Sunday, July 31, 2011

Jom Niat..

:: From Google::

Sincerely...

Saturday, July 30, 2011

BE Ketujuh..TQ NUFFNANG

Tak sempat nak buat n3..BE 'unilever Vasaline' tu dah jadi ME!

Tapi sebab aku tak buat lagi penghargaan kat Nuffnang...aku post jugak lah n3 ni walaupon BE tu dah jadi ME. Sempat kumpul 66 sen jer. Beli aiskrem pon tak lepas! Waaa...

BE 'Mamil Gold' tu still ada lagi..


Sincerely...

Friday, July 29, 2011

Main Pasir

Ooo..suka yer dapat main pasir. Kat pantai mana tu? Bukan Pantai Batu Buruk, Pantai Chendering pon bukan..Pantai Teluk Ketapang jauh sekali!

-

-

-

-

-

Ni main pasir kat depan rumah! Kemaruk sangat nak main pasir lah tu..kesian. Ntah ada taik kucing ke, taik lembu ke, taik ayam ker..ikut suka dia jer! Grrr..

Hari biasa tak dapatlah papanya nak bwk gi pantai..hari cuti boleh lah. Tak pe kali ni jer mama bagi can. Time mandi nanti, mama sental badan kaki tangan kamu dengan sabut!

p/s : pas ni tak leh bg budak ni main pasir tu..abis berkudis!

Sincerely...

Thursday, July 28, 2011

Parking Bertingkat

Kat KL banyak kot parking bertingkat cam ni..tapi kat Kuala Terengganu baru ada. So bagi can aku menjakun ek..hehe.

Biasanya parking kat bawah jer..tapi bila dah penuh, terpaksa jugak pergi parking bertingkat ni. Kalau kereta aku sendiri memang tak berani lah nak masuk parking ni..masa ni aku naik kereta  ofismate.
Nasib baik ada penjaga kat situ..dia yang ajar nak picit button kat situ. Oh kacang jer..pas ni leh buat sendiri. Bayaran RM2.50/h. Kalau parking biasa kat bawah tu RM2.00 jer.

p/s: Orang KT..ni parking kat Batas Baru tu.



Sincerely...

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday #2



Sincerely...

Wordless Wednesday #1


Sincerely...

Kopi Kencang!

My ofismate yang jual..so ai try lah. Dengar2 leh awet muda dan mantopskan badan...hiks.

Menjadi ke tak..kita tengok resultnya bulan depan yer. Tapi tak tau lah aku mampu beli ke tak. Sekotak tu RM20.00 untuk 10 sachet. Ni pon MKS yang suruh beli..tak pe, nanti kita claim kat dia balik!

Cocoa Collagen Power Plus mengandungi :

1. Marine Collagen : Membantu mengimbangi hormon, mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit.
2. Kacip Fatimah : Membantu merapatkan otot-otot rahim, faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri.
3. Lobata : Membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payu dara serta punggung.
4. Krimer bukan tenusu : Membantu meningkatkan daya kesihatan anda.
5. Dextrose Monohydrate : Melambatkan proses penuaan.
6. Oligo Saccharide : Menyahkan toksin dan meningkatkan sistem dalam badan.


Kebaikan dan Khasiat :

1. Membantu mengimbangi hormon.
2. Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut.
3. Mencantik, menghalus dan menggebukan kulit.
4. Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung.
5. Melambatkan proses penuaan.
6. Merapatkan vagina dan mengeratkan hubungan suami isteri.
7. Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah.
8. Mencerahkan kulit secara semulajadi.
9. Memberi tenaga.
10. Membantu mengurangkan keguguran rambut.
11. Melancarkan peredaran darah dalam badan.
12. Mengimbangi berat badan.
13. Meningkatkan daya penghadaman.
14. Mengurangkan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot.

sumber : sini

Sincerely...

Tuesday, July 26, 2011

Makan Free!

Alhamdulillah..brekpes pagi tadi my ofismate belanja makan pulut kuning. Sempena meraikan kejayaan tuntutan mahkamah [kes tuntut hutang dari sorang customer ni]. Nak cite lebih2 pon aku malas..sebab benda dah settled, so kita abaikan jer lah. Yang penting dapat makan free..hehe

Lunch ni kitaorang ada jemputan dari salah satu ahli co. kitaorang kat Chendering. Memang co. tu biasa buat makan2 before puasa ni..agak2 menu apa yer?

Okey..nak gerak dah ni. Bye!

p/s: hari ni duit belanja makan jimat RM10.00..duit minyak pon pon jimat sebab hari ni MKS suruh bawak kereta dia, hehe...

Sincerely...

Bizi...aku Capek!

Rasanya sejak akhir2 ni memang aku jarang update blog. Draft entry yang tinggal pon tak banyak..punyalah tak sempat nak taip dan mengarang. Padahal banyak cite yang berlaku sepanjang minggu ni..banyak cite yang nak di share-kan.

Dah lah kerja kat ofis ni tak pernah surut...asyik bertambah jer...capekk lorr. Eh, tapi don't worry yer..rumah korang tetap aku terjah hari2. Dari korang lah aku tau cite2 terkini..nak harapkan baca newspaper & tengok berita..memang tak sempat!

Minggu lepas aku bizi dengan akaun yang nak di hantar audit..now, draft audited akaun tu dah keluar. Boss aku pon setuju..so tak payah nak ubah2 apa2 lagi..alhamdulillah. So sekarang tengah mencari date yang sesuai untuk meeting perbentangan draft audited akaun. Tak tau lah sempat ke tak nak buat b4 puasa ni.

Kena cepat2 siapkan semua kerja ni. Nanti raya..ai nak cuti panjang. Tak mau serabut pikir hal kerja, nak cuti puas2!

p/s : ada lagi yang tak abis ganti pose?

Sincerely...

Sunday, July 24, 2011

Tempoyak..1st time buat!

Tak pernah makan tempoyak..so tak tau kesedapannya
Tak pernah buat tempoyak..so tak tau resepinya

Hari tu MKS bawak kakak dia (Kak Mah) dan pengasuh waiz (Tok Mi) pergi beli durian kat Pasar Payang. Kalau naik 'gajah itam' MKS tu boleh borong durian banyak2. Setakat 4-5 bakul tu..insyallah muat. Dan yang bestnya..tak payah susah hati kereta berbau durian.

Tapi malam kitaorang pergi tu..hujan lah pulak! Tak dapat lah aku nak turun. So Kak Mah dan Tok Mi jer yang turun. Dekat 30 minit jugak lah diaorang membeli. Sampai MKS cakap "ni tunggu durian jatuh ker, beli durian ni..lamanya". Dari waiz jaga..sampai tertido budak tu.

Dah siap diaorang membeli durian..aku cucuh2 lah MKS  beli durian musang king untuk aku [FYI, MKS ni kurengg sikit makan durian...so susah sikit nak menyuruh dia membeli] Tapi dah susah2 datang Pasar Payang tu..berjam tunggu dalam kete, tak kan tak nak beli kan?

So MKS beli lah jugak sebijik untuk aku. RM 10.00 sebijik.. dapat free 2 biji durian yang kecik2 tuk buat tempoyak. Heran aku dengan MKS ni, durian tak makan..tempoyak bukan main suka lagik!

Mula-mula aku tanya Tok Mi cara2 nak buat tempoyak..katanya letak garam kasar jer. Pastu tanya pulak dengan kak ipar aku sebelah rumah ni, katanya letak garam kasar dan simpan dalam botol kaca.

Oooo senang jer, boleh lah buat...jeng jeng jeng
Dua biji durian free tu..dapat lah setengah botol nescafe. Okey..simpan dalam peti sejuk dulu.

Eh nak peram berapa lama ni? Bila boleh makan tempoyak tu yer? Tak tau lah aku leh telan ker tak..tapi tak cuba tak tau kan.

p/s: aku dari dulu mmg kureng sikit makan makanan yang berperam cam budu, tempoyak, cencalok, perkasam ni. Sebab mesti terbayang ada ulat bila peram lama2..hehe

Sincerely...


Saturday, July 23, 2011

Hari Keputeraan Sultan Terengganu

20hb semalam cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu. Aku ingat satu Malaysia cuti..rupanya Terengganu je yer, hiks.

Jalan2 bawak waiz tengok lampu2 cantik kat Pulau Warisan dan Dataran Shahbandar. Tak ramai orang pon kat bandar. Maybe kitaorang kuar awal kot. Pas maghrib terus kuar..

Kat Pulau Warisan, papanya tak bagi waiz jejak tanah. Tapi kat dataran shahbandar ni..puas berlari lah budak tu.

Okey-okey..bersiap sedia nak lepaskan budak ni.

Sebab tak ada apa-apa aktiviti yang best, MKS ajak pergi tengok orang jual kat Dataran Shahbandar tu. Semua barang2 sama jer..handbag, spek, baju, tudung, kasut, dan mainan.

Bosannyaaaaa..

Sincerely...

Friday, July 22, 2011

Budak Ni Nak Adik..hehe

Kemaruk isap jari kaki sendiri. Ntah pijak tahi cicak, debu, tanah, pasir..yaks! Sedap jer budak ni isap jari kaki dia sendiri.

Orang tua2 kata, kalau budak tu isap jari kaki..maknanya dia nak dapat adik. Boleh caye ker?

Tapi waiz ni..dari umur dia 4-5 bulan dah isap jari sendiri. Kadang2 kalau mengigau tu..ibu jari aku pon di isapnya! Sampai sekarang tak kuar2 pun adiknya..hehe [perut mama ni memang mengandung sepanjang tahun!]


Sincerely...

Thursday, July 21, 2011

I - City Kuala Terengganu

Eh ada i-city jugak ke kat Kuala Terengganu ni? Adaaaa....kat Pulau Warisan nuu.
Tapi tak meriahlah cam kat i-city Shah Alam tu! Ceh ayat macam pernah sampai jer kat i-city SA. Tak pe tak per, balik raya nanti aku gi.
Sebelum ni padang pulau warisan ni dah macam padang jarak padang terkukur aku nengoknya..ni dah ada lampu, cantik sikit. Sikit jer lah.

Aku rasa kalau jalan kat situ di tar..lagi okey kot. Ni tak..berpasir berdebu. Semput aku...hehe
Amik gambar sekeping dua..bukan senang nak sampai ni, ngeh ngeh. Mula-mula amik gambar okey lagi budak kecik tu senyum.
Lama-lama, mula memberontak nak turun tanah...
Fenattt aku dukung budak tu. Papanya tak bagi dia jejak tanah..dah lepas nanti, susah nak mengejornya!

Budak kecik tu bukan boleh tengok tanah lapang cam tu..suka2 hati dia jer nak berlari.
Ada orang kat situ rupanya...[model tak berapa nak cerah, hehe]

Sincerely...

Wednesday, July 20, 2011

Waiz di Pantai

Dah nama pon duduk Terengganu..memang tak dapat dipisahkan dengan pantai, laut & pasir lah kan. Ni video Waiz cari kulit kerang kat Pantai Batu Buruk.

Video arkib..tak ingat zaman bila amik, keh keh.


Sincerely...

Tuesday, July 19, 2011

Zivilia - Aishiteru


Mula-mula dengar lagu ni macam menyampah..
Sebab ala-ala gagap nak menyebut 'ashiteru' tu
Lama-lama..suka ko, padan muka kena sumpahan!

Aishiteru ni maksudnya I love You ker?

Sincerely...

Monday, July 18, 2011

Sekali Lagi..

Nampak tak tu...
Tuuuuuuuuuuuuuuuuu..
Cite 'sekali lagi'...

Tak reti nak download2 ni..pastu kena extract lah files tu. Aku memang failed lah bab2 IT ni..mujur my ofismate ada. Dia yang download..Pastu send ke computer aku..berehhh

Tapi tak tengok lagi..nanti dah tengok aku cite kat korang ek. Tu pon kalau aku rajin lah..kihkih

p/s : abaikan tebiat menjakun aku ni..orang lain dah berzaman tengok cite ni, ko baru nak kecoh!

Sincerely...

Tazkirah : Air Tangan Orang Tak Solat

Sebagai peringatan kepada diri aku sendiri..
Semoga memberi manfaat pada kita semua, amin.

************************************************************************

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."




Sincerely...

Sunday, July 17, 2011

Macam Mana Nak Buat Screen Shot

Hari tu, masa aku post  entry screen shot tu..ada gak kawan2 yang tertanya-tanya cam mana nak buat. Aku ni tak reti nak mengajar orang..kang salah ajaran, pitam pulak henset korang tu.

Aku reti pon sebab sorang blogger ni yang ajar..so korang tengok jer lah kat blog dia yer. Ikut jer step2 yang dia ajar tu..mesti jadik lah.


p/s: Tak baik kedekut ilmu..sharing is caring

Sincerely...

Hangatnya HOT FM

Tak tau menahu pon yang Hot FM ni nak datang Terengganu..kebetulan semalam aku pergi Mydin Mall nak beli barang, tengok ada ramai orang. Rupa2nya semua orang serbu ke DJ2 Hot FM tuk amik gambar & sain autograf.

Sori lah, ai tak berapa dengar Hot FM ni..so tak tau lah nama DJ2nya kecuali si Fafau, FBI, AG, Kieran & Bong (tak tau namanya ape..tp dia berlakon cite Bong). Ada beberapa orang lagi selebriti kat situ..tapi aku tak tau namanya kecuali si Black Mentor tu..hehe. Nak kepochi sangat, tapi nama retis tu pon ko tak tau kan! Hahaha...
Ramainya orang beratur nak amik gambar & amik sain DJ2 tu..aku amik gambar ala kadar jer. Sebagai bukti..kang korang kata aku propa jer kan. Aku tak koser lah nak berhimpit-himpit kat orang ramai tu. Lain lah kalau Lee Min Ho yang datang!
Dari kiri si Black, retis ke DJ ke..aku tak kenal, dan si Fafau.

Eh cantik gak si Farah ni yer. Oh ye masa ni..si Black ni boleh cium si waiz tu. Habis ternoda anak ai..hehe.
Wak Kieran ni..asyik bercakap sana sini. Tak menjadi gambar aku.
Ni pulak si FBI..elok jer pandang masa aku nak amik gambar. Tapi Wak Kieran still bercakap lagi!
Wooo...budak kecik ni tak selesa. Bising..ramai orang. Jom lah, kita makan dulu. Mama dah terbayang-bayang nasik lemak KL ni..ish

Sincerely...

Saturday, July 16, 2011

Mesej


Sejak2 reti guna screen snap ni..hehe. Nak jugak menjakun...

Dulu mesej bergambar cam ni glamer lah, penuh simpan dalam inbox. Mesej ni aku dapat baru2 ni..sepupu aku yang bagi. Lama senyap..tiba2 hantar mesej. Rindu kat aku lah tu..hiks

Comel..

Sincerely...

Friday, July 15, 2011

Report Card

Amik kat Facebook..

Gred B jer..haha. Kalau kat sekolah dulu, mesti frust menonggeng kalau tak dapat A. Bosan dengan FB sekarang ni. Bukak sekali sekali jer..hehe


Sincerely...

Thursday, July 14, 2011

Gegirl in The House

Anak my ofismate..Kak F.

Kitaorang baru berkesempatan tengok baby dia hari Sabtu hari tu. So pinky..syoiknya dapat baby girl kan.

Namanya Auni Khairina Bt Khairuddin. Lahir pada 17hb Jun 2011. Berat 2.38kg..kecik jer kan. Tapi masa aku gi tengok tu..dah besor sikit. Dah besar nanti mesti slim macam umi dia jugak..hehe
Asyik tido jer..

Biasalah, budak dalam pantang ni..kerja asyik tido dan minum susu jer kan. Tunggu lah dua bulan nanti, dah pandai main..

Puas hati dapat gomol, peluk cium budak kecik ni...hehe
Tido pon bukan main bergaya lagi yer..

Auni, jadi anak solehah yer..

Sincerely...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal