tu bagi una ye"

"tak oleh.."

Amboi...tu yang dipeluk-peluk beg tu. Takut saya bagi kat una. Una tengok je dari belakang...see
Asyik tak jadi je peace waiz tu..jadi pistol sokmo!

Budak ni memang berkira sikit dengan barang-barang dia. Kalau mainan dia tu..una nak pinjam pon tak boleh! Ikut sapa entah!

Tapi kalau mood dia baik...dia bagi lah pinjam. Tu pon yang kereta dah tercabut tayar, atau robot yang dah patah tangan. Yang elok-elok..sorriii.

Very sebijik perangai tuttttt...hahaha.

Friday, December 21, 2012

Daku Yang Bersedih

Pasal kereta saya tu lah..eh salah, kereta MKS. Tapi sebab saya yang bawak hari-hari..dah macam kereta angkat saya lah jugak. Walaupon bukan saya yang isi minyak, atau bayar apa-apa maintenance kereta itu...tapi bila cacat sikit, saya pon terasa lah jugak tempiasnya. Ibaratnya..cubit peha kiri, peha kanan terasa.

Problemnya..ni bukan takat peha je terasa, hati..jiwa raga pon dah terasa. Biasalah..saya ni kan cepat sentap. Orang buat sikit..sedih..lari-lari nanges dalam bilik.

MKS ni bab kereta dan barang-barang peribadi dia, memang berhalus [cerewet] sikit. Kalau rosak atau tak cantik di mata dia, memang hari-hari lah saya kena dengar tazkirah dia.

Contohnya, dulu sebelah ofis saya..ada car wash. Pernahlah suruh abang car wash tu basuh kereta MKS. Niat saya baik..nak bersihkan kereta dia. Tapi bila balik rumah, saya pulak kena bebel sebab orang car wash tu tak susun karpet kereta dia elok-elok. Tak cukup sekeping pulak tu! Dah tu sape suruh pasang karpet kereta berlapis-lapis. Mane lah orang tu ingat cara susun karpet macam dia buat..logik tak? Sejak hari tu..sorilah kalau saya nak hantar basuh kereta dia. Biar kotor cam tu..serik.

Sama lah macam kejadian yang terjadi kereta dia baru-baru ni. Ada saya post kat entry semalam..gi tengok dulu. Walaupon bukan salah saya kereta tu jadi macam tu..tapi terasa jugaklah sebab kejadiannya berlaku kat ofis saya. Orang lain yang langgar..tak sengaja. [ ada ke orang sengaja nak langgar?]

Mula-mula tu saya relax je..cool. Tapi bila isu kecik jadi besar..saya pulak yang jadi mangsa. Macam saya yang bersalah. Sedih lah kan. 2 hari jugak saya meratap nasib saya ni..huhuh.

Nak mengadu kat "bff"..tak ada. Tak de tempat nak menganjing, bergosip, mengadu domba.  Dan saya ni tak reti nak mengadu kat orang sana sini. Mak dah tak ada, abah dan adik beradik pulak jauh. Makin hati sendiri lah. Sebab kecik macam tu..saya laki bini pulak yang bergaduh! Sedih lah. Duduk rumah sedih..kena tahan telinga. Duduk ofis pon sama! 

Tak pelah..saya senyap je. Mula-mula tu rasa nak marah jugak..tapi api jangan di balas dengan api. Nanti makin merebak pulak. Saya senyap...senyap..senyap..lastly menangis sendiri. Sokey lah..memang lama tak bergaduh pon kan. Phuiii lah sangat.

Sekarang boleh lah senyum..tapi hati saya masih berparut dek luka kerana kes kereta tu. Bukan lah saya nak berdendam. Tapi ini lah yang saya takut..kalau saya marah dalam diam. Nak marah kat sapa pon tak tau! Hai...stress? Ya..memang stress. 

Saya dengan MKS pon okey dah. Tak ada lah gaduh lama-lama. Cuma saya rasa bodoh pulak..sebab nak pertahan orang lain, saya sanggup bermasam muka dengan MKS. Dan orang yang saya pertahankan...emm. Ada ke dia kisah dengan diri saya ni?

Nasib baik lah ada korang..tempat saya luahkan perasaan. Terima kasih sudi baca.




Thursday, December 20, 2012

20.12.2012 & Kereta

Cantik tarikh hari ni...20.12.2012. 

 Ada sape2 yang bernikah hari ni?

Ni bukan berlaku hari ni..dah 3-4 hari yang lepas. Baru je abis RM300 baiki kereta sebab rosak/ mati tiba-tiba hari tu..emm.

Sekarang jadi cam ni pulak...

Kena mandi bunga kereta ni..haha.

PERMATA dan PEACE

Uniform baju taska Permata..merah mak ngah. Kena pakai setiap hari ahad & khamis. Tapi sejak musim hujan ni..asyik termissed je. 

"Baju tak kering cikgu". 

"Okey, tak pe"

Nasib baik cikgu sporting..hehe.
Dah banyak kali ajar..memang macam tu lah peace dia. Nak buat macam mane...buat-buat paham lah kalau waiz tunjuk cam tu yee.
Satu lagi..peace yo!

Wednesday, December 19, 2012

WW ~ MAK, UMMI, IBU, MAMA, MOMMY..sila baca!


Yes, i know Allah Knows..yang penting niat kita. Ya..pasang niat! Nak menitik air mata baca..sebab saya percaya, bukan saya sorang je yang mengalaminya kan?

p/s:  sila klik gambar untuk kebaikan mata anda!

Sumber : FB

Tuesday, December 18, 2012

Food Feeder Una


:: From Google ::
Ni lah food feeder..yang ni rasanya jenama kidsme. Kat online banyak jual..RM28.00 satu. Bolehlah isi buah-buahan kat dalam tu. Tak ada lah tercekik kalau masukkan buah kat food feeder ni..selamat sikit. Tapi still kena pantau jugak time dia nyonyot [hisap].

Biasanya..kalau saya nak sesuatu barang, saya survey kat internet..pastu cari kat kedai sekitar Kuala Terengganu. Kalau tak jumpa..baru beli online.

Macam food feeder una ni, saya beli kat kedai baby KT je..tapi bukan jenama Kidsme lah. Jenama baby king tak silap saya..serupa sebijik macam Kidsme jugak! Harga pon murah..dalam RM18 sahaja. Memang berbaloi..mak mana tak suka dapat barang harga murah kan?
Bukan main sedap lagi budak ni nyonyot. Kecap kecup mulut dia menghisap. Dah 6 bulan..memang saya start bagi makan. Kat rumah saya buat puri buah je. Tapi kat rumah Tokminya..dah makan bubur nasi!
Tu saya letak buah epal..kupas dulu kulitnya, pastu chopped. Kadang-kadang letak kurma, buah lai, pisang..anggur. Sejak una boleh makan ni, banyaklah beli buah. Tapi kejap benor abis stok buah saya tu. Mane taknya..papa & waiz pon hantu buah jugak. Kejap-kejap masuk dapur bukak peti sejuk je kerjanya...aisshh.

Monday, December 17, 2012

Kawan-kawan Waiz

Gambar-gambar ni cikgu waiz yang amik kan time besday dia baru-baru ni. Semua saya dah upload kat facebook Khairul Waiz. Tapi kat sini pon kena lah tayang jugak kan...buat modal maknya bercerita..hiks.

Pernah cerita dulu, yang waiz ni duduk kat Taska Permata. Ini lah sebahagian keadaan taska waiz. Saya suka taska ni..sebab tempat bermainnya kat tempat berbumbung. So memang tak kena panas & tak pijak tanah lah. Selamat..tak hitam anak saya, hehe.

Baru-baru ni saya berdebat dengan ED saya, kebetulan dia pon hantar anak dia kat Taska Permata. Tapi area Permint Jaya yang kebetulan, saya nak hantar waiz kat situ jugak masa mula-mula dulu..tapi penuh. 

Kat permint jaya tu, tempat mainnya kat kawasan tanah lapang..kat luar. Memang kena panas dan main tanah/pasir. So bersyukur sangat hantar waiz kat Desa Chendering ni sebab tempat mainnya teduh. Tak payah risau anak kena hujan or panas. Tapi bos saya tegur..suruh anak saya kena matahari & main pasir. Budak-budak kena bagi bebas bermain..tak boleh terkurung macam tu. Mula-mula tu saya menjawab jugak..tapi last-last saya senyum je. Malas nak berdebat dengan bos..lagi pon dia banyak pengalaman..hehe.

Senyap dan senyum tu bukan bermaksud saya kalah! Masing-masing ada cara nak jaga anak kan..setiap ibu bapa tau apa yang terbaik. Tapi saya dengar jugak pendapat dia..mana yang saya boleh ikut, saya ikut. Macam dia suruh saya potong rambut waiz..okey, saya potong. Budak laki tak elok rambut panjang katanya. Tengok rambut waiz..dah pendek. Dengan saya sekali potong rambut bossss..

Melalut dah..jom layan gambar waiz..
Banyak kemudahan permainan kat taska Permata ni..under goverment kan. Kalau tak cukup, boleh report kat Rosmah..hehe
Adoi..awak tu kecik, bawak awek comei dan gebus pulak! Larat ke nak ooii. Saya perasan..awek awan nano ni selalu sambut waiz kat depan pintu..hehe. Pastu selalu senyum-senyum dan dekat dengan saya..amik ati bakal mak mertua kot.
Kaki pendek..ada hati nak bawak awek jalan-jalan..haha.
Peace aje budak ni..tapi tak betul, jadi pistol dah!
Baju belang kat belakang tu anak encik nahar & Kak ros..kerja ofis besar saya.
Asif anak en.nahar pulak tolak waiz..iyah iyah. Boleh tahan berat jugak waiz tu..12kg! 
Bukan main syok lagi depa bermain..
Nak pergi mana tu..

Okey, sekian report dari mak Khairul Waiz. 

cc : Datin Rosmah

Sunday, December 16, 2012

Nak ASAP [Valve Unimom Mezzo]

:: Google ::
Saya agak stress sekarang..valve unimom mezzo saya koyak. Tengah syok-syok sental valve tu dengan berus, koyak pulak. Selama ni punyalah berhati-hati...emm benda nak jadi.

Valve tu antara komponen yang penting dalam set pumping saya tu. Wajib ada! Kalau tak ada..atau rosak, saya tak boleh pump. Valve tu lah yang menyedut susu keluar bila kita pump.

Ibaratkan straw untuk kita menyedut minuman tu koyak ditengah-tengahnya, sedut macam mana pon..tak sampai air tu kat mulut kita kan. Lebih kurang macam tu lah fungsinya.

Dari semalam saya survey internet..dah email & pm penjual2 valve, tapi tak ada response pon. Adakah sebab semalam (sabtu) dan hari ni cuti?. Kedai baby Xiri yang saya beli pump ni pon dah pergi semalam..tak ada. Pekerjanya janji nak call saya lepas dia tanya bosnya..tapi tak ada response jugak..fuh!

Ada sape-sape yang perasan siapa jual valve ni? Saya nak segera. Kalau ada jual kat KT..sekarang jugak saya terjah kedai ni. STRESS..tolong pergi jauhhhh. 


Saturday, December 15, 2012

Di Penjara..

Time jalan dan shopping kat mydin atau Giant..memang saya letak una kat car seat di troli. Malas nak mengangkut stoller..berat.

Memang jadi perhatian orang. Banyak kali pipi budak ni kena cubit dengan orang yang tak dikenali..hehe. Kalau waiz tengah main kat playground di Giant tu, saya tolak troli tu keliling Giant..sampai tertido una.

Tapi kali ni celik pulak mata dia..bukan main bulat. Terbuntang biji mata yer..
Dah 6 bulan...berat 6.1kg. Rambut banyak tu jugak..tak panjang-panjang. Saya gian nak ikat rambut budak dah ni..rambut waiz dah pendek. Tak boleh nak belai-belai.
Matanya tak lepas pandang mama...takut kena tinggal. Budak ni manja sangat lah..tak nak dengan orang yang tak dikenali. Mau meraung..teresak-esak menangis!

Mama nak duduk dulu una..penat asyik tolak troli kamu je!

Friday, December 14, 2012

Nikah Kahwin 18sx

Sabtu baru ni..8hb Disember kakak satu tempat kerja dengan saya ni selamat bernikah dengan jejaka pilihannya..wah skema gitu. Dapat orang jauh...satu kampung dengan saya, Selangor. Jadi orang Selangor pulak lah Kak Jun lepas ni..hehe
Nak jugak bergambor dengan pengantin arab ni..hiks. Fesyen ye pakai purdah2 ni? Ramai yang saya tengok tutup muka macam ni time akad nikah. Tak pelah..niat tu kalau baik, apa salahnya..kan?
Suka pengantin baru ni yer. Yelah, selama ni dapat pandang-pandang je, ni dapat pegang-pegang...hehe. Gatal pulak pengantin lama ni! Lempang nanti.
Masa majlis ni..Kak Jun akad nikah & tunang sekali. Majlis besarnya..InsyaAllah, bulan Mac tahun depan. Jangan bunting pelamin macam DD & FK dah lah yer..haha. Tapi okey ape..bersanding bertiga. Selamat melayari bahtera rumahtangga Kak Jun & Adam. Semoga bahgia hingga akhir hayat. Hai..sorang duduk Terengganu, sorang duduk Selangor..bersabar & bertahan lah korang..ngeee. Lariii

Thursday, December 13, 2012

Abang Adik



Jantung hati saya..Waiz dan Una.

Time diaorang jaga..bising lah rumah. 

Kadang-kadang saya jadi serabut..pening..tension.

Tapi time diaorang tak ada..atau tido, rumah jadi senyap..

saya jadi sunyi pulak, boring, rasa semacam je.

Tanpa diaorang..seolah jantung saya 

pulak yang berhenti berdetik, 

tak bermakna..kosong.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal