Saturday, April 30, 2011

Prince William and Kate Middleton

- Budak2 bawah umur sila tutup mata anda! -
Gara-gara wedding's Will & Kate..MKS melekat depan tibi dari pukul 4pm-7pm. Tak kuar kitaorang semalam tau! Biasanya lepas Asar, MKS akan bawak kitaorang pergi jalan2 makan angin. Bawak budak kecik tu jalan2 kat pantai ker, shopping ker. Tapi semalam..nan hado!

Sejak bila abang suka Will & Kate ni? Kesian waiz terperuk kat rumah satu hari.

Sincerely...

Kenangan..Part 2

Sambungan dari Part 1;

Antara kenangan yang aku nak share kat sini ialah perkataan yang sama tapi membawa maksud yang berbeza.

1) Kopek - bermaksud kupas (contohnya kopek buah durian, kopek bawang). Tapi kat Terengganu ni bermaksud anggota tubuh wanita iaitu breast. Aku ada pengalaman yang memalukan dengan perkataan ni masa mula2 duduk Terengganu dulu. Sampai sekarang teringat lagi tau.

Masa tu aku teringin nak makan durian. Biasanya masa musim durian ni, petang2 ramailah orang jual kat depan Pasar Payang tu. So request dengan MKS nak makan durian. Masa MKS tengah beli2 tu..aku dari dalam kereta dah terjerit-jerit "bang, kopek terus yer durian tu". MKS dah jeling masa tu..pakcik2 kat situ pon asyik sengih2 jer. Aku ingat diaorang gelakkan aku sebab nampak aku ni macam orang jakun tak pernah nampak durian jer. Bila MKS masuk kereta..

MKS : Tau tak kopek tu ape?
AKU : Ape?
MKS : Ni ni..(Sambil tunjuk breast aku)
AKU : Mana orang tau..orang suruh kopek durian tu.
MKS : Lain kali jangan sebut dah!
AKU :http://www.cute-smiley.com (Sentap wei..aku ni memang cewek sikit)

Tapi sekarang bila aku balik kampung Sabak Bernam, dengar je orang sebut 'kopek' terus sengih2 malu sambil tutup dada..hehe motip?

2) Musang - Sejenis binatang. Tapi kat Terengganu ni bermaksud garang/panas baran. 
Masa mula2 tu..aku terkejut bila orang kata aku ni 'musang'. Aku ingat orang tu menyumpah seranah kat aku. Sampai kata ke aku ni binatang. Tapi bila dah tau maksudnya..baru tau..hehe.

3) Telekung - Baju sembahyang, tapi kat Terengganu bermaksud anak tudung.
Kadang2 konfius gak..sebab orang luar memang sebut baju sembahyang tu telekung. Selalu tertukar perkataan ni. Pernah masa mula2 kawen..MKS bawak aku melawat makcik dia. Time tu nak tumpang solat Asar. So aku mintak lah nak pinjam telekung..sekali dia bagi serkup (anak tudung). Sedangkan dia nampak kat atas kepala aku memang tengah pakai serkup tu. Tak kan nak pakai serkup 2 lapis kot.

Sejak tu baru aku tau yang orang Terengganu panggil kain telekung tu baju sembahyang. Serkup tu telekung. Hah..nampak cam pening kan? Tapi lama2 duduk sini..paham dah.


Sincerely...

Yana Yassin 1st Giveaway

- Klik Sini Untuk Join -
Dapat tag ni dari sis Amy, last minute buat ni..hope memenuhi syarat2nya.

Nak tag:
Lily
MJ
PCL

Tak tau lah korang sempat buat ke tak..hari ni due datenya.
Sori..kita pon baru kena tag ni.


Sincerely...

Friday, April 29, 2011

Kenangan..Part 1

Hampir 5 tahun tinggal dan bermastautin kat Terengganu ni. Banyak kenangan aku sepanjang duduk kat sini. Ada kenangan manis..ada yang pahit, kelat masam masin..semua ada! Paling aku ingat..ada lah bahasanya. Yelah, orang Selangor cam aku ni mana ada loghat/dialek. Bahasa jawa ada lah..tu pon tak reti jugak. Siji loro telu je aku khatamhttp://www.cute-smiley.com

Seingat aku, tahun pertama duduk di Terengganu ni memang tak paham apa orang2 cakap. Terutamanya orang2 tua/lama lah. Budak2 dan orang muda..aku paham lah jugak. So nak mengelakkan orang ingat aku ni sombong, biasanya aku senyum dan angguk je bila diaorang bercerita. Nak ikut bersembang, memang tak boleh lah. Elok2 jer orang cite pasal benda lain..aku paham lain. Tak ke haru tu.

Dan pada pendapat aku (pada masa tu) bahasa Terengganu ni agak kasar berbanding bahasa kelantan. Sama kasarnya dengan bahasa utara. Aku pernah duduk Perlis 3 tahun masa belajar kat UiTM Arau dulu. Bergaul dengan orang utara yang asyik cakap 'hang'..aku rasa cukup kasar. Aku ni nampak jer ganas..tapi dalam hati ada taman lorr. Tapi lama2 boleh lah terima dengan bahasa utara tu. Samalah jugak dengan orang Terengganu, bila cakap 'mung'..aku rasa kasar sangat. Padahal tak ada apa2 pon..memang bahasa diaorang dah cam tu. Sekarang aku bahasakan orang..'mung' jugak. Siap berdengung lagik!


p/s: tak kisah kita asal utara, barat, timur or selatan..masing2 ada 'trademark' tersendiri. Bangga dengan diri sendiri sebab dapat belajar bahasa & budaya orang utara & timurhttp://www.cute-smiley.com

Sincerely...

Thursday, April 28, 2011

Cari Apa Tu?

Sebelum ni tak pandai pon nak tengok analytic & keyword ni. Nasib baik lah Hany sudi ajarkan. Siap buat tutorial lagi. Tq yer Hany. Wida bab2 IT ni memang lembabss sikit.
Nak tau jugak..ape yang korang tercari-carik dalam blog aku ni. So far, tak ada yang pelik-pelik atau pon yang berbaur lucah. Keywords biasa2 jer. Tapi 'gong xi dc di' tu apa yer? Sapelah gerangan yang mencari perkataan tu ek.
'Norwidadi'?..eh tu nama penuh aku lah. Jangan korang ingat nama benda, tempat atau buah pulak ek. Pelik? Orang jawa ko..gitu lah namanya. Ada orang jawa sini?
Mostly from Malaysia..orang Brunei paham lah apa yang aku tulis a.k.a merepek dalam blog ni. Tapi yang dari US tu..paham ker? Sape nak tolong jawab tu. Tetttt..

Eh, teringat masa kecik2 dulu..selalu berangan nak kawen dengan orang Brunei. Konon2nya, leh hidup senang..kaya raya. Wah..berangan tak hingat!

Sincerely...

Wednesday, April 27, 2011

Buat Mak Usu

Buat Mak Usu Waiz yang meng-request gambar budak kecik ni pakai kasut jari jemari kembang seperti kena sengat lebah! Ni gambar terbaru..amik petang semalam. Biasanya, lepas balik kerja..amik waiz. Kitaorang akan lepas dia berlari bebas kat area rumah for 1/2 or 1 hour. Sebab dekat rumah pengasuh dia..satu hari asyik terperap dalam rumah. Mesti lah bosan. So dapat lepas..bebas berlari jatuh semua..memang suka sangat  lah time tu!
Tengok tu..comel dan kelakar kan? Kalau ada lagi kasut ni..nak beli kaler lain pulak. Untuk waiz! Mamanya x sanggup nak pakai..hehe.


Sincerely...

BE Kelima..TQ NUFFNANG


Finally, setelah hampir sebulan tak dapat belaian dari nuffnang...akhirnya dapat BE dari Mamil Gold ni. Eh waiz pon suka tengok iklan dari Mamil Gold. Emm nak kena tukar susu ke ni?

Hope BE ni dapat menari & berjoget lelama kat blog sengal ni. Hari tu masa tak ada BE..cam perempuan desperate pon ada. Hari2 dok buka akaun nuffnang. Tiap2 minggu updated survey bagai..huh.

Thank you Nuffnang kerana menceriakan hari aku!

Sincerely...





Tuesday, April 26, 2011

JUVANA

Sape tengok cite Juvana malam tadi? Aku rasa si Daim tu tak bunuh mak dia lah. Tapi sebab dia tak dapat pembelaan & senyap jer masa perbicaraan tu..terus disabitkan kesalahan membunuh mak dia & kekasih mak dia. Tak pasal2 kena masuk sekolah jahat. Eh sekolah yang Daim tu masuk memang wujud dan ada kat Malaysia ni ker? Setahu aku ada sekolah Henry Gurney tu je kan?

Teringat kata warden (Bront Palare) dalam cite tu. "Sekolah ni terapkan agama & disiplin. Tanpa agama (Islam), manusia akan sesat..tanpa disiplin manusia akan jadi seperti binatang!" Nice.. --->lebih kurang cam tu lah dialog dia, aku tak ingat sangat.


Sincerely...

Runtuh...Lagik.


Credit pada sapa yang berani upload video ni kat Youtube..tepuk tanganhttp://www.cute-smiley.com
Sebab aku pon dapat video ni dari 'someone'. Bagi orang yang duduk dalam bidang pembinaan cam aku ni, memang amik kisah dengan isu2 bangunan runtuh. Walaupun kerja aku hanya jaga akaun jer..tapi kena jugak lah sipi2. Nak nak kalau benda ni berlaku kat negeri ko duduk..uhuks.

Kejadian dalam video tu, bukan berlaku kat sini. Tapi jiran kitaorang. Senang cakap..negeri sebelah. Ni lah kesannya kalau nak cut cost. Elok2 bangunan tu guna gred 25 ke atas..tapi guna gred yang lagi rendah. Memang runtuh lah! Nasib baik tak ada kemalangan jiwa. Kalau ada..awal2 dah masuk Sinar kot..hiks


Sincerely...

Monday, April 25, 2011

Yaya Azura 1st Giveaway

- Sape nak join klik banner cute ni -
Nak tag :


Sincerely...

Segmen Jom Berkenalan

Terima Kasih pada mamadiana iaitu isteri kepada PCL sebab sudi nak berkenalan dan mengenali diri aku ni dengan lebih dekat lagi. Seronoknya ber-blogging ni, walaupun tak pernah berjumpa..tapi dapat mengenali & bersahabat dengan blogger2 lain yang sporting & baik hati. 
Apakah status anda?
Berkahwin. Jangan mengada2 nak mengaku anak dara okey. Tengok shape pon orang tau kelas makcik2! Huhu. 
Suami nama MKS, anak baru sorang..Waiz.

Ceritakan tentang diri anda?
Sebenarnya ramai yang tak tau aku ni pemalu & dan sombong. Jadi jangan terperdaya lah dengan tulisan2 di blog aku ni. Nampak cam peramah & suci jer kan. Cube jumpa kat luar..konpem korang menyesal. Haha..saiko tak aku?

Aku ni manusia biasa jer. Kadang2 baik..kadang2 jahat. Kadang busuk..kadang2 wangi. Kadang2 betul..kadang2 salah. Susah jugak nak describe kat sini. Kalau aku kata yang baik2 jer..kata angkat bakul sendiri. Kalau kata jahat..korang takut nak kawan pulak. Persepsi orang jugak berbeza-beza. Ada yang suka kita, ada jugak yang tak suka kita..betul tak?

Jadi  nak aku jadi orang yang cam maner?

Cerita tentang blog anda.
Blog ni aku dedikasikan pada budak kecik tu..waiz. Tapi ntah macam mana sekarang dah jadi macam blog aku pulak! Jadi rojak dah blog ni..tak kisah lah.
Aku tulis apa yang yang suka..apa yang aku tak suka. Yang baca tu suka ke tak..aku pon tak tau. Sebab ni blog syok sendiri..hehehe.

Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Aku pon sebenarnya baru dalam dunia blog ni. Tapi yang aku jeles dan heran tu..budak2 sekolah pon dah ada blog ek. Lagi hebat dan santek dari blog aku pulak tu!

Nasihat anda pada rakan-rakan yang baru nak buat blog.
Nak ber-blog ni..kena tulis dengan ikhlas. Janganlah mengada-adakan cerita yang tak wujud tu. Aku pon masih belajar dalam duni blog ni. Kalau salah silap..harap maafkan.

Nyatakan keunikkan yang ada pada blog anda.
Tak ada apa2 yang unik dan best pon. Tapi kalau rasa2 nak tengok gambar/video budak comot & masham tu..sila lah.

Sampai bila hendak menulis blog dan impian anda dalam dunia blog.
Kita hanya mampu merancang..DIA yang tentukan segalanya. Selagi jari-jemari ni mampu untuk mengetuk keyboard, selagi idea mencuruh-curah..selagi tu lah aku menulis di blog ni.

Aku harap dapat berkenalan dengan ramai orang lagi di dunia maya ni.

Tag rakan2 yang anda nak kenal sangat..
Blogger yang sejak akhir2 ni rajin mengomen di entry aku. So nak kenal korang dengan lebih rapat..boleh tak  sis ieda, sis So Shy Lady, dan sis tims?


Sincerely...

Sunday, April 24, 2011

Ayooo..BM dapat berapa ni?

Perasan tak kesalahan2 di atas?
1) ROTEX - Roadtax
2) KRUSUS - kursus
3)PEKESO or PERKESO?

Sekolah mana lah mamat ni dulu ek. BM dapat bape yer?


Sincerely...

Saturday, April 23, 2011

Maharaja Lawak [JOZAN] Minggu ke-4


Walaupun dah tengok live kat TV..mesti nak ulang2 kat youtube jugak kan. Rasanya kumpulan JOZAN yang paling best dan mantap malam tu. 

Persembahan yang diaorang bawak tu..berkait dengan agama Islam, takut gak jadi satu isu. Yelah rakyat Malaysia ni kan berjiwa sensitif sikit. So far..okey jer. Boleh di terima. 

Paling tak tahan tengok muka Zizan..memang macam mat Bangladesh dah aku tengok.


Sincerely...

Size 23

Dari saiz 21 ke saiz 23..perkembangan yang sihat. Eh bukan saiz pinggang aku ek..aku punya pingang kena darab 2 dari nombor2 di atashttp://www.cute-smiley.com. Ni aku cite pasal saiz kaki budak kecik tu. Kasut2 dia semua dah sempit..ketat..tak muat! Bila sarung kasut yang sempit tu, jerit2 sebut auw..auw(sakit)

So kena lah beli kasut baru ke dia. Kalau ikutkan..saiz 23 tu agak besar jugak. Tapi untuk pakai lama..beli saiz yang besor sikit. Biasanya aku beli kasut crocs tu jer..tapi bukan jenama crocs. Jenama cap ayam jer..

Comel pulak bila tengok kasut cam ni. Kita nak pakai sendiri macam tak tergamak jer..so kita sarungkan kat kaki budak ni..ngeh ngeh. RM10.00 sahaja. Ada yang kasut RM7.90 tu aku beli dan bagi ke pengasuh dia.
Kelakar bila kasut ni tersarung kat kaki waiz..jari2 kaki tu cam bengkak kena sengat lebah jer.


Sincerely...

Thursday, April 21, 2011

Pergi Melawat

Hari ni..datang ofis dikejutkan dengan berita pemergiaan tok ki my ofismate, Wani. Rasanya semalam baru dengar cite Wani yang tok ki dia sakit. Masuk hospital..Tup tup..hari ni dah tak ada. So, tadi kitaorang dengan bos pergi melawat. Kebetulan rumah tok ki Wani tu memang dekat rumah aku. Wani & aku satu kampung.

Takziah Wany, al-Fatihah.


Sincerely...

Wednesday, April 20, 2011

Dah Pandai Solat

Hari tu Wardina ada share kat FB dia pasal anak dia yang 7 tahun tu dah pandai solat. Memang membanggakan..budak sekecil tu pon paham makna & erti solat. Best kan kalau anak kita pon cam tu..insyaallah.

Waiz tak ada lah pandai solat cam anak Wardina tu. Cakap pon tak betul lagi..tak pe slow2. Sekarang ni dia baru tau gaya solat. Sebab waiz selalu tengok kitaorang solat. So bila dengar azan kat tv, sibuk lah kata ne ne(mane). Dia tanya mane kopiah dia. Pastu amik kopiah..bentang sejadah. Buat gaya rukuk..sujud. Takbir tak salam pon tak..tak sampai 10 saat, siap solat. Kemas sejadah..simpan kopiah, tepuk tangan. Kononnya nak bagi tau dia pandai lah.

Sebenarnya pendedahan solat ni penting kepada anak kita. Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya. Cam kitaorang..biasa buka astro oasis tu, bagi waiz dengar zikir. Time azan..kuatkan tv. Time sembahyang..solat depan dia. Mula2 tu memang lah dia kacau kita. Duduk kat sejadah lah, tepuk2 kita..sengih2 depan kita. Tapi lama2..dia paham kot. Tak kacau dah..

Kadang2 tu malu pulak..bila time azan, dia dah amik kopiah dia. Kita pulak duk bertapa depan tv lagi. Nak nak time maghrib..layan sangat cerita tv3 tu. Sampai lewat solat..ish ish, sape lah tu~

Nak tanya blogger2 lain, cam mana nak ajar anak kita solat yer. Apa pendedahan lain yang korang buat untuk ajar anak korang solat. Cu cite cu citer.
- Sejuk jer hati tengok anak kita cam ni kan? -

Sincerely...

Tuesday, April 19, 2011

Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit


Tu dia...bila nak main panggung ni. Tak sabar wehh..
Setakat ni cite Mamat Khalid memang best2.
Memang gelak tak hingat dunia lah...
Korang suka?

Sincerely...

Kemban Gantung

Bukan gambar artis berkemban gantung yang aku nak tepek kat sini. Gambar aku jauhhhh sekali..seram weihttp://www.cute-smiley.com Nanti orang ingat aku gila pulak.
-

-

-

-

-

Budak ni lah mangsa terbaru mamarazzi. Berkemban gantung! Baru lepas mandi..kalau tengok bukan baju upin ipin, begitu lah gayanya. Mencicit lari naik kete dia. Susah betul kalau nak dipakaikan baju. Aku takut 'tei'nya tersepit jer..
Sengih sengih..meh pakai pampers dulu!


Sincerely...

Monday, April 18, 2011

Best ni..Wajib tengok!


Fuh..gigih aku mencari video ni kat youtube..google. Tak jumpa! Last2 bukak balik ulangan Majalah 3 masa 16hb April 2011 hari tu.  Cari team jurugambar tu..CST Production. Bukak website diaorang baru cari video perkahwinan yang terjun swimming pool tu. Sape yang tengok Majalah 3 hari tu..faham lah apa yang aku merepek ni.

Dah lah nak tunggu sampai segmen ni punya lah jenuh..tak abis2 bagi laluan untuk umumkan keputusan pilihanraya Sarawak tu. Sakit jiwa weiii..

Sekarang puas hati aku. Best kan dapat amik video cam ni. Time aku kawen dulu..amik gambar guna kamera kodak je ko!


Sincerely...

Wajib Ada

Memang wajib ada kat mana2 aku bertapa..terutamanya yoko2 tu. Kat rumah ada 1, ofis ada 1, kat kete ada 1. Badan aku ni selalu lenguh2. Sakit kat bahu..kat belakang, kat tengkuk. Kerja cam aku ni asyik menghadap komputer jer. Kat ofis 8 jam menghadap komputer tau. Kat rumah pulak..acu nak baring, ada orang mintak air lah, susu lah..basuh berak lah. Lipat kain..iron baju..sapu sampah, mop lagi. Tu pon aku skip masak..kalau tak, makin sakit2 & lenguh2 lah badan ni.

Aku ni selalu membayangkan yang bukan2 tau. Hari tu badan aku lenguh sangat cam mengendong orang jer. Eh, paham tak ayat aku ni..kendong tu cam pikul lah. Pikul kat belakang badan kita. Nak kata asyik mendukung waiz, tak jugak..budak tu dah besar. Tak suka pon kalau di dukung. Kenapalah badan aku ni asyik sakit jer...

Teringat dulu masa kat U pernah tengok satu cite hantu thai. Pelakon lelaki tu asyik sakit belakang, macam mengendong benda berat jer. Rupanya dia mengendong hantu! Patutlah..jalan pon membongkok. Sebab hantu tu berat..elok jer duduk kat belakang dia.Eeii..seram.

Hari khamis hari tu tengok cite mantera anjasmoro..ada gak benda duduk kat bahu belakang Ady Putra tu..tapi kecik jer.

Erkk..ada benda ke kat belakang badan aku ni.

p/s: Tak berani tengok mantera anjasmoro tu kat rumah, sanggup gi tengok dengan kak ipar kat sebelah rumah. Satu lagi perangai merepek aku, kalau nak tengok cite hantu..jgn tengok kat tv rumah sendiri. Tengok kat tv rumah orang lain. So hantu tu tak kuar kat tv rumah ko!Hahaha. Sengal tak perangai aku?

Sincerely...

Sunday, April 17, 2011

Sape Yang Lebey ni?

Hari tu pergi mydin..MKS kata nak beli drawer plastic untuk letak mainan waiz. B4 ni letak dalam bakul jer..time dia main, abes semua mainan dalam bakul tu dia tuang. Padahal nak amik satu mainan jer! Tu yang MKS nak belikan drawer untuk waiz..so boleh susun mainan waiz dalam drawer. Tapi tak ada drawer yang MKS berkenan..kecik lah, kaler tak menarik lah. Cam biasa lah..perangai MKS, dia memang agak cerewet sikit bab beli barang ni waima beli sebatang paku!
Tak tau lah cap apa..molek ke tak. Beli kat mydin jer. Harga di kotak RM59.00, tapi bila guna kad mydin..jadi RM50.00. Dah lama MKS usha benda ni. Dari dulu dia hint suruh aku beli..al-malas nak melayannya! Beli burger lagi kenyang okeyy..dapat 30-40 biji lagik!
Ooo..beli drawer anak banyak sangat songehnya. Tapi benda alah ni boleh pulak beli yer banggggg! Tak dapat drawer waiz, gatai tangan beli helicopter ni. Mula2nya lalu kat toys dept tu nak usha mainan waiz rege RM10.00 ke bawah jer. Tapi bila nampak heli ni..merengek nak heli ni okey. Bukan waiz lah yang merengek..tapi papanya! Buat tahi ke waiz..konon2 waiz yang nak main heli tu. Padahal budak tu main remote car pon asyik berlanggar dinding jer. So sape yang lebey sekarang ni? Terbang RM50.00 tau! Nasib baik bukan duit aku.Fuh..selamat selamat..
Balik rumah..terus main ko! Padahal bateri tak ada (kat mydin tadi MKS nak pau aku beli bateri, masuk dengan duit dapur..harus lah aku jengil mata besor2 - jangan mengada, hujung bulan nanti ada yang makan bateri masak pedas! - gila kedek punya bini kan? Mintak heli tak dapat, bateri pon sama!)..korek jugak bateri kat remote car waiz tu. Dapat lah main kejap..kuat makan bateri heli ni. Bila bateri low, tak larat nak terbang dah heli tu. Aku ngan waiz dah bosan melayannya..pelan2 masuk dalam selimut.

Nak dekat pukul 11pm tu..aku perasan MKS kuar. Katanya nak jumpa kawan. Tapi tu alasan jer..tapi sebenarnya dia nak beli bateri kat pasaraya depan tu. Alah..malu lah tu.

Kol bape dia balik pon aku tak sedar..dah selamat bermimpi dengan waiz. Tapi lebih kurang kol 1am tu aku sedar ada orang main heli sorang2. Kesian plak aku tengok laki aku tu.

Pagi tu aku tanya, nape main heli tengah2 malam. Tak mengaku..katanya aku mengigau! Ceh. Sabor je lah. Last2 tu..dia mengaku gak. Eksaited sangat. Yelah, zaman kanak2 dulu mana lah merasa nak main semua tu kan. Kesian pulak aku mendengornya..menyesal tak beli heli tu untuk dia..huhu.


Sincerely...

Demam Lagikkk!

Semalam amik MC..demam lagi. Rasanya baru hari tu aku MC. Musim sekarang ni tak menentu..penyakit pon asyik datang jer. Hope tak berjangkit kat waiz. Budak tu kalau dah demam..berhari-hari jugak. Kesian pulak. Hari ni baru masuk ofis..banyak kerja bertimbun. Kena settle kerja2 dulu..dah siap baru jalan2 kat blog kawan2 yer.

Orang2 lain cuti hari ni...happy sunday!

Sincerely...

Friday, April 15, 2011

Doraemon..

Anak korang suka tak main mainan yang berjoget-joget & berbunyi tu. Ada macam2 bentuk..kapal terbang, superman, car..macam2 lah. Pastu ada yang free..ada yang kena bayar. Cam kat kedai mr MKS ada juga mainan tu..kena masuk duit 50 sen sekeping jer. Tapi kalau kat Mydin Mall yang biasa kitaorang pergi ni..kena masuk 2 keping 50 sen.

Waiz kalau nampak mainan ni kat depan pintu customer services Mydin Mall, mesti tuju ke doraemon. Padahal kat situ ada 3 jenis..tapi dia suka doraemon jugak. Bukan sebab dia suka tengok kartun doraemon ni..tp sebab mainan tu ada skrin yang mengeluarkan gambar & lagu kanak2.
Punyalah besooo doraemon ni. Sampai tak nak anak aku ko! Korang nampak tak mana waiz duduk?  Waiz waiz waiz..di mana dikau
Tu diaaa...baru nampak. Sampai aku nak amik gambar pon tak di layannya. Punyalah asyikk main benda alah ni.
Ni lah yang aku kata tadi..ada skrin. Kat skrin tu ada nyanyi lagu2 omputih. Aku pon tak tau..waiz hafal!



Sincerely...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal