Tuesday, November 30, 2010

Menu Brekpes Aku Hari Ini

Menu pagi tadi..tp ptg baru nak publish..citts. Org Terengganu ni kalau brekpes memang heavy brekpes lah..dengan nasi minyaknya (x pyh tunggu org kawen..hari2 leh makan!), nasi kerabunya, nasi kuningnya, nasik lemaknya..patutlah bdn aku bagai di pam-pam. Kalau dulu seingat aku biasa brekpes dgn 2-3 ketul kuih jer, x pon sandwich..kenyanglah jugak smpai waktu lunch. Tapi sekarang..kalau makan kuih saja..pukul 10a.m confirm perut aku menyanyi-nyanyi.

Tengok gambar je lah yer..ada nasi, ayam bakar, daging bakar, telur masin, jeruk bawang putih..burrpp..kenyang sampai petang ko! Udahnya luch aku makan laksa penang jer..nasi boleh makan sehari sekali je ok.



Sincerely...

Susah Hati

Runsing..susah hati..sbb aku lupa hari ni last day pengasuh Waiz akan jaga dia. Start esok waiz akan di jaga oleh org lain.  Biasalah akhir2 bulan ni..banyak benda nak settled..cam ne lah benda penting cam ni aku boleh terlupa. Kalau korang nak tau..Tok Mi (pengasuh waiz) bukan x nak jaga waiz terus. Tapi dia mintak cuti SEBULAN! Sebulan ok..bukan sehari! Dia mintak cuti pon bukan suka2..tp sebab nak buat majlis kahwin anak tunggal dia. Yelah..anak sorang, mestilah nak buat majlis yg best2 untuk anak perempuan dia. Dia pulak ibu tunggal..semua benda nak buat sendiri...so memang banyak kerja lah. Sebab tu lah dia mintak cuti sebulan dr jaga waiz..nak tumpu sepenuhnya pada majlis anak dia ni.

Tapi problemnya sekarang siapa mahu jaga budak kecik tu? Adakah aku patut cuti sebulan juga untuk jaga budak itu? Emm..waiz tu dah lah tengah nak membesar..tgh buas. Sekarang dah pandai panjat kerusi tau! Kalau salah org yg jaga dia..mau pengsan nak mengejar budak tu. So sekarang aku ada 3 options, samada :1) waiz duduk dgn Cik Mah dia (kakak mr MKS) atau : 2) waiz duduk dgn Mok Nah dia (kakak mr MKS jugak) atau : 3) waiz duduk nursery. Aku fenin..fenin..balik ni mau tanya waiz sendiri dia nak duduk mana..hehe. Kalau dia kata nak ikut mama pergi ofis..mampus aku!

Sincerely...

Sunday, November 28, 2010

YES..dah tau jawapannya

Berbalik dengan N3 aku b4 this..tengok sini..hehe, rase2nya aku dah dapat jawapan yg selalu bermain-main difikiran aku ni. Credit dekat penulis blog ni sebab memberi penjelasan yg jelas lagi terang. Sesuai untuk blogger2 yg senak otak & x paham2 pasal nuffnang ni..hehe. Gud info lah pada sesiapa yg nak tau pasal BE, unique visitor etc..jom terjah blog mama

Sincerely...

Tak Malu..Nak Tunjuk Jugak!

Hehehe..suspen je title aku tu. Sape yg x tau malu tu? AKULAH! Sape yg nak tunjuk jugak tu? AKULAH! Biarlah org nak kutuk..ade aku kesah? Katanya blog aku..so suka suki akulah nak publish ape kan..hehe.

Julung2 kalinya aku tunjuk akaun nuffnang aku..baru RM1.50 yer..setelah 4 bulan berblogging. Maknanya purata setiap bulan dpt 38 sen sahaja..ngeh..ngeh. Org lain dapat income beratus-ratus & beribu-ribu..x kisah pon kan? Bestnya..

Tapi blogger pemalas cam aku ni..cuma layak berangan-angan cam mat minah jenin sahajalah. Update N3 malas..nak google cara2 nak mantapkan blog pon malas..tp duit nak memanjang!

Sebenarnya aku buat blog ni suka2 jer..untuk jadi jurnal life aku & family aku..especially my lil'boy..Waiz. Nak tau sape sumber inspirasi aku ? Anak saudara mr MKS - Mukminah , aku suka baca blog dia yg berjela-jela tu (Sebab tu kalau korang baca N3 aku yg mula2 tu..ada pengaruh cam blog Mukminah - berjela-jela!

Pastu aku start berblogwalking ke blog2 org lain pulak bila jenuh menunggu bila lah Mukminah ni nak updated blog dia..hehe. Antara blog2 yg aku khatam masa mula2 kenal dgn dunia blog ni adalah...KakRed, JL Bunch Cafe, sitisifir10 & makcikrehan. Memang berpinar lah mata aku nak mengkhatam N3 diaorg (nak nak blog kak red yg merah menyala tu!)..tp tu lah yg bestnya, bila baca blog diaorg..kita akan rasa hendak lagi..lagi..dan lagi!

Tapi bila aku dah daftar dgn nuffnang..tgk $ naik sikit..sikit..rasa teruja pulak nak updated N3 hari2. Tapi perlu diingatkan matlamat sebenar aku nak berblog ni adalah untuk kepuasan diri sendiri. Bukan nak kejar income..walaupon dlm hati ni meronta-ronta nak income dr nuffnang. Tapi kalau ada rezeki..kenapa mesti di tolak kan? (Tapi sebenarnya aku yg buta IT ni x reti camner nak tambah income aku dlm nuffnang ni..uhh..tolonglah sape yg expert tu ajar aku. Adakah nuff bg kita duit depends on readers yg baca N3 kita @ klik kat ads dlm blog aku ni..sape leh jawab?)

 
Aku harap panas hingga ke ptg..tp hujan di tengahari..(Basahlah aku, hari ni naik motor!)


Sincerely...

Menghitung Hari..

05hb December nanti hari lahir Khairul Waiz yg pertama. Tu yang menghitung hari..hehe. x tau samada nak wat besday party untuk dia atau tidak. Biasanya 1st besday ni org sambut besar2an kan? Kek memanglah dah tempah...tp masih berkira-kira samada nak ajak org lain makan kek tu atau tidak..(wahh..kedek lah ko ni!, nak makan sorang2 jerr..) Atau pun, kami 3 beranak je yang akan menghabiskan kek itu. Kalau nak panggil org lain x kan nak hidang kek je kan..mesti lah ada menu sampingan. Sekurang-kurangnya ada bihun goreng..or nugget. Emm..teringat tahun lepas, saat2 b4 deliver waiz. Sekarang anak mama dah besar..dah jadi big boy..no more little baby :(

Sincerely...

Saturday, November 27, 2010

Kuih Bekang..

Sape org Terengganu mesti tau kuih bekang ni (Ampun kalau salah yer..) Aku x pastilah ini kuih traditional Terengganu atau pon tidak. Tapi selama aku duduk kat selangor..x pernah jumpa pon kuih ni. Bila duduk sini baru jumpa..so aku assume kuih ni adalah kuih Terengganu..wah bijak x?
Bekang & Kuah Manis
Bukan semua tempat ada jual kuih ni..kat Kuala Terengganu ni aku pernah jumpa kakak ni jer yg jual. Iaitu kat Jalan Panji Alam...depan ofis aku..hehehe. Yang aku tau ada 2 jenis kuih bekang & 2 jenis kuah..satu bekang biasa, satu lagi bekang telur. Kuahnya pulak..ada kuah manis & kuah lemak. Gambar kt atas tu bekang telur dengan kuah manis (dibuat dr nisan a.k.a gula merah/melaka). Biasanya kalau beli kuih ni aku prefer kuah manis dari lemak..sbb kuah lemak tu ada halba...eei x sedap!

Tujuan aku tulis N3 ni sbb terkejut dgn kenaikan harga bekang ni. Sebelum ni..aku biasa beli RM1 - 2 keping bekang. Tapi hari ni bila aku nak beli..kak tu kata x jual dah RM1..dia jual RM2 - 5 keping. Semua barang dah nak dik..alah alasan biasa bg org meniaga ni. Nasib baik kak sorang je yg jual bekang ni..kalau x aku nak mogok x mau beli dah tau!


Sincerely...

Friday, November 26, 2010

Kalau Tido Cam Ni Apa Maksudnya?

Hari tu Sekamar Rindu ada wat N3 pasal karakter budak2 melalui gaya tido...nak baca klik sini. Pastu aku ada tanya kat tuan blog..kalau tido tertonggek cam baby dalam gambar tu apa pulak maksudnya..tp dia x tau jawapannya..hehe. Bukan apa..sebab dah banyak kali aku tengok si budak kecik tu - Waiz tido dengan gaya cam tu..TERTONGGEK!



Basah tilam aku..ngences!



Sincerely...

Thursday, November 25, 2010

CERITA KREATIF : Aku nak bagi BEN ASHAARI hadiah...

Hehehe..cam addicted pulak join contest cam ni. Blog mane tu..mr Ben Ashaari kita lah. Tak tengok title kat atas tu ker..hehe. Sape nak join leh klik kat header blog BA di bwh ok..


Emm..mr BA ni mesti semua benda dia dah ada kan? (Pandai2 je aku ni!). So rase2nya aku nak bagi "Percutian Salam Ukhwah" 3H2M kat rumah aku..ngeh..ngeh. Opps..jgn salah faham, aku dah kawen..mr BA pon dah kawen..tp kalau mr BA datang bercuti ke Kuala Terengganu..bolehlah duduk rumah aku. Free ajer...menarik tak? Boleh ajak isteri sekali tau..boleh berkenalan dengan aku yg comot comel ni. 

Dengar2nya tarikh lahir mr BA ni 30hb November kan? Molek sangat lah tu..sebab ada event best kat KT masa 30hb nanti..iaitu..Monsoon Cup. So boleh aku bwk mr BA pergi tengok mat saleh main kapal layar.  Meh..pakat datang Terengganu..

from Google

Sincerely...

Nak Tumpang Glamour Jugak Wehhh

Walaupun x ade satu pon gambar aku..tp nak jugak tumpang glamour bebudak yg syok dpt jumpa & bergambar dgn Iwan & Adira tu. Ish..ish..kalau aku balik kampung Raya Haji hari tu mesti gambar aku bersama Iwan & Adira pon ada jugak walaupun terpelosok kat belakang. Iwan tu yg ntah cam ner ada kaitan ngan Pakcik Shufid - org kampung aku..So dia dtg rumah Pakcik Shufid (aku pon x kenal..tp adekku kata kalau aku tgk mukanya kenal kot!) sbb ada kenduri..dia bawaklah Adira tu sekali. Budak2 yg semenggah x pernah bergambor dgn artis ni (Jeles ni..jeles ni!) apa lagi..bergambar sakan lah. Wah..wah..masing2 pasni x mandi lah sebab takut bau Iwan & Adira ilang..kuikui. Yang kelakarnya..bukan setakat anak2 yg syok bergambar..maknya pon sama! Astagfirullah...hehe



Tudung Hitam tu lah adek aku - Lily
p/s : Gambar cilok dari FB Pak usu aku - Hj Hamdan Yunus

Sincerely...

BLOGGER IN DA HOUSE : KHAS BUAT BLOGGER BARU

Lately mr Ben Ashaari byk tulis pasal BIDH ni..aku yg slow ni pon gigih lah mencari ape dia BIDH ni. Ruper2 segmen kenali blogger baru. So thumbs up kpd mr BA sebab buat segmen cam ni..memang sesuai lah blogger2 baru cam aku ni join segmen ni..kan? Sape2 nak join boleh klik kat  bawah..


Blog ni asalnya aku dedicated to my son..Khairul Waiz. Konon2nya nak wat N3 dia setiap hari..tentang setiap perkembangan dia. So bila dia besar nanti..boleh lah baca blog ni & mengingatkan dia betapa besarnya pengorbanan mama dia. Tapi aku yg x berapa rajin nak update blog ni mampu buat beberapa N3 je untuk dia setiap bulan (janji ada kan?). Hope lepas ni aku lebih gigih nak buat N3 pasal Waiz..bukan N3 merepek merapu pasal aku..huhu.

Macamana mr BA? Ok x N3  saya ni...


Sincerely...

Wednesday, November 24, 2010

Ben Ashaari jadi my followers

Pagi2 td bila buka dashboard tgk followers dh bertambah 1. Bila di tgk siapa gerangan follower ke-15 tu..rupa2nya mR Ben Ashaari. Terima kasih sebab sudi jadi follower saya. Korang jangan lah marah kat aku sbb followers baru 15 dah kecoh2 kat blog! Tak pelah..sikit2 lama2 jadi bukit..betul tak? Aku sebenarnya baru jugak follow blog mr BA ni..tp jd silent reader je lah. Cuma baru2 ni baru ade keberaniaan nak komen kat N3 dia. Hehe..seram jugak nak komen kat blog org yg dah popular ni kan...Hope ada lagi yg sudi jadi follower kat blog aku yg ntahape2ntah ni. Peace No War.

Baru sikit..mr BA no-15

Sincerely...

TARA 4

Program yg aku suka tengok sekarang ni..The Amazing Race Asia (TARA). Cam biasalah..aku mesti sokong team dari Malaysia. Tapi sedihlah sbb dua2 team dari Malaysia dah tersingkir. Tak ada harapan lah nak cipta kemenangan cam Zabrina & Joe Jer masa TARA season 1 dulu. Walaupun aku rasa team Ethan & Khairie boleh menang..tp disebabkan kesalahan diaorg memilih tugasan..terus diaorg tersingkir masa episod last week. Couple Hilda & husband dia memang out lah..memang x ada harapan nak kekal lama..

Ethan yg comel & Khairie yg skema..
So sekarang tinggal 4 team je lagi..tak tau sape akan menang. Biasalah dalam game cam ni..kita x leh predict ape yang akan berlaku. Macam2 boleh berlaku. Emm nak sokong sape pulak lepas ni yer..ADAKAH team Indonesia..team yg aku rase agak lemah dr fizikalnya. Tapi manelah tau team anak & bapak ni boleh menang kan..
Si anak - Natasha & Si bapak - Hussien
Atau ADAKAH team Singapore..sebab diaorg baik & kamceng dgn team dr Malaysia (Ethan & Khairie)
Claire & Michelle
Atau ADAKAH team pompuan dari Filipina yang seksi meksi & suka berparti tu..
Jess & Lani
Atau ADAKAH team lelaki dari Filipina (aku ingat diaorg ni kembar sebab nama sama, tapi muka x sama!..ruper2nya kawan) yg pastinya mempunyai kelebihan dari segi fizikal..
Richard & Richard

Sincerely...

Tuesday, November 23, 2010

Petua Sejukkan Badan

Baru2 ni..masa Raya Haji kitaorg sefamily kena demam. Mula2 aku lah yg kenanya..a day b4 raya tu dah x sedap badan. Pastu berjangkit ke mr MKS & waiz. Tapi waiz x delah kena teruk sangat cam mr MKS tu..cuma hingus je asyik meleleh. Kalau lambat lap..abis hingusnya masuk ke mulut..hehe. Time demam ni selalunya badan kita akan jadi panas kan? So selalunya korang buat ape nak kasi stabilkan suhu badan tu? Ada org minum air badak cap kaki 3 tu kan.  Tapi kitaorg sefamily biasa minum air cincau Fitrah ni..

Petua ni kawan aku yg bagi..x tau lah dari segi saintifiknya berkesan ke tidak. Tapi sebab airnya pon sedap..ditambah dengan keyakinan..Insyaalah menjadi. So..musim2 demam ni memang penuh lah stok air cincau Fitrah ni kat dlm fridge rumah aku. Kalau rasa nak demam jer..cepat2 minum air cincau Fitrah. Sampai waiz pon aku bagi dia minum..kelakar rase!

Menikmati air cincau smpai pejam mata!
Sedap lah tu..

P/s: Sila jangan tergoda tengok dada & pewut anak teruna saya ni yer..hehe


Sincerely...

Monday, November 22, 2010

Dia Dah Pandai Nangiss

Sebelum ni pon waiz dah pandai nangis. Takut nanti korang ingat anak aku x nangis2 pulak! Tapi dulu dia nangis sebab nak memenuhi keperluan & benda asas dalam diri dia..contohnya : nak susu, nak makan, cuci dia punya tuttt & nak tido. Tapi sekarang yang aku perasan dia dah pandai nangis untuk benda2 lain selain drpd contoh seperti di atas (wah..skema ayat, kalau x paham jugak x tau lah!) Contohnya..dah pandai nangis bila dia kena tinggal, amik mainan dia, x layan dia, marah dia, dan beberapa perkara lagi yg remeh temeh..aku pon dah x hingat. Rasa2nya normal kot budak2 seusia dia (11month) berperangai begitu. Or aku kena ajar waiz supaya jadi budak yg cool..x mau nangis2 ni..x hensem! Agak2 boleh x dia ikut ajaran aku nanti..emm

Pesen nangis terbaru..guling2 kat lantai
Punya lah feel ko nangis dik!
Gambar2 kat atas tu masa dia nangis sebab kena tinggal dgn papa dia..Alah bukan kemana pon mr MKS tu. Pergi berak melabur je pon! Tapi budak sorang ni nangis..Ya Allah cam kena tinggal papa dia nak pergi haji..hehe. Kenapa dik..nak cebukkan papa ke? Papa kamu nak basuh poo & pee kamu tu pon susah..geli katanya. So x payahlah nangis & drama bagai..x hensem lah nangis2 ni.



Sincerely...

Milik Orang

Jumaat @ 19hb Nov 2010.
Tahniah pada salah seorang my BFF iaitu Norfaridah Abdullah kerana telah menjadi tunangan orang. Lepas ni kena lah pandai2 menjaga diri & menjaga hati org..hehe. Faridah ni duduk satu kampung dgn aku. Rumah dia betul2 berhadapan dengan rumah kak ipar aku..Kak Mah, jugak selang beberapa rumah dengan rumah aku. Dan rasenya Faridah ni jugaklah yg bertanggungjawab merekemenkan aku kat bos2 tempat aku kerja sekarang. Tapi sekarang dia dah dapat kerja gomen..jauh nun di Bukit Mertajam, Penang. Memandangkan hari Jumaat tu plan aku nak ikut menghantar org nikah kat Cheneh x jadi (sbb mr MKS a.k.a driver aku demam) so bolehlah meluangkan masa tengok Faridah ni bertunang.

Masa aku dtg..mmg tgh elok2 org nak sarungkan cincin..tp aku sorok2 jugak kat blkg pintu tu sbb takut Faridah ni tergelak suka pulak kat situ bila dia tgk aku. Kalau korang nak tau..Faridah ni ade penyakit gelak..kalau korang dengar dia gelak..mesti korang suka..hehe. Tapi aku puas hati lah dpt tgk dia tunang..tambah2 dgn layanan 1st class dia. x putus2 ajak gambar sama..x putus2 pesan suruh aku makan. Tq Norfaridah..semoga berbahagia. Tak sabar nak makan nasi minyak..dengar2nya bln 6@9 tahun depan..bestnya. (Seronok tgk kawan sendiri bahagia..kan?)

Ayu tak..
Aku & Faridah
Taktik bile b'gmbr..sorok blkg org!
Sama dgn kak ipar aku - kak Nah
(Lain kali kena amik gmbr serong begini..tmpk kurus sikit)
Lelaki rambut t'pacak tu lah tunangnya

Sincerely...

Sunday, November 21, 2010

Raya Haji Part 2

Hari raya kedua..aku masih bercuti. Rasa bertuah jugaklah duduk di belah Pantai Timur ni sbb cuti raya 2 hari. Kalau belah Pantai Barat cuti sehari je kan. Lepas masak brekpes..aku pergi rumah Tok mi (pengasuh waiz) sebab anak dia - Na nak bernikah kat masjid lepas Zuhur. So aku yg x berapa pandai masak ni cuma dapat tolong potong2 je lah yer. Suruh memasak..memang fail! Org suruh masak nasi..jadi bubur pulak nanti. Pas siap semua..aku balik rumah. Siap solat & mandi terus tolong Tok mi angkut periuk & perkakas ke masjid. Lepas 3.30pm baru pengantin dtg. 1 keping gambar pon aku x amik tau..budak kecik tu punya pasal lah. Mentang2 dah ade kaki sendiri..abis satu masjid dia round! Tasbih  Tok Imam pon abis di pakainya.! Adus..pening mama. Bila di ajak duduk..satu masjid bunyi suara dia menjerit. Nasib baik lah pengantin lelaki tu x gugup dgr suara waiz. Alhamdulillah dgn sekali lafaz.sah lah diaorg jadi suami isteri.

Abis je majlis..aku rehat kat rumah..penat. Budak kecik tu memang selamat dah..pengsan! Lepas Isyak mr MKS ajak pergi rumah Kak Nah..ade wat BBQ & stik katanya. Wah sedapnya..sbb adik aku - lily dah ber sms bagi aku jeles..konon2nya kt kg ade bakar sate. So x de lah aku sedih sangat..walaupun x dpt merasa sate Kak Fia & Wak Nab yg mabeles tu..dapat jugak makan stik daging versi Kak Nah's recipes. Sedap...terbaekkk wooo. Layan gambar je lah..

Sate Sabak Bernam spt yg di war2kan (sedih aku x dpt mkn!)
BBQ dulu..aku dtg2 terus rasa
x sabar tunggu..
Hasilnya...daging, fries, vege, blackpaper sos, koktail..

P/s: Gambar semua aku cilok dari FB adik aku & Mukminah - anak Kak Nah
(minah : tulislah resepi dlm blog...request ni)

Sincerely...

Raya Haji Part 1

Lepas mr MKS balik dari sembahyang raya..aku & budak kecik tu still x mandi2 lagi..hehe. Budak kecik tu punya pasal lah..bangun lambat! Abis mamanya pon lambat jugak. Mr MKS mengadu sakit kepala pulak tu..so tido lah dia lepas balik dari masjid tu. Kalau korang nak tau..mr MKS ni memang ada penyakit sikit..dia x boleh duduk kat ramai org cam kat masjid & pasar. Kalau pergi jugak..balik tu mulalah kata sakit kepala lah, nak pitam lah..gelap mata lah. So memandangkan mr MKS sambung tido di pagi raya tu..kitaorg pon golek sama lah sambil melayan cite kat tv3 "SABAR"..best jugak, lakonan Abby Abadi & Norman Hakim.

Dah abis cite tu..aku yg dah lapar perut ni..cam biasalah (taktik org yg x berapa rajin pandai masak ni) kitaorg serbu rumah kak ipar aku - Kak Nah, yg x pernah jemu ajak kami anak beranak makan kat rumah dia. Org lain semua dah nak balik..kitaorg baru terhengeh-hengeh sampai.  Menu ketupat nasi,  kuah kacang & Bihun Soto. Alhamdulillah..ada jugak rezeki aku nak makan ketupat & kuah kacang. Tak ada lah sedih sangat memikirkan kampung halaman..cewah. Pas makan..boleh lah pulak sambung tido sebab kekenyangan..3 beranak terbongkang sama. Buruk perangai sungguh!

Lepas Asar tu..kak ipar aku sorang lagi - Kak Mah pulak ajak makan nasi kat rumah dia. Seronok pulak dia masak2 kat bawah rumah sama Kak Na (penyewa rumah bawah Kak Mah). Menu gulai daging & daging masak merah. Walaupun masih kenyang..abis lah jugak sepinggan nasi. Aku ni mana lah reti tolak rezeki ni..x baik kan. Org dah jemput..kena lah makan. Kenyang sampai malam ko!

Sincerely...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal