Monday, June 11, 2012

Haiiyakkk...

'Kat mana nak tengok video rogol'..huhu, sape lah yang search ni yer?

Sabor jelah..



Sincerely...

Attention Plezzz..

Allamdulillah..

Dengan ini di umumkan saya dah selamat bersalin pada 6/6/2012 @ 11.55pm. Baby girl, berat 3.03kg..syukur.

Meh lah datang lawat kiter n baby yer.

P/s: entry b4 ni schedule n3 lah..bz bertungku ni, x dan nak berblogging..huhu.

Friday, June 8, 2012

Terbuka Hijabnya

Hijab maksudnya bukan tudung je. Ni ala-ala macam filem 'HIJAB' lakonan Pierre Andre tu. Tetiba mata boleh tengok benda2 halus. Seram kan?

Tapi bukan aku..si waiz tu lah. Budak2 kan biasanya memang nampak benda2 halus ni. Cuma kita ni lah..nak caya atau tak jer. Tapi budak kecik cam tu..tak kan dah pandai menipu ye dok?

Sebenarnya..masa waiz tu baby lagi, ada lah Hamba Allah [HA] ni. Nak kata bomoh..bukan bomoh, nak kata ustaz pon..bukan. Cuma dia di anugerahkan kelebihan pandai berubat orang. Family MKS pulak memang selalu lah berubat dengan HA ni. HA ni pernahlah bagitau..waiz ni ada 'something'. Apakah itu..aku pon tak ambil cakna sangat time tu..sebab waiz baby lagi. Cuma MKS pernahlah berseloroh..'waiz nanti besar pandai ubatkan orang yer..jadi ustaz yer'. Lebih kurang cam tu lah..

Nak jadikan cerita..bila waiz dah besar, dah pandai cakap ni..selalulah dia kata nampak 'hantu'. Bila dah selalu jadi cam tu..mulalah teringat kata2 HA tu. Itu kah 'something' yang dia cakapkan dulu? Betul ke waiz ni boleh tengok benda halus?

My SIL cakap..budak2 memang ada yang boleh tengok benda halus ni. Tapi bila diaorang meningkat usia..hijab tu tertutup dengan sendirinya. Harap2 begitulah. Kalau boleh..aku nak lah waiz ni jadi manusia normal. Meremang jugak bulu roma aku ni bila waiz cakap dia nampak hantu.

Tapi aku heran jugak..macam mana budak sekecil waiz tu tau bezakan hantu & manusia. Nak kata aku ni selalu tengok cite hantu..tak pon. Maybe lah waiz pernah tengok iklan2 seram kat TV tu..emm maybe. Kat tv sekarang memang banyak cite merapu & merepek. Sampai budak2 pon terpengaruh sama..kan?

Dan nak di jadikan cerita..masa waiz kata dia nampak hantu tu, memang lah kebetulan pengasuh dia kena buatan orang. Ada orang tak puas hati dengan pengasuh waiz..so gunalah ilmu hitam nak porak perandakan family ni. Aku nak cite banyak2 pon..tak sedap jugak. Benda tak tau betul atau tak..kang jadi fitnah pulak. Tapi pernahlah beberapa kali waiz memang tak nak masuk rumah pengasuhnya. Menangis..melalak. Katanya takut..ada hantu. Bila aku tinggalkan kat rumah Kak Mah [kakak MKS] elok pulak dia.

Kat rumah aku pon..pernahlah sekali waiz kata dia nampak hantu. Kat pintu toilet bilik aku. Memang sampai kesudah dia tak nak masuk bilik aku tu. Bila aku baca Yasin...solat semua, baru dia berani masuk. Hai lah..anak2 korang ada tak jadi cam ni?



Sincerely...

Thursday, June 7, 2012

K.A.M.I

Biasanya waiz & papa je yang pakai spek itam..mama rabun, tak boleh pakai..huhu

Tapi baru2 ni MKS suruh aku beli cermin hitam tu, boleh lekat kat spek biasa. Beli kat Giant KT ni..RM25 sahaja. Plastik je pon. Saiz yang aku amik tu besar sikit dari spek aku tu..tapi okey jer. 

Orang rabun cam aku ni susah sikit lah kalau nak melaram spek itam kan. Sekarang dah boleh..hehe.
Dengan waiz pulak..budak ni comel lah sangat. Time perangai dia baik lah..hehe.

Tapi pagi tadi, aku test letak cermin itam tu kat spek esprit aku ni. Bingkai dia besar sikit..terus tercabut penyangkut cermin itam tu. Tension betul! Suruh MKS baiki dulu..huhu. Kalau tak boleh..kena bawak ke kedai spek tu pulak.


Sincerely...

Wednesday, June 6, 2012

WW - F1





Sincerely...

Tuesday, June 5, 2012

Salah Paham..

Rasanya status yang adik aku buat ni dah lama..

Tapi ada jugak yang salah paham..diaorang ingatkan aku yang bersalin lorrr!

Patutlah dapat msg congrats dari beberapa teman. Mula2 tu aku tak paham jugak nape dapat msg tahniah ni..aku kan minah blur. Ntah macam mana..tergerak nak call my friend tu. Teruslah bising2 kata baca status adik aku tu..mati2 ingat aku yang bersalin, ceh!









































Dengan ini di umumkan..aku tak bersalin lagi yer. Masih GAGAH PERKASA bawak kereta pergi klinik, dan masih menapak ke ofis ni. Sekian...terima kasih.

Sincerely...

Monday, June 4, 2012

Penat yang tersangatlah best

Minggu yang memenatkan..tapi best. Sebab ramai my family yang turun Kuala Terengganu. Seronok dapat jumpa saudara mara ni..yelah, ai kan duduk jauh di perantauan..hiks.

1hb baru ni, sepupu2 aku belah arwah mak [Kak Jai & Kak Yam] datang dari KL. Sebenarnya aku tak berapa rapat dengan sepupu belah mak ni. Tapi kenal lah jugak. Dia datang nak hantar anaknya masuk ke UiTM Kampus Chendering ni. So petang..lepas Asar tu, kitaorang jumpa kat Masjid Terapung.

Sembang2..then kitaorang ziarah Tok Ali [Atuk Saudara belah mak] yang duduk kat Kuala Ibai. Lepas tu..tunjuk jalan ke UiTM Chendering, sebab my cousin ni tak jumpa jalan nak ke UiTM ni. Disebabkan dah Maghrib..aku pelawa lah ke rumah. Sebab cousin aku ni tak dapat chalet/hotel hari Jumaat tu..full house semua chalet/hotel kat Terengganu ni! Ramai giller orang datang KT tau. Dia dapat chalet untuk hari keesokkannya je. So aku ajaklah tido rumah..

Malam..lepas bawak gi dinner, sambung sembang2 kat rumah.

Esoknya..my cousin tu dah check out dari rumah kitaorang sebab nak buat pendaftaran anaknya masuk U.

2hb tu punyalah banyak jemputan kenduri. Tapi aku larat pergi 2 buah rumah jer..sebab ada agenda lain pulak. Nak jumpa my family yang lain pulak..ni belah abah. Pakcik aku turun KT dengan semua anak, menantu & cucu2nya. 5 kereta tu...

Plannya..aku nak turun ke chalet diaorang kat Anggullia Marang tu, bolehlah tumpang2 tido semalam ke..tapi plan lari sebab Kak Jai & Kak Yam tido kat rumah pulak. So tak ada rezeki lah kan.

Tu yang lepas kitaorang pergi kenduri..terus hello2 ajak jumpa. Alhamdulillah..dapat jumpa kat Pantai Batu Buruk. Diaorang berhenti lunch kat situ..tapi tak dapat jumpa lama pon, sebab jadual masing2 ketat kan. Bestnya diaorang turun holiday kat sini sebab nak candat sotong. Sewa bot bagai..aku ni kalau tak kerna mengandung, memang menggelupur nak ikut lah. MKS biar tinggal jaga waiz..hehe.

Lepas berpisah dengan pakcik & sepupu2 ni, kitaorang lepak kat Giant sebab nak tunggu trip ke-3 saudara aku ni pulak. Adik aku..Lily tu pon ikut sama. Diaorang ada jemputan kahwin di Kemaman..so terus jalan2 kat KT ni.

Sempatlah jugak bagi budak waiz tu main2 kat Giant, solat Zuhur & Asar semua..then dalam pukul 4.30pm tu adik aku sampai. Tu pon sesat..sampai masuk town. Kena lah amik diaorang pulak. Jalan pulak jammed giller. Memang hazab betul lah mengadap jem ni..nasib baiklah kitaorang ni tau jalan alternatif kan. So lepas amik diaorang..kitaorang terus naik ke Batu Rakit, makan sotong celup tepung Pok Nongggggg!!

Kat kedai Pok Nong ni pon ramai orang..berebut-rebut sampai tak terkawal kedai tu. Bayangkan..pelanggan sampai masuk dapur tunggu tepi kuali! Melampau betul..tak menyempat-nyempat nak makan. Dah macam orang kebuluran pon yer. Aku ni yang mengandung pon orang tak heran tau..siap langgar je perut ni. Surrender..suruh Lily je take over bab berebut ni. Dapatlah sotong 3 ekor, ikan 2 ekor, mee goreng 2 pinggan..air bergelas-gelas. Udang?..tunggu2 asyik tak keluar dari dapur. Tension aku. Kesian kat saudara aku..tak puas makan. Nak berebut..tak koser dah..hiks.

Mahgrib..kitaorang balik rumah. Rehat2 jap. Aku ni nak order lah makan. Senang sikit kalau order makan thru phone ni..malas nak tunggu lama2 kat kedai. Waiz tu tahan paling lama pon 15 minit! Lepas tu start lah berlari sana-sini...fening aku. Tapi..semua restoren aku call, full house ko. Heran aku..awatnya ramai sangat umat kat Terengganu ni.

Nasib baik restoren ke-3 aku call tu nak amik order aku ni. Kalau tak..aku give up, masak nasik..hidang telur goreng je lah sebab lauk2 cam ayam & ikan memang aku tak simpan lah dalam esbox tu..hehe.

Lepas makan..bawak diaorang round town. Penat weh...tapi best.




Sincerely...

Cakk..

Jangan terkejut..aku masih bersiaran di sini. Yerr...tak beranak lagi ko. Pagi tadi pergi klinik pon, misi terkejut..'tak bersalin lagi widadi?' Fuh...'takkkk'

Dah pergi klinik, amik MKS kat rumah..terus dia hantar aku ke ofis. Padahal hari Khamis [31/05/12] tu aku dah kemas2 barang. Bawak balik barang2..telekung semua, confident giller tak nak masuk ofis dah..sekali?

Tak pelah..selagi tak bersalin ni, memang aku akan masuk ofis. Sayang jugak nak amik cuti awal2 ni. Aku sebenarnya malas nak masuk ofis bukannya apa..tak larat tu boleh tolak tepi. Bukannya aku kerja berat pon..duduk depan komputer je. Tapi problem-nya..aku dah tak ada baju nak pergi ofis ni! Semua baju dah sendat..ketat! Macam sarung nangka pulak rupa aku ni..kang ada jugak yang pergi ofis pakai kain batik, hehehe.

Tadi masa kat klinik..misi kata baby dah engage. Dah turun bebenor lah..so tunggu masa je lah. Ish..tak sabarnya. Bila tau Kak Amy dah selamat lahirkan baby boy..lagi lah aku menggelupur ko. Yelah..ikutkan due aku dengan Kak Amy lebih kurang jer. Dia dah selamat..aku ni?

Baby..cepatlah kuar. Mama tak nak kena paksa..huhu.

Sincerely...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal