Monday, April 30, 2012

Ejen

Hari tu aku cite dah jadi ejen takaful [kat sini]..tapi tak dapat kad lagi. Masih dalam proses...so tak bolehlah nak menjual-jual insurans yer, hihi.

Kat atas ni..kad ejen Public Mutual. Ummi Ran..yang ni ke abang Nasir suruh amik? Kalau yang ni..wida dah amik tahun lepas. Tapi still tak dapat pelabur lagi..hehehe. Kena belajar dengan abg Nasir lah macam mana nak yakin orang ni..huhu.

Baru perasan kad tu dah expired awal tahun ni..so kena contact upline untuk renew lah. Manalah tau kot2 korang berminta nak melabur..kan kan kan?


p/s: penat betul..sepagi duduk kat KK Hiliran. Ramai betul org hari ni..agaknya sebab esok cuti kot. Ada yang kena kerja ke esok?

Sincerely...

Sunday, April 29, 2012

Tak Berkarat Lagi Rupanya..

Semalam..aku ada exam nak jadi ejen Takaful. 3 minggu jugaklah study e-book yang di email-kan tu. Naik berpinor mata aku ni baca e-book tau! 458 muka surat pulak tu! Baca sepintas lalu cam tu jer..mana lah ada masa kan. Kalau ada buku tu..boleh lah aku baca sikit2. Ni bila e-book..aku baru je bukak laptop, si waiz tu dah menyibuk..ish.

Mula2 tu nak tukar date exam..sebab memang aku tak prepare pon lagi. Dah lah minggu ni membizi dengan meeting, akaun nak submit kat audit lagi..sakit macam nak beranak lagi. Macam-macam hal lah. Tapi upline aku kata tak boleh dah..kalau nak tukar date kena bayar lain pulak. So dia suruh je aku jawab..lagi pon soalan objektif, bantai jelah. Fuh..memang berserah jelah.
Ni slip exam aku. Buat kat ofis Open University kat dalam kampus UiTM Chendering. Exam pukul 5pm. Tapi kol 4pm MKS dah hantar aku. Berpusing jugaklah cari Open University tu. Nasib baiklah jumpa orang yang nak amik exam cam aku tu..so follow dia jelah.

Sebenarnya, bukan aku yang nak jadi ejen ni. Tapi MKS. Dia yang bersungguh-sungguh..tapi disebabkan nak jadi ejen ni kena amik exam..kena study, tu yang dikerahnya aku! Dulu time nak jadi ejen pelaburan Public Mutual..aku jugak jadi mangsa. Kena study, masuk kelas..amik exam. Dah lulus..dapat kad ejen Public Mutual..tapi tak de rezeki lagi orang nak melabur bawah kami.

Ni jadi ejen insurans lah pulak. Ikutkan hati aku..malas. Aku ni bukannya reti nak menjual-jual barang/servis ni. Tapi MKS nak sangat..nak cari duit poket lebih katanya, so sebagai isteri..kita supportlah. Nanti kalau dapat income lebih..bini ni jugak yang asyik mintak duit kan?

Nak jadi cite..exam semalam dari pukul 5pm-7pm. Ada 100 soalan objektif. Guna komputer. Dah abis jawab..boleh tau resultnya. Sessi aku semalam..cuma ada 5 orang je. Soalan..susah giller. Dalam hati ni..asyik kata 'konpem aku failed!' Aku ni dah lah baca sekali jer..tak paham pulak tu, banyak gile info dalam buku Takaful tu. Soalan pulak..berbelit-belit..fuh.

Antara 5 orang tu, ada sorang pakcik tu cek result dia dulu. Dia lah yang mula-mula lulus. Aku ni risau dah..kalau tak lulus, memang malu gile kat pakcik tu. Orang tua yang dah pencen pon boleh lulus..inikan aku?

Tapi aku gagahkan cek jugak result aku..tu pon lepas pakcik tu pujuk2 suruh cek. Alhamdulillah....lulus. Sama gred dengan pakcik tu..hihi. Lega rasanya. Rupa2nya berfungsi lagi otak aku ni..bolehlah sambung Master pulak yer..huk huk huk.

Rasanya..mungkin ni rezeki baby dalam perut ni. Sebab kalau ikutkan..aku ni mana lah study kan. Pakai tekan je jawapan A, B, C, D..hehe. Kesian pulak kat lagi 3 orang yang amik exam sama dengan aku semalam..failed. So cuma aku & pakcik tu je yang lulus.

Korang..dah ada insurans belum? Meh..amik dengan MKS..hehe.


Sincerely...

Friday, April 27, 2012

Teringinnnnn...

Dah last2 pregnancy ni..keinginan nak makan macam2 tu bertambah-tambah tau. Mane yang sempat di cari tu..boleh lah makan. Kalau tak sempat/tak jumpa..redho je lah anak aku meleleh air liur je nanti..huhu.
Ni mcFlurry Horlick..ada ke iklan kat tv? Ke aku yang tak perasan? Baca kat blog DN..terus terliur.

FYI, aku ni memang hantu horlick. Kalau diberi pilihan antara horlick & milo..memang aku pilih horlick lah. Sebab horlick kan putih...hehehe. Aku ni memang ada masalah dengan makanan & minuman yang kaler hitam, takut tiba-tiba bersalin kulit pulak.

Emm..tak boleh jadi ni. Kena cari jugak McFlurry Horlick. Masih ada lagi ke? Hope promotion tu tak abis lagi..waaaa.


Sincerely...

Thursday, April 26, 2012

Lilolilo Lilolilo..

Lama dah aku perasan si waiz ni asyik menyebut 'lilolilo lilolilo..' Ingatkan apekebendanya. Rupa-rupanya...
Kereta polis!

Tu pon kebetulan, masa kitaorang keluar jalan hari Jumaat..ada kereta polis [ish kat KT ni tiap2 wiken mesti ada roadblock tau, buat jammed jalan jer!]. Waiz cakaplah 'ma..olis, lilolilo lilolilo'

Hahaha...tergelak lah aku & MKS. 'Bukan lilolilo lah..nenoneno'

Tapi sampai sekarang still sebut lilolilo jugak..apa lah waiz ni.

Semalam saje2 masuk Nirwana..nak cari minyak zaitun Ginvere untuk baby. Sekali waiz nampak kerete remote control polis. Terus bising2 nak kete tu..belilah jugak. RM17.90 jer..tapi duit gaji tak masuk lagi kan, so setiap ringgit berkira lah jugak..huhu.

Sampai rumah..tak puas2 main kerete remote control dia tu. Pagi tadi pon bising2 nak bawak ke rumah tok minya. Emm..sukahati lah waiz.


Sincerely...

Wednesday, April 25, 2012

WW

Berterima kasihlah pada ibu & isteri anda.

Sumber : Facebook

Sincerely...

Tuesday, April 24, 2012

Selusuh Minyak Tanak & Telur Ayam Kampung

Hari Sabtu baru ni amik kat rumah bidan..hantar kat bidan lepas berlakunya kejadian ini [hari Khamis]. Biasanya bidan tu buat selusuh ni pada Khamis malam Jumaat sahaja. Masa tu jugak terus booking bidan tu untuk urut masa berpantang nanti..insyaAllah.

Malam tadi baru teringat nak makan. Minyak tanak tu..bidan pesan celup dengan sudu, lepas tu kita isaplah sudu tu. Jangan lupa selawat. Dah rasa sakit nak bersalin nanti..barulah makan sesudu minyak dan sapu kat perut/belakang badan.

Telur tu pulak..telur ayam kampung tau! Gigih MKS cari telur tu..hehe. Aku bagi 10 biji kat bidan..tapi dia buat 9 je, kena nombor ganjil katanya. Tak kisahlah..yang lebih sebiji tu, biar MKS makan. Ikutkan..kena makan mentah2 telur tu. Errkk..tak lalu lah aku. So bidan suruh buat telur separuh masak. Tu pon aku makan sambil tutup hidung. Baru makan sebiji..camnelah nak abiskan balance 8 biji tu yer ngeee.
Ada tak ibu2 yang preggy makan selusuh cam aku buat ni? Ke aku sorang jer yang beriya-iya makan selusuh pangan lah, buat amalan ni lah..hehe.

Tak pelah, aku pon just nak share jer..asalkan benda ni tak bertentangan dengan ajaran Islam.

Aku ni namanya muda & moden..tapi bab2 cam ni veryyy the tradisional okey. Duduk dengan orang tua, banyak petua & amalan ni..macam ni lah. Ni belum time aku berpantang lagi..huhu.




Sincerely...

Thursday, April 19, 2012

Tragedi

Cite semalam..tak de gambar, sebab aku tengah cuak giller.

Balik kerja semalam, ingat nak hantar minyak tanak & telur ayam kampung untuk di buat selusuh. Sebab bidan aku dah pesan..hantar sebelum hari khamis sebab dia biasanya buat selusuh tu pada malam jumaat. Minyak tanak tu..Kak Mah [SIL] yang tolong buatkan. Aku beli santan 1/2 kilo..dapatlah secawan minyak. Telur ayam kampung tu pulak MKS kerah pekerja dia cari..ish tak patut betul!

Sampai jer traffic light Pengadang Baru, MKS perasan temperature kete kancil tu naik mendadak. Terus sampai H. So berhentilah kat Stesen Minyak Caltex nak masuk ke Kepong..nak cek apa yang patut.

Ntah macam mana [selalunya MKS tu orang yang paling berhati-hari bab emergency ni] dia boleh terrrrbukak penutup tangki air tu. Padahal dia tau kalau jadi kes macam ni..tak payah bukak dulu. Yelah sebab tengah panas kan. Aku ni baru terkeluar ayat 'Jaaa... [nak cakap 'jangan bukak!]. Sekali tersembur air panas dari tangki tu..abis kena muka, badan & tangan MKS. Mau tak melompat aku dari kereta tu..terus amik air, pas kat MKS. Jirus satu botol air kat situ jugak..

Aku ni cuak dah..takut MKS melecur ke, kena mata ke..tak ke haru. Nak nangis pon ada time tu. Tapi MKS pandai cover..dia kata sakit sikit jer. Terus ajak balik rumah..cancel nak hantar minyak & telur.

Dalam kereta..setiap saat lah aku tengok muka dia. Kot2 jadi gelembong atau merah..tapi tak ada pulak. Padahal air tangki tu panas..aku tengok menggelegak macam volcano kat gunung berapi. Tapi tak de apa2 effek kat MKS..pelik jugak. Kat rumah..kakak MKS bagi air spirulina untuk sapu kat muka & tangan. Dia kata sejuk..lega lah jugak.

Yang aku pulak..lepas Maghrib, rasa sakit2 macam nak bersalin. Nak duduk sakit..baring pon tak boleh. Ish..memang rasa cam nak bersalin lah! Tapi belum sampai masa lagi..kontraksi tipu2 je tu. Omputih kata Braxton Hicks. MKS dah ajak pergi klinik..takut jadi apa2. Tapi tak nak lah..sebab aku tau belum sampai masa lagi.

Dalam pukul 12am tu baru boleh tido..tapi tengah malam terjaga pulak. Sebab si waiz tu tiba2 batuk2 pulak time tido. Cam semput jer. Kejutkan dia makan ubat..tapi still batuk2 lagi. MKS pon demam jugak lepas kena air panas tadi..Allahuakbar. Memang lembiklah aku. 3 orang sakit serentak!

Pagi tadi..terpaksa hantar waiz kat rumah pengasuh dia, sebab aku tengok cam dah okey sikit. MKS rehat kat rumah jer..aku kena masuk ofis jugak. Sebab report meeting tak siap lagi. Ikutkan..tak larat dah ni. Tapi nak buat cam mana..sampai sekarang pengganti aku tak ade lagi. So kerja2 pejabat kena buat jugaklah walaupon dah sarat2 cam ni. Nak cuti tanpa gaji pon tak berani..sebab tak de sape2 nak cover kerja aku ni...huhu. Mak tensionnnnnn..



Sincerely...

Tuesday, April 17, 2012

Bedak vs Tido [video]

Ingat lagi tak pernah cite kat korang..yang anak bujang aku ni suka berbedak. Memang pantang lah nampak aku ni berbedak..kat entry ni.

Ni videonya..baru amik masa cuti baru ni. Sebenarnya dia mengantuk time tu..jenuh nak bagi dia jangan tido. Tu yang main bedak..hiks.
Tapi akhirnya tertido jugak..tension betul papanya.

Yelah..hari jumaat memang papanya akan bawak kitaorang berjalan. Masa kat rumah..susahnya nak suruh dia tido. Macam2 cara dah kitaorang buat. Tutup tv, tutup lampu..pastu makpaknya bantai tido. Dia masih ligat lagi..air & susu dah berbotol-botol minum, tapi tak tumbang-tumbang jugak. Cekal betul biji matanya.

Papanya siap warning lagi..'nanti time jalan kalau waiz tido..siap!'

Biasanya kitaorang keluar lepas Asar. Baru jer masuk kereta 5 minit..dah tersengguk-sengguk budak tu. Nak tido baring..takut papanya marah. Tu yang tertido sambil duduk. Lepas papanya kata 'gi lah tido belakang'..baru dia berani baring..kihkih.



Sincerely...

Sunday, April 15, 2012

Makan Free

Kalau ada besday sape2 kat pejabat ni..memang di nanti-nantikan lah. Sebab dapat makan freeee...

Patutlah dari semalam aku ni mengidammmmm sangat nak makan kek SR. Tapi MKS malas nak masuk bandar..so lepas kerja terus balik rumah.

Rupanya memang ada rezeki lah nak makan kek SR hari ni..alhamdulillah. Kebetulan hari ni besday ofismate aku. So dapatlah makan kek & kepsi..blurrp.
Baru jer lepas makan seketul ayam..terus tersandar. Tak larat. Padahal mengidammm kek..patut makanlah kek dulu kan..emm.
Choc Fudge [rasanya lah]. Macam melambai-lambai jer suruh makan..tapi kenyang lagi. Tak pe..solat dulu, nanti kita terkam!

Happy besday Kak Jun & Wanie...senyum sokmo!

Sincerely...

T.I.P.S

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah:
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah:
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap  ---> yang ni aku selalu buat :(
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur ---> ni pon:(

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak ---> kena cari balik rotan yg aku sorok tu..ngeee
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Sumber : Facebook

Sincerely...

Thursday, April 12, 2012

Mencolek

Bukan nak culik sape2 yer..ni mencolek buah pelam dengan kuah rojak Mak Bee.

Beli kat pasar malam..3 biji RM2.00 ko. Padahal kat depan rumah MKS ni ada je pokok pelam. Tapi aku tak suka buah pelam jenis gitu..tu yang sebelah mata pon tak pandang.

Nampak 'pelam mangga' kat pasar malam..terus beli. Untuk makan sorang jer..so beli 3 biji pon cukup. Balik rumah tak sempat nak makan..esok pagi tengok buah pelam dah meleleh-leleh air liur. Terus angkut bawak ke ofis.

Pagi tu jugak kupas..ngap sorang2 kat bilik, hiks. Budak2 ofis aku ni tak berapa makan benda masam2 ni..so layan sorang2 je lah. Tak sedar..2 biji aku makan. Lagi sebiji tu bawak balik rumah..sambung makan dengan waiz pulak!


Sincerely...

Wednesday, April 11, 2012

Pregnancy Baby Gender Predictor Test


Cool ekk..
Ada jual kat mana yer...


Sincerely...




Tuesday, April 10, 2012

Sup Ketam

Hehehe..tak buat pon lagiii. Tiba2 jer teringin..eh tipu. Dari minggu lepas dah teringin nak makan ketam.

Biasanya setiap hari Selasa memang aku request kat MKS nak pergi pasar malam Pengadang Baru. Ni sebab preggy..dia layankan lah. Dulu kalau nak pergi..kena pergi sorang2lah. Sebab MKS tak suka pergi tempat sesak2 macam pasar malam ni.

Tapi sekarang ni pon, dia cuma drop-kan aku kat tepi pasar tu jer..lepas tu tunggu & parking kat Masjid Pengadang Baru. Beli lah sorang2..dia kirim jer.

Last week nampak orang jual ketam, tapi masa tu dah beli banyak makanan..terus cancel niat nak beli. Tu yang plan minggu ni kena beli jugak ketam [kalau ada jual lah]..sebab teringin nak makan sup ketam. Tapi tak pandai masak..gagagaga ---> masak sup pon tak reti! Tak pe..nanti kita gugel resepi yer. Kalau malas..kita goreng jer, pon sedapppp. Janji dapat makan ketam.

Tapi...ai konfius. Ketam mana yang sedap yer...
Yang berkulit biru ni ker....
Atau yang berkulit merah ni?

Ada chef nak bagi cadangan? Plezzz...




Sincerely...

Amalan

Ramai yang tak tau/tak pernah dengar pasal selusuh pangan yang aku cite hari tu. Aku pon 1st time makan. Kalau my SIL tak bagi..agaknya sampai bila2 pon tak tau. Ilmu baru untuk kita semua..orang2 tua ni penuh dengan petua dan amalan. Selagi tak bertentangan dengan ajaran Islam..kita turutkan jelah. Amik hati..

Aku ni dah lah duduk sorang2. Mak tak de..mak mertua pon tak de. So memang SIL yang amik berat pasal pregnancy aku ni. Bila dia suruh amalkan itu..amalkan ini, aku ikut jelah. Dia banyak pengalaman..anak pon berderet..hehehe.

Semalam aku, MKS, waiz, dan dua orang SIL [Kak Mah & Kak Nah] pergi ke Dungun. Nak melawat mak saudaranya..sakit. Dah dua kali masuk hospital Dungun tu, baru berkesempatan nak pergi ziarah. So semalam aku half day je lah. Sampai Dungun pukul 3pm, nasib baik mak saudara MKS tu dah keluar hospital. Jadi kami ke rumah anaknya je lah. Melawat di sana.

Melawat kat rumah ni selesalah sikit..bolehlah duduk lama sikit. Sembang2 dengan pak saudara & sepupu MKS. Dan sempat jugaklah mintak tolong ke Ayah de [Pak saudara MKS] buatkan air selusuh untuk aku & menantu Kak Mah.

Masa aku mengandungkan waiz dulu..Ayah de jugak yang tolong buatkan air selusuh ni. Tapi balance air tu..aku tak simpan. Tak ingat letak kat mana. Kak Mah sampai membebel kat aku..'tak nak mengandung dah ke, nape tak simpan air tu'. Hehehe..manalah aku tau air tu boleh simpan lama. Tambahan pulak masa tu tak tau bila ada rezeki nak timang anak lagi..kan. Tak pelah, baki air selusuh kali ni aku simpan lah..insyaallah.

Oh ya, selain tu nak share jugak amalan lain yang Kak Mah aku ajar. Selain makan ulam selusuh pangan tu...dia suruh amalkan doa nabi Yunus. Yang ni..Kak Yus pon ada komen kat n3 sebelum ni. Terima kasih yer kak..alhamdulillah, memang wida amalkan. Biasanya lepas setiap solat..aku baca 40x doa ni.

Dan kalau ada masa lapang..boleh jugak baca doa nabi Yunus ni.
Selain tu, Kak Mah ajar..masa mandi tu..amalkan minum air dari hujung rambut kita. Sape yang rambut panjang tu senang lah..macam aku ni, rambut pendek..Kak Mah suruh tadah dengan cawan..hihihi. Bukanlah minum sampai segelas..sikit jer. Buat syarat..seteguk pon jadi. Katanya nanti senang nak melahirkan. Tapi aku selalu tak ingat nak buat. Lagi satu..tak lalu nak minum air paip macam tu jer.

Lagi satu..minum air bunga kacip fatimah. Yang ni aku dapat dari Kak Ngah [my SIL yang duduk kat Semenyih]. Dia bagi masa aku pregnant-kan si waiz. Lepas minum air tu..boleh keringkan balik dan simpan bunga kacip fatimah tu. Ada lagi dalam simpanan aku. Orang kata..susah nak dapat bunga ni, ada kat Mekah jer. Tak pasti lah pulak kebenarannya. Orang dah bagi..aku guna jelah. Tapi nanti kena pulangkan semula kat tuannya kot..sebab Kak Ngah aku tu mengandung anak ke-5 lah pulak.

Ubat homeopathy pon aku ada amalkan. Dah 7 bulan ke atas ni..amik set 'easy delivery'. Nanti dah hujung2 pregnancy..bolehlah amik selusuh homeopathy pulak. Murah je ubat ni..tak sampai RM20 pon. Kalau amalan mahal2 ni..aku pon tak sanggup, hehehe.

Sebab macam aku bagitahu b4 ni lah..sakit nak bersalin ni memang dah tentu ada. Kita usaha macam mana pon..memang dah tentu sakit jugak. Cuma bahagian masing2lah..samada teruk atau tak sakitnya tu. Itu semua ujian dan rahmat dari Allah. Tapi nanti bila dah dapat tatap anak yang kita lahirkan..terus hilang semua kesakitan kan. Percaya tak? Rasanya..hanya ibu2 yang ada pengalaman melahirkan tu je yang paham.

Sincerely...

Monday, April 9, 2012

Selusuh Pangan

Hari tu Kak Mah [my SIL] yang bagi ulam selusuh pangan ni. Katanya dah 7 bulan elok lah makan. 2 hari jugaklah aku peram dalam peti sejuk tu..baru berani nak makan.

Bukan makan daunnya..tapi yang hujungnya tu, yang kaler purple. Hiris halus2 macam kita mayang bawang..makan mentah2.

Ikut mulut ni..memang tak lalu nak makan. Tapi sebab Kak Mah dah paksa makan..turutkan je lah. Biar senang nak bersalin katanya..hiks.

Rasanya memang tak sedap..nak cite pon susah. Tapi memang tak sedaplah!

Ni 1st time makan..dulu masa mengandungkan si waiz tu Kak Mah lupa nak bagi aku makan ulam ni [fuh nasib baik]. Tu yang macam susah je nak beranak kot..haha.

Orang mengandung ni..macam2 usahalah yang dibuat untuk senang proses bersalin nanti. Tapi tu bahagian masing2 lah..ada yang senang, ada yang susah kan. Aku ni..mintak2 lah senang. Sebab dah ada pengalaman masa lahirkan waiz dulu..so kita tau lah sakitnya macam mana kan. Bila teringat, aduh ngerinya..antara hidup dan mati.

Hari ni..insyallah, MKS nak usahakan air selusuh untuk aku. Nak mintak dengan pakciknya..kat Dungun nun. Harap2 dapat..amin.


Sincerely...

Saturday, April 7, 2012

Pregnancy Week 31

The Mom:

You can check on your baby by keeping daily kick count charts. This is done by recording the first 10 movements you feel each day. If you notice that baby's movements are becoming less frequent or if they stop altogether, you should contact your doctor. ----> Bab ni lah aku paling malassssss nak tanda kat buku merah tu. Tapi demi mu baby..mama jadi orang skema, buatlah jugak..huhu. Saya yang menurut perintah misi..hiks.

You are also probably experiencing Braxton Hicks contractions. There are practice contractions, that aren't painful, but can be uncomfortable. You acutally have these practice contractions throughout your pregnancy, but aren't aware of them ususally until the final weeks. These contractions also help draw up the cervix and thin it for labor. ------> Braxton Hicks!! Memang sekarang boleh rasa dah yer? Sebab aku ni selalu lah rasa macam nak terrrberanak kadang2 tu. Semput tau.

The Baby:

While baby's lungs still aren't mature yet, most of his other body systems are completely developed. His nerve cells and connections are functioning, and he can feel pain. You can even make him move if you push on your abdomen. He's almost 18 inches long, and weighs almost 3.5 pounds. ----> Baby ni, dulu bukan main shy2 lagi. Senyap jer. Aku ingat kalau baby girl memanglah dia tak seaktif baby boy kan. Tapi sekarang...uiitt..sama jugak cam waiz dulu. Berdebak debukk dalam perut mama ni. Tiba2 datang perasaan..anak lelaki jugak ker ni?

Tak buat pon ultra sound..kena cari masa gi klinik gak nanti ni. Kat Kuala Terengganu ni susah nak cari yang 3d or 4d. Penat aku usha..ada sape2 yang tau klinik mana ada buat scan 3d? 

Sumber : sini

Sincerely...

Friday, April 6, 2012

Nasib anak..

Rentetan luahan hati ini.

Terima kasih pada teman2 yang memahami. Memang ni lah nasib pada ibu2 yang bekerjaya ni kan. Untuk mencari sesuap nasi..kena tinggalkan anak. Rasanya ramai lagi golongan ibu2 kat luar tu yang alami masalah macam aku ni. Cuma aku ni baru nak alami..tu yang macam kecoh sikit. Padahal orang lain relax jer..hihi.

Setakat ni memang tak decide lagi nak hantar waiz kat mana. Tapi memang ingat nak cari nursery yang ada taska & transit sekali. So senang..tak payah nak tukar banyak2 kali kan.

Dulu sebelah ofis aku ni ada nursery & taska Syaz..tapi dah pindah lah pulak sebab owner nak bangunan tu balik. Sekarang ni pindah jauh sikit dari ofis aku..tapi still di area Panji Alam.

Option satu lagi..seberang ofis aku. Nursery, taska & transit An-Najwa. Yang ni aku tak survey lagi. Tak tau lah okey ke tak. Sekarang ni tunggu kata putus dari MKS jer..samada nak hantar waiz kat ofis aku atau di Chendering. Kat Chendering tu memang banyak pilihan..rasanya ada lebih 5 nursery. Tapi kalau boleh..kena cari nursery yang bukak hari Sabtu. Sebab kitaorang kan kerja. Emm..

Bak kata kak Rasp..ni lah dilema ibu bekerja. Yes..setuju 100%. Ni dari situasi aku sendiri lah. Bayangkan..waiz duduk lagi lama dengan pengasuhnya. Biasanya aku hantar paling awal 7.30am sehingga 5.30pm [10jam!!]. Manalah budak tu tak manja dengan Tok Minya? 10 jam berkepit dengan Tok Mi.

Dulu aku selalu lah sedih..sebab apa2 perkembangan waiz mesti Tok Mi yang tau dulu. Time amik waiz lepas abis kerja..mesti Tok Mi cite, 'waiz pandai mengiring' 'waiz pandai merangkak' ' hari ni waiz pandai sebut bla bla...'

Waaa...sentap aku tau. Tapi lama2 tu Tok Mi tak cite dah kat aku. Agaknya dia perasan perubahan air muka aku bila dengar perkembangan waiz tu kot. Yelah, ibu mana tak sedih kan..patutnya ibu lah orang pertama yang perasan perkembangan anak ni. Tapi dah ibu sibuk kerja...emm.

Okey..bila dah amik waiz. Masa yang diluangkan bersama dari 5.30pm - 10pm [4 1/2jam sahaja]. Sebab waiz ni memang tido awal..biasanya dalam pukul 10 malam tu dah tumbang. Tu kalau dia tido petang lah. Kalau kat rumah Tok Mi dia tak tido..alamatnya pukul 7pm tu dah pengsan!

Aku ni duduk rumah pon..bukannya boleh mengadap dia jer. Kerja rumah pon kena siapkan jugak. Biasalah ibu2 ni kan..walaupon ada bibik, tak kan tak masuk dapur langsung or tak kan tak buat kerja rumah sikit. Kena lah amik tau. Cam aku yang tak de bibik ni? Kena lah buat sendiri.

Tu pon nasib aku tak masak..kalau kena masak? Amik masa sejam jugak [lainlah masak meggi..2 minit dah siap]..kalau masak dari 4 1/2jam tu, tolak sejam..tinggal 3 1/2 jam je masa boleh luangkan dengan waiz. Nak solat..mandi..tolak 1/2 jam lagi, tinggal 3 jam!

Kadang2 tu aku rasa kurang 3 jam aku luangkan masa dengan waiz..kesian anak mama. Nak buat cam ner, ni lah nasib anak2 yang ibu2nya bekerja. Nak harapkan wiken..aku cuti hari Jumaat jer. Tu pon banyak bereskan kerja rumah..kadang2 rasa bersalah pulak sebab abaikan si waiz tu..huhu.

Agak2nya..korang alami tak perasaan macam apa yang aku hadapi sekarang?


Sincerely...

Thursday, April 5, 2012

Dipersimpang Dilema Lagi..

Pasal waiz lah..

Tak lama lagi kan aku nak bersalin..nanti adik si waiz ni aku nak hantar ke Tok Mi (pengasuh waiz) untuk dijaga. Rasanya dah biasa dengan Tok Mi ni..aku senang dengan cara dia jaga waiz. So kalau boleh memang nak hantar si baby ni kat dia jugak. Tapi masalahnya..dia tak boleh lah jaga dua2 [waiz & baby]. Sebab sekarang ni pon dia jaga cucu dia jugak. Katanya tak yakin nak jaga 3 orang budak dalam satu masa.

So rasanya terpaksalah akur dengan keputusan Tok Mi. Waiz kena hantar kat tempat lain lah..huhu. Sape yang biasa baca blog aku mesti tau..dulu2 pon aku pernah try hantar waiz kat nursery, tapi tak jalan. Asyik menangis jer. Kali ni kena tegas sikitlah nampaknya..kalau nangis pon kena buat hati kering jugak.

Sekarang ni memang aku & MKS tengah mencari-cari nursery yang sesuai untuk waiz. Masih dalam pertimbangan samada nak hantar kat nursery di Chendering [tempat kerja MKS] atau nursery area bandar KT [tempat kerja aku].

Tak taulah macam mana perasaan si waiz & Tok Minya nanti bila berpisah..mesti sedih. Diaorang tu manja dan rapat sangat. Tok Mi tu antara waiz & cucunya sendiri..lagi di layan dan sayang kat waiz. Dari umur waiz 2 bulan dia dah jaga. Faham apa yang budak tu suka..apa yang di takut. Sampai sekarang..waiz dah 3 tahun pon, asyiklah di dukung budak tu. Padahal Tok Mi tu bukannya kuat sangat..

Aduhai...

MKS kata..nanti baby dah sebulan, bolehlah start hantar waiz ke nursery. Sebab bulan kedua tu nak hantar baby ke Tok Mi pulak. Harap2 waiz nak lah duduk nursery..sebab nanti dia 4 tahun memang kena hantar ker taska jugak kan. Semalam MKS dah mintak surat beranak waiz..nak tanya kat Yayasan Islam Terengganu kat Chendering tu, samada pendaftaran kemasukan untuk pelajar 4 tahun di buka atau tidak.

Taska untuk belajar dah cari..tapi nursery ni masih kabur lagi. Kadang2 tu rasa nak berhenti kerja jer..senang. Boleh jaga anak2 kat rumah..emm. Apa2 hal pon..mintak Allah permudahkan urusan kami. Dan bukakan hati si waiz tu supaya terima persekitaran baru kat nursery nanti.


Sincerely...

Wednesday, April 4, 2012

WW - Saya Garang!

Hehehe..betul ker?

Sincerely...

Tuesday, April 3, 2012

Bersiap Sedia


Hari tu bising2 kat MKS..beg baby tak beli lagi, barang nak pergi hospital tak packing lagi. Nanti kalau tiba2 nak terrrrberanak..awak packing sendiri yer. Menggelabah mamat tu..tau dah, dia mana reti nak kemas2 baju baby ni.

Cepat2 ajak aku pergi beli beg..hiks. Alhamdulillah..beg dah siap. Saje beli yang besar sebab mama nak tumpang baju mama sekali..hehe.

Time nak beli tu..aku dok usha2 kaler pink. Ingat nak amik beg kaler pink. Tapi MKS tak bagi..cepat kotor katanya. Amik yang kaler gelap..huhu. Takpelah..janji ada.

Dalam beg tu aku isi baju baby, barut dia, selimut yang ada hood tu, sabun, bedak & minyak dia, pampers, wet tissue, sarung tangan & kaki, tuala.

Pastu tumpang my towel, baju & kain batik, pakaian dalam, pad, set mandian, stokin, tudung dan plastik baju kotor.

Bakul untuk isi termos, sudu, cawan & makanan [penting ni!] tu aku asingkan..ni kalau terpaksa kena duduk wad lama lah. Kena prepare jugak. Oh ya..telekung pon jangan lupa bawak yer. Wajib solat selagi kita tak melahirkan..

p/s: Dah sarat ni..buku merah kena bawak sokmo yerr

Sincerely...

Monday, April 2, 2012

Muka Ada Senyum..

Lama tak membebel kat sini..banyak 'kerja'. Kalau tulis 'kerja' tu..bukanlah kerja betul2 yer. Main jer..

Aku ni kalau buat 'kerja' tu..tak lain tak bukan melayan cite korea lah. Sampai tak de mood nak updated blog. Tengah layan cite The Moon Embracing The Sun..cite raja korea zaman dolu2. Best jugak..dah terrrtengok episod 1, memang melekat lah sampai ke sudah kan.

Ok stop. Ni nak cite sebab apa aku tersenyum sorang2 pagi ni. Pagi tadi cek kat Klinik Desa..alhamdulillah dah 30w+4/7. Ikutkan kena pergi KK Hiliran sebab weight tak naik2. Statik jer kat 82kg tu..tapi misi tu buat pejam mata je kot..dia pon tau aku ni malas nak jumpa2 doktor. Sebab cek ukuran rahim ni okey jer.

Time sembang2 dengan misi tadi, dia katalah..'saya rasa anak awak perempuan'. Hiks..nak melompat kegembiraan rasanya time tu. Tanyalah dia..kenapa cakap macam tu. Dia kata tengok muka aku ni bersih jer, pastu ceria..mesti perempuan. Alahai..harap2 betul seperti yang dikata tu.

Nak percaya 100% tu idok lah..doktor yang scan guna alat canggih tu pon tak pasti jantina baby ni. Inikan pulak misi yang main teka melalui muka & bentuk perut aku jer. Tapi suka jugaklah bila ada orang teka baby ni perempuan..tu yang muka ada senyum..hiks.

Okey..sambung kerja.

Sincerely...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal