Thursday, May 31, 2012

Paradise Deluxe

Makan lagi...

Kali ni my manager yang sponsor. Tapi nape sikit sangat duit yang ditinggalkan Ku? Hiss..tak bersyukur langsung! Tu mujur Ku nak bagi..hehe.

Pening2 nak makan mana..last2 ke Paradise Deluxe lah kami. Bosan jugak asyik makan fastfood je kan. Aku pon tak pernah masuk lagi Restoren Paradise Deluxe ni. So men-trylah kami

Geng pink aku hari tu..Kak Zie. Single lagi ni..ehemm.
Kami amik pakej untuk makan 4 orang yang berharga RM79. Tambah pinggan untuk 2 orang lagi..sebab staff kitaorang 6 orang.

Dalam pakej RM79 ni boleh pilih 5 lauk..tapi tak termasuk ikan. Nak ikan..di kira asing tau.

So kami pilih lauk telur bistik, sayur campur, tomyam ayam, ayam 3 rasa & ayam lemon. Air sirap diberi percuma sejag. Tapi order jugak air lain..masing2 order air buah. Makan free kan..sedap jelah order. Cuba bayar sendiri? Order teh o ping je lah..hehe.

Gambar semua aku cilok dari facebook Kak Jun..hehe, harap maklum. Total kena bayar untuk lunch tu RM103 sahaja.

Okeylah..portion setiap hidangan pon banyak. Memang terlebih-lebih lah..tak larat nak menghabiskan. Dah lah ofismate aku yang lain tu semua halus2 je badannya..makan pon sikit. Biasanya aku lah tukang perabiskan makanan ni, tapi dah sarat2 ni..se'eh lorr. Tak boleh makan banyak2..cepat kenyang.

Tapi yang bahayanya makan kat sini..kat menu tu tak ada harga makanan & minuman tau. Cuma tulis harga pakej jer. So memang tak taulah harga setiap hidangan tu berapa..mahal ke murah, wapucitau.

Aku bagi 3 1/2 bintang dari 5..hehe.
Ada lagi yang nak belanja b4 aku cuti lama ni?

p/s: tak sabar tunggu kedatangan family & saudara mara aku minggu ni..ramai benor nak datang. Tapi baby tak nak kuar2 lagi..adooiii.

Sincerely...

Monday, May 28, 2012

PETA

Hari tu Kak Yaya ada  tanya peta nak ke rumah aku. Nak tengok baby..hehe. Syoknya, baby tak kuar pon lagi. Best sangat duduk dalam perut mama ni.

Seronok rasanya kalau dapat berjumpa dengan blogger2 ni..selama ni sembang kat alam maya jer kan. So aku memang mengalu-alukan pada sesiapa yang nak datang melawat aku & baby nanti. Aku pon bukannya ramai kawan kat Terengganu ni. 4 orang budak pejabat ni lah kawan2 aku. Kawan2 masa belajar UiTM dulu..semua duduk KL.

Setakat ni, blogger yang duduk KT yang pernah aku jumpa ialah Ma Matahati. Tu pon sempat sembang kejap jer. Kebetulan aku nak kuar lunch time tu. Pastu Kak PR pernahlah terserempak kat Restoren Meka, tapi aku tak tegur pon masa tu. Takut salah orang..hehe.

Pada orang2 KT..tau kot jalan nak ke Kuala Berang tu. Rumah aku kat Kubang Tangga [Wakaf Mempelam]. Lepas traffic light Wakaf Beruas..terus lagi. Sampai jumpa traffic light Kubang Tangga..masuk kanan. Jumpa Pasaraya Nirwana..terus..sampai SMK Sri Nilam. Lepas tu akan lalui jambatan. Masuk lorong kedua sebelah kiri [lepas jambatan]..okey.

Kat lorong masuk rumah aku tu ada signboard Surau Kubang Tangga. Terus jer.. kalau jumpa Tadika Kemas dengan mural Spongebob, betul dah lorong korang masuk tu. Terus jer...rumah aku belah kanan. Dalam pagar kaler biru..ada dua buah rumah kat dalam pagar tu. Satu rumah rendah [rumah kakak MKS], rumah aku..rumah tinggi. Rumah papan jer tau. Kalau korang tengok ada kereta kancil kaler merah & kereta Dimax [4 wheel drive] kaler hitam tu..betul lah tu.

Rumah aku tu memang tertutup sokmo..so tekanlah loceng kat pagar. Tak dengar kalau orang bagi salam. Rasanya senang jer, tapi kalau tak jumpa..hello2 jelah yer. Kak Yaya..nanti wida bagi no.telefon okey.


Sincerely...

Saturday, May 26, 2012

6 Tahun

Hampir tak ingat..kalau tak kerana reminder dalam phone ni, ntah ingat ke tidak..hehe.

Hai..dah makin hampir tarikh bersalin ni, makin pelupa di buatnya. Hari tu ntah macam mana tertinggal segugus kunci [kunci ofis+rumah+kereta] kat kedai nasi lemak Kak Yah depan ofis aku ni.

Masa masuk ofis..cari-cari kunci tak jumpa. Ingatkan tertinggal kat dalam kereta MKS. Tertunggu-tunggu jugak kot2 MKS hantar kunci tu..tapi tak de pulak. Aku pon tak lah call dia tanya pasal kunci tu, sebab kebetulan ada kunci spare [kunci ofis] kat dalam wallet.

Nasib baiklah Kak Yah tu prihatin..dicarinya siapa punya kunci yang tertinggal kat kedai dia tu. Sampai hantar ke ofis aku..hiks. Nasib baik lah. Kunci2 lain tu aku tak kisah sangat kalau hilang..tapi kalau kunci ofis, takut jugak. Dapat kat orang yang tak bertanggungjawab? Datang rompak ofis aku malam2 buta nanti..tak ke haru!

Hishh..tengok, aku nak cite pasal lain..dah melalut cite pasal kunci! Kejap benor dah lupa tujuan & niat asal..hiks.

Sebenarnya..hari ni 26hb Mei adalah ulangtahun perkahwinan aku dengan MKS yang ke-6 tau. Tak ada lah nak bermadah atau berjiwang-jiwangnya, sebab MKS bukan baca pon blog ni. Aku pon tak reti lah nak berrrrr-romatis bagai ni. MKS pon tak wish apa2 pagi tadi..so aku pon senyap je lah. Gile cool kitaorang kan. Agak2 kalau orang lain mesti dah sentap!

Tak pelah..balik kerja nanti aku try hint2 kat dia kot2 dia nak belanja makan kan..hehe. Hadiah? Ni baby dalam perut ni hadiah untuk dia..hadiah & anugerah yang paling berharga.

p/s: kan syok kalau baby ni kuar sama date dengan anniversary kitaorang. Emm..


Sincerely...

Yang Free Memang Sedapppp

Biasanya time preggy memang aku minum susu anmum ni. Tapi sebab mahal [gile kedekut..susu pon nak berkira, hiks]..time ada duit jelah beli. Tu pon berkira..bancuh sehari sekali jer..adooi.

Pesen aku minum susu..bancuh susu tu, lepas tu simpan dalam peti sejuk. Minum time sejuk2..baru sedap. Kalau minum time panas tu..rasa nak muntah pulak. Sebab berbau kan..tak suka. Nak beli yang perisa coklat..takut baby jadi gelap pulak..adoii. Nasiblah dapat mama mereng cam ni..hehe.

Tapi baru2 ni..selalulah aku menapak kat Nirwana sebab kat situ selalu ada orang susu anmum bagi free sample..hehe. Save budget lah jugak bila dapat free sample ni kan. Sampai orang tu pon kata..'asyik adik jer yang amik free sample ni, kat kampung ni adik sorang je ke yang mengandung?' Tapi dia tak delah marah sebab aku selalu amik free sample ni..dia lagi suka kot. Cepat abis kerja dia..hehe [tapi tak tau lah..kat belakang dia mengata aku ke tak]

Dalam pek free sample ni, ada 2 sachet susu. Yang aku heran tu..sedap pulak bancuh & minum susu free sample ni time panas2. Selalu aku tak suka..camno tu?

Nampak sangatlah..kalau dapat benda2 free ni, buat cam mana pon..mesti sedap kan? Setuju tak?


Sincerely...

Friday, May 25, 2012

Makan Puas2 B4 Berpantang

Cite dalam minggu ni jugak..staff kat company besar aku tu naik pangkat. Dari engineer kepada General Manager. Hari tu..masa dia datang ofis, Kulan [ofismate aku] mintaklah duit kat GM ni untuk belanja makan. Maka dihulurlah sikit budget untuk ofis kitaorang makan2..syiook. Lama tak dapat makan free.

Aku request nak makan Pizza Hut..yang lain setuju jer. Nak harap aku makan dengan MKS memang tak lah kan. Sebab MKS ni perut orang melayu..mencari nasi jer. Bukannya dia reti makan2 western ni.

Sebab nak sangat makan PH sebab asyik lah mendengar iklan kat radio..ada menu baru katanya, pastu naklah makan puas2 b4 berpantang ni..kononnya.

Ni menu aku, Kak Zie & Kulan..chicken chop italian herba. Bolehlah..nak cari lagi..idoklah. Sebab sebelum menu ni sampai..aku dah makan pizza. Tu yang macam se'eh nak menghabiskan tu.
Ni pulak..chicken chop lime apa ntah..aku pon tak ingat. Wani & Kak Jun yang order. Aku pon tak rasa. Portion dia sama jer macam chicken chop aku tu..cuma kuah dia creamy sikit.
Ni set apa pon aku tak tau..tau makan jer. Tapi ayam dia sedap..manis2 gitu. Total untuk 5 orang makan..dalam RM160. Tax PH ni memang mahal kan? Services tax tambah gov tax dia tu boleh order menu lain pulak. Dahlah service lambat..eei.
Okey..next, nak makan apa lagi yer before bersalin ni..emm


Sincerely...

Thursday, May 24, 2012

Doa Selamat

InsyaAllah..malam ni, kat masjid di kawasan rumah aku akan diadakan bacaan Yassin dan solat hajat. Kiranya macam buat kenduri doa selamat lah. Tapi disebabkan beberapa masalah..tak dapatlah buat kat rumah. So kita buat kat masjid je lah. Makanan pon tempah kat orang jer..lepas abis majlis, agihkan kat jemaah masjid. Makanan untuk bawak balik rumah..sonang.

Ni pon aku kongsi dengan Kak Mah [kakak MKS]..untuk doakan kesejahteraan suaminya yang sakit kanser darah, aku [yang tak lama lagi nak bersalin ni] dan jugak menantu Kak Mah [yang akan bersalin jugak awal bulan 7 nanti]. Semoga majlis nanti berjalan lancar. Dan aku harap MKS pon sihat jugaklah malam nanti untuk join bacaan yasin & solat hajat tu..amin. Aku tak dapatlah nak join sama..cik awe sorang tu [waiz] bukannya reti duduk diam kat masjid. Abis berebut mic dengan tok iman lah pulak..

Ikutkan..sekarang ni aku dah 38 minggu. Memang tak larat sesangat. Tapi ku tabahkan jugak kaki menapak ke ofis tiap2 hari. Ni pon..betis kaki kiri sakit sebab cramp. 2 hari jalan terhencut-hencut. MKS asyik tak ingat nak letak minyak kat kaki aku ni..busy bebenor dia tu. Misi pulak pesan suruh jalan banyak2..biar cepat bersalin katanya. Sebab kalau ikut pregnancy yang dulu [waiz], aku lewat bersalin dari tarikh EDD tu..so kebarangkalian untuk bersalin lewat ada jugak untuk baby kali ni. Betul ker?

Haii..kalau boleh, tak nak lah lewat2 sangat. Ada cara/petua tak nak cepatkan hari bersalin ni?


Sincerely...

Wednesday, May 23, 2012

WW - Like Sangatttt




 Sumber : FB Ustaz Don

Sincerely...

Tuesday, May 22, 2012

Grrr..

Tak tau nak lepas marah pada sape..yang aku tau, memang aku tengah marah sesangat sekarang ni. Fuh..hati diselubungi amarah syaitan. Istigfar banyak2 widadi..

Pagi2 hari marah dengan mesin basuh. Sebab bahagian spin mesin basuh tu cam dah bengong sikit. Kadang2 kain kering..kadang2 baju2 yang di spin tu masih lencun lagi. Penatlah mengodek mesin basuh tu pagi tadi..tapi baju2 still tak kering jugak!

Last2...redho jemur baju dalam keadaan masih basah. Dah lambat nak pergi kerja lagi..emm. Tengah menjemur kain dalam keadaan basah tu, entah macam mana..tergelincir lah pulak. Kasut licin..lantai basah, memang sendiri cari penyakit. Tambah pulak..menjemur dalam keadaan mulut membebel-bebel, kat situ jugak dapat cash!

Tapi tak lah jatuh terduduk, sempat tahan dengan kedua-dua tapak tangan ni. Tapi bila tangan tampung berat badan 85kg ni, mau nak terkehel jugaklah pergelangan tangan aku. Nak marah lagi..marah dengan sape pon aku tak tau:(

Hantar waiz ke rumah pengasuh dia..buat hal lah pulak. Menangis melalak-lalak tak nak masuk rumah Tok Mi. Takut katanya. Entahlah..sejak kebelakangan ni, si waiz selalu kata dia nampak hantu. Naik meremang bulu roma aku. Tak nak percaya..tapi budak2 ni mana lah reti menipu kan..haih.

Sampai ke sudah budak tu tak nak masuk rumah Tok Mi..haih, aku tension. Nak marah..tapi senyap jer. Tak kan nak marah budak tak bersalah tu kan?

Last2..MKS hantar waiz ke rumah Kak Mahnya. Tapi hantar cam tu jerlah, pampers tak tinggal..botol susu tak de. Aku memang tak de mood nak tegur MKS time tu. Pandai2 lah..

Ni nak masuk meeting pulak. Dengar jelah apa yang ED aku nak bebelkan nanti. Sesungguhnya aku memang tak daya dah. Tak tengahari lagi..dah lembik. Jiwa dan raga..emm.


Sincerely...

Monday, May 21, 2012

BE 2012 - TQ Nuffnang

Ni BE ke-4 untuk tahun 2012. Dari Maxis!!

Tapi untuk tahun 2012 ni, kejap bebenor BE ni berjoget-joget. Nak buat macam mana..tuan blog mabuk. Ni sakit nak beranok pulak..kesian kan.

Harap incik Nuffnang paham..biarlah BE Maxis ni lama sikit kat blog ai ni. Untuk my 2nd baby yer yer yer..hehe.

Tq Nuffnang!


Sincerely...

Sunday, May 20, 2012

NAMA

Sebenarnya ai banyak kerja ni. Lusa [selasa] ada collection meeting. Report dah siap..tapi network tak de lah pulak. Tak boleh nak print..so boss jangan marah ye, ai main2 hari ni..hehe.

Bukan salah saye tau..network yang tak de. Line telefon pon tak leh guna, TM kata kabel rosak..adoii.

Now, aku dah masuk 37 minggu. Dah start kena pergi klinik tiap2 minggu. So esok kena menapak ke KD Gong Pauh lagi lah. Makin hampir ni..makin berdebar lah pulak. Korang pon sama2 berdebar cam aku jugak kan..hiks.

Eeei..tak ingatlah nak push2 macam mana. Nasib lah..kalau kena marah dengan misi nanti. Mesti misi tu kata 'eei awak ni push kali kedua pon tak reti ker..tak ingat ke dulu push macam mana?' Alolo...'bukannya saya push hari2! macam be**rak tu!'. Tapi yang penting...dah wajib aku ingat, jangan ANGKAT PUNGGUNG!.

Okeylah..malas nak ingat pasal pengalaman kat labor room tu. Kita sama2 berdoalah semoga semuanya dipermudahkan yer..amin.

Nama untuk baby kali ni..memang aku dah listkan. Tunggu untuk pengesahan dari MKS jer. Tak taulah dia suka atau tak. Cam dulu..aku list jugak nama untuk waiz, tapi tak de satu pon yang masuk carta MKS. Last2..nama pilihan dia jugak yang naik. Tak pelah..tak kisah pon.

Kali ni..MKS 'macam' nak pilih nama yang aku listkan tu. Cuma dia kena tanya dulu dengan pak iman [alah..abang ipar dia jugak!] samada nama tu sesuai atau tidak, elok ke maknanya kalau dah di gabungkan. Tak nak lah pakai gabung jer..tapi maksudnya ntah apa2 pulak kan.

Harap2..terpilihlah nama yang aku listkan tu. Amin...



Sincerely...

Thursday, May 17, 2012

Malas Layan

Saje nak mengadu kat korang pasal kerja aku ni. Sebenarnya aku jarang nak cite2 hal kerja ni..nama pon kerja kan, memanglah akan berhadapan dengan macam2 kerenah dan masalah. Kalau tak mampu nak tangani stress..baik duduk rumah jer, jadi boss kan? Haii..tapi aku lagi stress lah kalau duduk rumah jer..hehe.

Tak delah masalah berat sangat..tapi aku jadi tension lah jugak kalau ada orang yang sound2 suruh buat kerja cepat2 ni. Bukannya boss tau. Boss aku okey jer...ko nak masuk lambat ke, balik awal ke, mengadap internet 24jam ker..tak kisah. Janji kerja siap! Tapi janganlah ambil kesempatan pulak kan..berpada-padalah.

Ni pekerja bawahan aku..sms pasal duit komisen diaorang. Biasanya tengah bulan, memang diaorang hantar tuntutan komisen dari pengeluaran bulan lepas. Nak proses tuntutan diaorang tu bukannya amik masa sehari..banyak proses dan procedure. Kena ikut step by step.

Tapi masalah sekarang..diaorang tu tak paham proses tu. Tau nak hentam & marah jer. Tak pasal2 aku dapat sms protes dari sorang pekerja ni. Mana dia dapat nombor hp aku pon tak tau lah! Bulan lepas..dia call guna tepon ofis jer. Tapi bulan ni makin berani sms ke no.tel aku pulak. Heii..tu nombor private aku tau. Bukan hp pejabat..aku bayar bill sendiri tau. Tak koser nak layan lah..

Ikutkan perangai & mulut puaka aku ni..kena jugak mamat sorang ni. Tapi bila pikir2 tengah membawak perut ni..fuh..sabor..sabor. Sejak2 preggy ni..memang aku jadi cool down sikit. Jaranglah nak melenting sangat..kang menurun kat baby pulak kan.

So hari ni..terus aku buat proses pembayaran tuntutan komisen untuk pekerja2 loji ni..biar  diaorang faham sikit flow nak buat pembayaran tu macam mana. Time nak gaji, komisen, bonus..cepat jer. Kerja lembab..ishh.

Fuh..okey, rasanya lega dah bila luahkan kat korang. Tq baca!

Sincerely...

Tuesday, May 15, 2012

MALAS

Bukan sebarang malas..dan hakikatnya aku bukan pemalas yer. Ni pasal kerusi malas..hehe. Sejak aku preggy 7 bulan lagi MKS dah keluarkan kerusi malas ni. Sebelum ni terperap kat dalam bilik. Ni bila dah makin sarat..tak boleh nak duduk kat lantai, terpaksalah duduk kat kerusi malas.

Before ni..aku selalu baring kat tilam depan tv ni. Berebutlah 3 beranak nak duduk & baring kat tilam bujang tu. Nasib lah sape yang terjatuh kat lantai [biasanya aku lah tu!]. Tapi bila dah tak larat nak bangun duduk ni..kenalah duduk kat kerusi jer.

Kerusi malas ni kan boleh di ejas2..kadang2 tertido kat kerusi tu jugak lah. Dah akhir2 pregnancy ni..makin tak senang duduk di buatnya. Baring lama2 pon sakit pinggang & badan. Sudahnya..susah nak bangun. So lepak kat kerusi malas je lah.

Sape yang mampu tu..bolehlah duduk kat kerusi empuk tu. Tapi bajet2 orang sederhana cam aku ni..mampu beli kerusi malas je lah. Ni pon kerusi turun temurun masa mengandungkan si waiz tu dulu..keh keh.
Tapi..tapi yang tak sedapnya, ada jugak orang yang nak berebut kerusi malas ni dengan aku. Menyampah tau! Kalau dengan MKS tu..bolehlah aku sound2 kan. Tapi bila dengan budak kecik ni..alah..ai surrender! Memang tak makan saman lah.

Bila kita sound dia..dia siap jawab lagi 'mama..gi sane' [di suruhnya aku duduk kat kerusi lain]. Oitt..tu kerusi mama lah!

Sincerely...

Sunday, May 13, 2012

Ucapan Pertama

Maaf..sebenarnya aku tak pasti samada boleh sambut ke tak hari ibu ni. Tapi sebagai menghargai jasa ibu2 kat dunia ni..bukannya sambut hari ni je kan. Hari2 lain pon kena ingat jugak..

Janganlah hari ni sambut bukan main ye-ye lagi..belanja makan, beli kek..off buat kerja rumah, esok lusa dah lupa nak hargai jasa ibu tu. Pada aku..setiap saat dan ketika kenalah hargai insan yang susah payah melahirkan kita kat dunia ni. Macam aku yang tak de mak/mil ni..sedihlah jugak. Buat korang yang masih ada ibu tu..hargailah mereka sementara masih ada ni.
Ucapan pertama yang aku dapat..dari adik aku jugak. Terima kasih Lily!

MKS & Waiz...aku tak rasa diaorang ingat..hehe. Tak kisah pon..i ok.

Sincerely...

Wednesday, May 9, 2012

Tergamaknya..

Rasanya semua orang dah tengok video hangat yang di upload kat facebook hari ni..cuma aku je yang tak berani nak tengok..huhu.

Aku memang tak beranilah nak tengok video budak2 kena dera/pukul cam tu. Tersentuh hati..takut jadi kat anak2 kita sendiri..Allah.

Mula2 tu aku ingat pengasuh budak tu yang buat..rupa2nya mak budak tu sendiri yang bantai anaknya. Ibu apa lah yang sanggup buat cam tu yer. Yang tukang rakam pon sama naik jugak, bukan nak tenangkan si ibu tu..boleh terus rakam video tu.

Apa lah salah budak tu yer? Sampai sanggup si ibu tu buat macam tu. Aku rasa orang yang tak siuman/sakit jiwa jer yang tergamak buat macam tu.

Aku ni..kategori panas baran lah jugak. Tapi tak pernahlah pukul si waiz macam kat video tu. Pukul2 manja..nak bagi pengajaran tu ada lah. Tipulah kalau kata tak pernah jentik/rotan sekali pon kan. Nama pon manusia biasa. Waiz pulak pesen 'baik & dengar kata'..memang kadang2 terbakar jugak.

So selalunya, dari terus buat perkara yang tak diingini..kalau tengah marah tu, aku akan cepat2 lari dari dekat dengan waiz. Masuk bilik ker..pergi mandi ker..solat ker. Bila dah lega hati tu..baru lah cari budak kecik tu balik.

Budak2 ni..nakal macam mana pon, dah nama budak..tak reti apa pon. Janganlah kita yang dah besar dan berakal panjang ni jadi tak waras pulak bila berdepan dengan kerenah mereka ni.



Sincerely...

Monday, May 7, 2012

35 Minggu

Tinggal lagi beberapa minggu je lagi before tibanya saat ituuuu...

Takut? Seram? Sakit...ofkos. Macam2 perasaan. Lebih2 lagi..dah ada pengalaman masa lahirkan waiz dulu. Tau dah sakitnya macam mana kan..bila di ingat-ingat, makin takut di buatnya!

Sekarang ni..rasa lapar pon tak selera nak makan [kecuali makanan yang di idam-idamkan], rasa tawar jer. Agaknya dah terbayang-bayang ketawaran makanan berpantang nanti kot! Memang tak selera nak makan..asyik nak minum air batu jer. Tak taulah sebab cuaca memang panas ker..atau nak minum air batu puas2 b4 berpantang. Nanti setahun tak leh minum ais! Mak tak sanggupppp....

Eh betul ke tak elok minum ais masa mengandung? Nanti baby besor yer? Orang kata..baby kembang air, erkk?

Lagi satu..mengantuk, tapi tak boleh/lena tidor. Yelah..nak lena macam mana kan. Kejap2 bangun nak gi toilet. Sakit badan lagi..tido mengiring ke kanan sakit, tukar ke kiri..sakit jugak. Last2..terkebil-kebil biji mata ni pukul 2-3am. Dengar jelah orang sebelah tido berdengkur..huhu

Kerja pon banyak nak kena settel..tapi tak larat pulak nak membuatnya. Agaknya..ni lah tanda2 yang aku memang menunggu masa je nak bersalin kan. Siyes..memang tak larat dah nak membawak badan ni. Banyak event2 kat KT ni aku tak follow dah..PC fair, jualan gudang..[eh ke situ pulak!]

Baca jelah apa yang aku bebelkan ni. Nanti 2 bulan aku cuti..mesti korang rindu kan.

Sincerely...

Sunday, May 6, 2012

Tak Boleh Upload Gambar...

Baru je dapat pengalaman ada problem macam ni..

Before ni selalu baca kat blog kawan2 ada problem tak boleh upload gambar. Tapi tak pernah amik tau pon...

Bila dah jadi kat diri sendiri, baru terkial-kial cari solution-nya.

Teringat kat sis rasp pernah ada problem cam ni..terus bukak blog dia. Cari2 komen yang  tolong sis rasp setteld-kan problem dia. Jumpa tutorial dari sis zana ni , so ai follow...jadik youu. Sekarang boleh letak gambar kat entry.

Bila tulis entry baru..kalau tak de gambar macam tak syok kan? Sape setuju?

Sincerely...

Friday, May 4, 2012

Aku dah..korang?

Ingat lagi entry ni?

Bila bagi tau MKS..cepat2 dia ajak cari kat McD.

Mungkin dia tak nak anak dia meleleh-leleh air liur. Cukup waiz sorang macam tu. Susah jugak nak menjaga budak yang asyik meleleh air liur ni tau. Waiz tu sampai naik ruam kat keliling mulut & leher. Ni umur dah masuk 3 tahun pon..meleleh jugak sikit2. Tapi memang tak boleh buat apa dah..tu keturunan, sebab maknya pon sampai sekarang cam tu jugak...hiks. Sape perasan..Lily?
Niat aku masuk McD tu nak order McFlurry Horlick jer. Tapi si MKS tu order burger lah..pastu tengok orang makan bubur..nak bubur lah pulak. Ish..sape yang mengidam ni..konpius pulak!

Balik rumah tu..MKS terus muntah2! Kan dulu aku pernah cite..MKS ni bukan boleh makan pelik2, nanti mulalah sakit..muntah..macam budak2 tau. So lepas ni, kalau aku nak makan McFlurry Horlick lagi..silalah tengok je ekk.

Sape tak makan lagi? Memang sedaplah...very crunhy. Cepat terjah McD...


Sincerely...

Thursday, May 3, 2012

10 Ribuuu

Nak cite sikit..baru2 ni kat ofis aku kecoh bila bil telefon celcom my manager tu mencecah RM10,000! Terpanjat gegirl tau!

Ikutkan caj penggunaan telefon, sms, bla bla...cuma RM200 sahaja. Yang RM10++ ribu tu untuk penggunaan internet. Tapi Setelah di tolak rebat..kena jugak bayar penggunaan internet dalam RM100 gituu. Tapi my manager tu still macam tak puas hati dengan Celcom..sebab katanya, dia tak guna pon internet. Entahlah..

Ikutkan..aku pon pernah jugak terkena macam ni. Tak ingat samada pernah cite kat korang atau tak. Biasanya bil bulanan aku tu dalam RM8-15 sahaja. Sebab bukannya tepon sape pon. Sewa pon tak bayar sebab bil tepon aku tu under staff benefit sebab Abang Ngah aku kerja celcom. Memang sejak aku abis sekolah dulu..dia bagi nombor staff dia untuk aku guna. Tu yang murah bebenor. Sampailah satu ketika tu..bil tepon aku mencecah RM500 lebih..mau aku tak terkejut! Nak kata aku guna internet..tak pon. Tapi bila di cek2..maybe masalah setting kat telefon tu. Mungkin waiz atau aku dah tertekan setting 'ON' kat hp tu. So tak bolehlah nak salahkan celcom kan. Nasib baiklah ada rebat..tapi membayor jugaklah RM100!

Jadi..kalau manager aku kata dia tak guna internet, mungkin ada setting kat hp dia yang terrrr'ON. Guna hp canggih2..tapi tak reti nak adjust setting..susah jugak kan? So kalau kita marah2 Celcom pon tak guna jugak. Tu problem hp kita. Kalau tak reti..masa mula2 beli hp tu, suruhlah penjual tu cek dulu setting2 kat dalam hp kita tu. Jangan dah terkena..susahlah.

Sincerely...

Wednesday, May 2, 2012

WW

Kihkih..kesian JKK


Sumber : Facebook

Sincerely...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal