Sunday, October 31, 2010

Cucu Baru..

Hah jangan x caye aku dah cucu..hehe. Citt..anak pun baru umur 10 bulan, camne ade cucu pulak? Sebenarnya cucu saudara lah..tp kira cucu lah jugak kan? kan..kan? Kalau nak di ikut kan..belah family aku dah ade 3 org cucu (kalau x silap aku lah - Adam, Farish & Marissa). Tiga-tiga org ni cucu kepada abg sepupu aku. Belah mr MKS pulak..ade 6 org. 4 org cucu kepada Kak Mah (kakak mr MKS)..2 org lagi cucu kepada Abg Usop (abg mr MKS). Wah ramai jugak cucu2 aku ni ye. Tapi sesuai ke aku ni di panggil nenek or tok? Emm..macam dah expired sangat je bile di panggil nenek or tok ni ye.

Adam
Farish
Farha Marissa (pic di cilok dr fb mak pak diaorg..hehe)
Tapi entry ni aku nak cite pasal cucu baru aku ni..dah lama nak tulis pasal baby ni, tp asyik lupe je! Sebenarnya aku x ingat nak ambik gambar dia..kalau gi tgk dia..mesti lupa nak bawak hp. So x amik2 lh gmbr si baby kecik tu. Boleh je nak post entry pasal baby ni..tp bile gambarnya x ada..ilang semangat den. Entry bile x ade gambar ibarat lagu tanpa irama..cewahh (eh betul ker?) Oklah, nama baby ni Nur Shasha Alya..lahir masa 6 Syawal hari tu. Baby alya dah ade sorang kakak (Qistina) & sorang abg (Nasruddin). Best lah dapat baby girl kan..cooomel sangat. Boleh pakaikan gaun, skirt, macam2 lah. Accesories tuk baby girl pon banyak..emm..bile lah aku nak dapat anak pompuan pulak ni. Boleh ker?

So Chomelll...
Qistina, Nasrudin & Pok Waiz..


Sincerely...


Tuesday, October 26, 2010

Amar vs Rasul Iman

Rasanya ramai yg follow cite Chinta kat TV3 sekarang kan. Termasuk lah aku ni..kol 6.30pm dah terpacak depan tv. Kalau termiss mane-mane episod..konpem esok kat ofis, pg2 aku dah buka TV3 nak cover episod tu. Walaupon lembab gile lah nak loading..tp disebabkan abg Amar aku tu..sabor kan diri jelah. Tp sedih lah pulak sbb watak Amar tu dah dimatikan oleh penulis skrip..huhu. Mesti ramai yang frust menonggeng cam aku kan? Emm admired betul dgn watak Amar tu..very2 gentleman kan. Ditambahkan lagi dengan muka yg semart tu..rambut panjang lagi (kalah rambut aku yg keras ni tau!..syampoo ape dia pakai ek?)
Rasul Iman

VS

Amar

Episod sekarang ni keluarlah pulak watak Rasul Iman yg mempunyai wajah seperti Amar. Tapi Rasul Iman ni versi baik sikit lah..rambut pendek, pakai songkok..nak calon isteri yang pakai tudung. Dah nama pon peguam syariah..mestilah watak ala-ala alim kan. Eh ko ni asyik cite pasal Ady Putra jer..macam lah dia sorang je pelakon dlm cite tu ek? Nak wat camner..pelakon lain aku x bape gemor le..lebih2 lg pelakon2 pompuannya. Walaupun aku tau..dia tu memang pelakon hebat..huhu. Tapi sekarang keluar lagi sorang pelakon pompuannya yg aku x suke jugak! Tetiba je dapat watak jadi wanita alim kan..pakai tudung..belajar Jordan. Huh..x de pelakon lain ker. Nape x amik Lisa Surihani ker..baru sesuai.

So next episod.. aku agaklah..mak bapak Rasul Iman ni akan kenen2 kan Rasul Iman dgn Saadatul Saadiah. Sbb Rasul Iman dah bagi green light kat maknya untuk cari jodoh dia. Rasul Iman ni pulak nak isteri yg baik2 & pakai tudung..so korang rase sape? Mesti Saadatul kan? Jadi mungkinkah akan terjadinya cinta 3 segi antara mereka..iaitu antara Chinta, Rasul Iman & Saadatul? Siapakah yang akan menjadi pilihan hati Rasul Iman? Chinta kah? Saadatul kah? Atau aku kah? Hehe...aku ni milik mr MKS lorr..

p/s: kan best kalau penulis skrip ni kawan aku..leh tau endingnya terus..hehe. Sape2 yang admired dgn pelakon2 wanita tersebut..jgnlah marah bile aku kata x suka diaorg ek.
Gambar rembat di google..harap maklum.

Sincerely...

Thursday, October 21, 2010

Telur Penyu..

Bos aku kat Padang Pulut ni kalau nak belanja makan..mesti request restoren yg ade telur penyu. Aku pun x pernah makan telur penyu ni. Setakat telur ayam..telur itik & telur ikan tu pernah lah. Lagipun bakpe lah nak di makan telur penyu ni..kesian diaorg tau. Dah lah penyu ni termasuk dalam kategori haiwan nak pupus...alih2 manusia ni gi makan anak2 penyu yang x dan nak tengok dunia..huhu. Mesti mak & bapak penyu ni tertunggu-tunggu anak diaorg kan? Waaaaaa..ape ko merepek ni labu?

Disebabkan bukan semua restoren ade jual telur penyu ni..dan susah nak dapatkan telur penyu ni..harga dia sebiji pon boleh tahan lah jugak. Kalau biasa bos aku belanja dekat Restoren Meka ni..sebiji telur = RM4.00/biji tau. Paling koman dia makan 3 biji..So RM12.00 tuk 3 ekor anak biji telur penyu. Aku makan pon x sampai RM12.00..hehehe. x kisah lah..ape yang penting..hari ni aku dapat makan free. Blurpp..Alhamdulillah. Terima kasih Ku..sebab x pernah jemu belanja kitaorg..tapi jemu lah makan kedai sama jer..Wah.wah..demand ko ye!

Curik kat Google..Yang aku snap ade..tp malas nak transfer dlm computer

Sincerely...


Thursday, October 14, 2010

Jom Tengok...hehe

Sebenarnya susah nak tgk aku ni mengadap drama2 melayu kat TV..bukanlah x menyokong drama2 @ filem2 tempatan ni..tp disebabkan bizi tahap cipan menyebabkan aku terpaksa memilih untuk tengok TV or tido buat kerja rumah. Aku ni kan mama yang bekerjaya kononnya! Siang hari menghambakan diri dengan kerja2 ofis..balik kerja kena buat kerja rumah pulak. Mane nak basuh baju, angkat baju, lipat baju, memasak, menyapu, mengemop, urus anak lagi..bapaknya pon kena diuruskan jugak. Nak dapat title isteri mithali ni kenalah jaga hati & perut mr MKS tu..huhu

Tapi di disebabkan baru2 ni ada 1 drama kat tv3 yg cam best je untuk di layan..(walaupun aku sebenarnya x bape gemor dgn pelakon sorang tu..ceh bajet cam artis tu ade buat salah dgn ko je!..ape kes) lepas tengok 1 episod ke 1 episod..terus addicted kat drama ni. So sekarang tepat 6.30pm dari hari Isnin-Khamis mesti dah terpacak kat depan TV. Pelakon lelaki dia Adi Putra pulak smart banget..dari dulu memang suka tgk dia rambut panjang gitu. Jom tengok cite CHINTA..hehe


[Gambar & Sinopsis kopipes dr TV3 ->  tgk sini..]

Chinta….satu nama yang tidak asing di kalangan elit yang mengunjungi syurga terlarang. Cantik, anggun, peramah, bijak, Chinta tahu menggunakan akan aura tarikan dan kelebihannya untuk memikat lelaki-lelaki yang hanya mahukan tubuhnya. Namun, Chinta tidak akan membiarkan dirinya menjadi milik hakiki pada sesiapa kerana dia tidak suka terikat. Sesiapa jua boleh memilikinya sekiranya mampu, tetapi hanya buat seketika. Chinta nekad untuk mengharungi hidup sendirian sebagai kupu-kupu malam walaupun hatinya sangat bencikan kaum lelaki yang menjadikan nasib dirinya begini. Jadi tidak hairanlah, selama ini hatinya tidak pernah terbuka kerana dia tidak pernah percayakan pada perasaan cinta.

Sincerely...

Monday, October 11, 2010

Nak Ke Tak Nak?

Semalam keluar berita yang KPLI untuk intake Jan 2011 akan di buka hari ini. Tahun lepas punya memang aku x apply lah, sbb masa tu baru lepas lahirkan waiz. Kalau dapat nanti..susoh pulak nak tinggal budak kecik tu (macam lah selama ni pernah dapat..exam pon x pass!)..huhu. So sekarang waiz dah 10 bulan..dah pandai berdikari..hehe (berak kencing pon aku basuhkan!) Rase2 cam nak cube nasib apply KPLI ni..kot2 lah rezeki waiz, aku pass exam. Leh jadi cikgu sekolah..huhu. Ade gaya ke aku jadi cikgu?

Aku ni dah penat apply kerja dgn govt..tp x pernahnya dapat! Kalau di panggil interview pon..semedang x dapat! Benci tau..errmm. Kalau jawatan kosong kat negeri Terengganu ni..lagilah x terbau. Awal2 aku dah kena reject..mane x nya. Di antara syarat2 kelayakan..keutamaan diberikan kepada anak negeri Terengganu. Huh sedih tau..rase cam pendatang jer kat sini. Diaorg ni x paham ker..aku kawen dgn org terengganu lah. So memang konpem aku duduk kat sini. x lari punya..percayalah.

So, nak ke tak nak?

Sincerely...

Sunday, October 3, 2010

26 Tahun?

Happy besday to me..
Happy besday to me..
Happy besday to me..



Huh..koyal sungguh empunya blog ni!
Alhamdulillah..hari ni 3hb Oktober genaplah usia aku 26 tahun
26 tahun sudah berkelana di muka bumi Allah ini
Semoga di hari yang mendatang di limpahkan rezeki dan kerahmatan dari-Nya (aminnn..)


Sincerely...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal