Thursday, September 30, 2010

Waiz sakit..Waaaaaaa

Semalam kali kedua waiz kena sedut dgn nebulizer. Emm aku sebenarnya confius..sbb ade org cakap x elok sedut dgn nebu byk kali..tp ade gak org kata elok sbb nak bagi lega & nak elak jadi asma or lelah. Tapi dah doctor cadangkan bagi nebu gak..ikut jer lah. Waiz sakit sejak balik raya hari tu..dah seminggu sakit. Mula2 tu demam+batuk+selsesama jer..lepas tu kat dada dia kuar bunyi2 lah pulak. Macam ade lendir & kahak kat tekak dia. Kalau hingus tu boleh lah aku sedut..tp kalau kahak tu cam ner pulak? So tu yang doctor suggest sedut guna nebu. 

Tapi lepas 4 hari..aku rase bunyi kat dada dia makin teruk. Tu yang malam tadi pergi klinik lagi sekali. Bila doktor cek..doc bagitau paru2 dia ade jangkitan. Memandangkan waiz sejak kecik pernah kena jangkitan paru2..so bile dia sakit, memang akan mudah melarat sbb paru2 dia lemah lagi. Risaulah juga kitaorg ni..takut waiz kena masuk wad je. Wei...tak sanggup aku nak tengok waiz kena masuk wad lagi. Cukup lah dulu aku jaga dia 2 minggu kat wad..serik! Kesian tengok baby kena masuk jarum lah bagai..diaorg buat anak kita macam eksperimen jer!

Mintak2 lah waiz cepat sembuh..mama sangat risau..waaaaa. Korang tolonglah doakan kesihatan anak aku...emm


Sincerely...

Wednesday, September 22, 2010

Raya..Raya..Raya..

Dah nak masuk 2 minggu berhari raya..malas lah pulak nak wat entry raya ni. Emm..tapi excited gak nak cite sebab tahun ni beraya bertiga! Walaupun persediaan raya untuk aku ni suam-suam kuku je..tp untuk waiz memang puas lah berabis untuk dia. Semua benda nak beli..songkok, sampin, kasut, tali pinggang..blaa..blaa..semua benda lah. Tip top anak mama sorang ni..hehe.

Raya Pertama (10hb Sept 2010@1 Syawal 1431H)

Macam biasalah..lepas menyiapkan mr MKS (cik abg aku sorang ni memang x reti bersiap sendiri..dari dulu lagi bini kena sediakan. Dia memang x tau kat mane letak baju, seluar & sampin sendiri..penat mak!)
 
Smart x..hehe
Aku bagi dia brekpes dulu b4 pergi masjid nak sembahyang raya..takut2 pengsan pulak nanti kan. After semua guys kat rumah tu pergi masjid, tinggal lah aku, lily & 2 org kakak ipar aku pulak berebut bilik air..sesi melaram bagi isteri2 lah pulak kan. Pagi raya kt kg aku tu hujan turun renyai2 jer..sejuk je udara pagi tu. Time2 hujan ni sedap duduk rumah jer..tp memikirkan hari raya, x kan nak duduk rumah je kan? Nanti x terkutip lah pulak duit raya Waiz..hehe. Sementara menunggu org balik dari sembahyang raya..aku tidokan dulu si budak kecik tu..nanti x de lah moody je.

Ape pandang2?..(agak2 telinga
kembang tu diwarisi dr siapa yer?)
Sibuk tengok tv..
Lepas semua org balik dari masjid..budak2 semua makan dulu. Menu wajib di hari raya kat kampung aku ni cam biasa lah - ketupat, kuah kacang, rendang, hati masak merah, kari ayam & ayam masak kicap. Menu special pulak..tahun ni kak Ngah aku dengan berbesar hatinya nak masak laksa kola kedah (sbb dia asal Kuala Kedah). Memang terbaekkk lah..sodap.

Sesi salam-menyalam pon bermula, bermaaf-maafan lah kitaorg sekeluarga. Pastu budak-budak semua menadah tangan lah. Tahun ni best lah sikit, sebab selain memberi..aku menerima lah jugak (dari pihak waiz lah!) Dah tiap2 tahun asyik menghulur je kan..anak buah aku tu ade 8 org semuanya. 4 org ank Yong..4 org anak Ngah. Kalau sorang RM10? Hehe..tp x pelah. Dulu masa kecik2 dah dapat byk duit raya..skrg giliran kita lah pulak memberi..betul x? Pastu sesi bergambar lah pulak...Layan je lah

Abah & makcik (mak tiri aku)
Yong's Family
Ngah's Family
My Family...
Lily & Family Tumpang..hehe
Cucu-cucu..(semua grey color..suke!)
Big Family..
Lepas beraya kat rumah sendiri..kita serbu rumah org lain pulak. Biasanya kitaorg pergi rumah Wak Nab (kakak abah) kat sebelah rumah. Lepas tu baru berkumpul kat rumah Wak Solahuddin (Abg abah yang sulung) untuk majlis tahlil & hari raya. Lepas tu..(berapa banyak lepas tu lah!)..Layan je lah..

Kat rumah Wak Nab (Nasib baik x roboh kerusi2 tu)
Kat Rumah Wak Solahuddin (Sebahagian jerr ni..)

Raya Kedua (11hb Sept 2010@2 Syawal 1431H)

Pagi hari raya kedua kitaorg duduk rumah jer. Bagi can org nak dtg rumah kan..kang x abis pulak duit raya aku ni..hehe. Ngah aku pulak tengahari dah tolak balik ke kedah..rumah isterinya. Ramai lah jugak yang datang raya kedua ni..nasib baik lah ade neng (pembantu abah aku), dia lah yang tolong membasuh. Aku ni bab menghidang laju lah..tp bab mengomas tu..eei x kuasa lah. Mane nak di kejar si budak waiz tu lagi..ni baru ade anak sorang..cam ner tu? sape nak jawabbb...

Dalam pukul 3p.m baru abah aku ajak kuor beraya..ikut lah kami, sampai maghrib. Petang balik rumah..pas solat & mandi..aku, mr MKS, lily, waiz & emy (Anak yong aku yg no.2..dia kena tinggal sbb masa balik ptg tadi dia naik kete aku. mak bapaknya pergi sambung beraya lagi..nasib ko lah) kuor lagi. Tapi bukan pergi beraya, tapi pergi jenjalan kat Sungai Besar. Pergi Billion..nak beli barang dapur, sbb K.yong nak masak mee goreng esok. Name  je pasaraya Billion..tp barangnya idoklah berbillion-billion..hampeh! Semua benda x ade..esok kena pergi pasar basahlah nampaknya.

Pastu kitaorg merewang-rewang kat kedai Sg Besar tu, cadang2 nak beli hadiah kahwin untuk Farah (my BFF) esok gi raya rumah dia boleh sampaikan terus.. yang mr MKS  pulak nak cari beg pouch dia. Alah beg yang org lelaki selalu pakai kat pinggang tu lah. Cam biasa lah..dia ni memang memilih sikit..kalah org pompuan bershopping! Sudahnya..semua x berkenan. Apek2 tu pon x kuasa nak menunggu dia memilih. Org semua nak tutup kedai dah..hehe selamat duit aku. Mencari hadiah Farah pulak x jumpa2 jugak..nak pergi ke Sen Heng..dah tutup pulak..emm. Tapi time masuk kedai mainan..ternampak lah basikal mainanan..macam sesuai jer dengan waiz. Tokey tu letak harga RM145.00..dia bagi RM115.00. Aku tawar2..campur dia malas nak layan aku sbb dah nak tutup kedai..dapat lah RM100.00. Dapat bola free lagi..bengkek jer tokey tu. Melayang duit bonus aku ke budak kecik tu..(oOps!!)

Raya Ketiga (12hb Sept 2010@3 Syawal 1431H)

Pagi-pagi lagi aku, mr MKS, Lily & k.yong dah menapak ke pasar basah Sabak Bernam. Nak cari bahan2 untuk masak mee goreng hari ni. Pas balik dari Sabak..diaorg pon masak. Pagi ni kitaorg anak beranak brekpes nasi lemak..mee goreng k.yong masih x disentuh lagi..nak tunggu makan masa lunch nanti. Then geng dos, abang jeli, pak usu & abang amin datang beraya..layan lah diaorg. Yang mr MKS yer..dok je dalam bilik. Ruper2nya dia dah tercirit & termuntah sebab brekpes pagi tadi. Nak melayan org pon x der moodnya..so dia tido jer lah.

Nak di jadikan cerita petang lepas zuhur tu..aku pulak kena cirit birit + muntah2 lagi..sampai lembik badan aku! Si waiz pon cirit jugak..kesian budak tu. 5-6 kali jugak lah menukar pampers dia. Time ni memang waiz jadi cam anak yatim piatu lah..mane x nya, mak paknya terbaring kesakitan! Nasib baik lah ade mak usu & mak longnya tolong tukar pampers & mandikan dia. Maghrib tu aku memang x daya sangat lah..minum air masak pon muntah balik. Nak pitam pon ade. Yong aku lah tolong bawak kitaorg anak beranak pergi klinik. Di sebabkan aku yang paling teruk..sampai nak pitam, doktor cadangkan amik injection. So kena inject lah kat lengan aku ni..x pasal2 abis RM120.00 untuk ubat kitaorg 3 beranak.

Jadik rosak program raya ketiga aku ni..sbb ingat nak beraya rumah asniza, farah, diah & etc..tp dah keadaan x mengizinkan..redho je lah. Mujur tengah malam tu aku dah okey sikit, walaupun rase trauma nak makan..sbb takut muntah lagi. Aku tido dalam mengemam gula2..nak recover gula dalam badan! Sampai esok pagi gula2 tu ade dalam mulut lagi..hikhik..pengotor punya perangai. Nasib baek mulut x kena hurung dek semut..

p/s: Pesanan masyarakat : berhati-hati semasa makan, nak2 masa raye ni..

Sincerely...

Sunday, September 19, 2010

Yee...dah sampai kampung

Wah bestnya berhari raya di kampung halaman sendiri. Nasib baik lah org tu x makan hati sebab 3 thn berturut-turut beraya di rumah aku..hikhik. Ni nak recall balik cite b4 raya lah..Alhamdulillah, hari selasa@7hb Sept 2010 tu..tepat 2.30p.m kitaorg tolak dari K.Trg ke K.L..ni last minute idea laki aku lah nak balik hari selasa tu. Terpaksa lah keje half day jer..kol 1p.m aku cabut..mandi2..gerak. Berbuka puasa di R&R Gambang. Dalam pulul 11p.m kitaorg sampai kat rumah abg ipar aku..abg Usop. Sempat lah bersahur dgn diaorg kat restoren mamak..layan je lah. Hari Rabu tu..dalam pukul 10a.m kitaorg pon bergerak balik Sabak Bernam..t/hari sampai rumah terus landing rumah Wak Nab dulu..sbb rumah aku x de org pon.Petang tu baru aku balik rumah aku..alah sebelah rumah jer pon. Bukannya jauh sangat pon!

Disebabkan abang sulung aku a.k.a Yong nak belanja berbuka posa ptg tu..x de lah aku susah2 nak memikir nak makan ape tuk buka pose hr tu. So dalam kol 6.30p.m kitaorg pergi ke restoren De'Muara kt Sungai Hj Dorani..Yong & Lily (Adik Bongsu aku) dah tunggu siap2 kat stadium Sungai Besar..sbb aku x tau location restoren tu. Abah & makcik (Mak tiri) aku dah pesan siap2 suruh pergi sendiri..sbb nak menunggu depa tu lambat bebenor! So aku suruh pegi sendiri jer..lagi pon dalam kepala otak aku ni dah merewang nak gi ekspo after berbuka nanti..hehe. Kalau pergi 1 kete..susah pulak aku nak menghantar diaorg balik rumah dulu pulak.

Macam-macam ada..
Penuh satu meja..
Best jugak berbuka kt De'Muara ni..dah lah dekat ngan muara..makanan & minuman pon byk pilihan. x masuk seafood dia lagi..kerang bakar, ketam bakar, udang bakar, sotong bakar, ikan bakar, soto, mee goreng, dessert, lauk pauk jer lebih 20 jenis. Kesian pulak ke laki aku tu..cam org kebuluran pon ade. Semua benda nak rase..hehe. Yelah selalu kitaorg berbuka dengan 1 or 2 jenis lauk je. x pelah..bagi can dia makan. Jangan sampai pecah perut tu sudah lah ye mr MKS..Yang tahan nya tu..after dia solat, boleh pulak sambung makan..mentang2 lah bufet..boleh makan sebanyak yang boleh..pastu Yong pulak yang belanja..lagi lah sedap dia makan. Kali ni..makan mentarang pulak. Sbb dari hari tu lagi..bila on d way balik kampung aku mesti nampak org jual mentarang kat area Tg Karang tu..mr MKS asyik tanya je macam mana rase mentarang tu. Aku nak menerangnya pon x reti sbb aku pon x pernah makan! Alahai..kesian

Abis berbuka posa..kitaorg pergi ekspo kat Sungai Besar. Ingat nak jugak cari kasut raya, atau ape2 lah yg berkenan kat hati. Tapi nak di jadikan cerita perut mr MKS tu meragam lah pulak (ni kes makan banyak sangat lah tu) Jenuh pulak kitaorg memusing cari toilet ke dia. Dah jumpa toilet..air & api x de lah pulak! Elektrik x de tu x pe lah lagi..dah air x ade..x kan nak di cebukkan guna tisu. Sekali bergegas lah mr MKS ke Shell..tumpang toilet. Dah jadi cam tu..x mood lah aku nak menyopping nyer (walau pon smpat jugaklah aku rembat hanger tudung & tudung sehelai!) Balik rumah..tido lah! Penat lah wei..sampai abang kedua a.k.a Ngah aku balik pon x sedor..


Sincerely...

Tuesday, September 7, 2010

Nak balikkkk..

Alhamdulillah..setelah selesai semuanya, hati pon dah x marah lagi. So tahun ni kitaorg buat keputusan untuk beraya kat kg aku lagi..Sabak Bernam! Nak balik kampung ni..banyak lah persediaan yg kena buat. Nak settled keje kat ofis dulu (sbb koman2 aku cuti seminggu)..settled rumah, packing barang. Memandangkan dah bertambah ahli ni, barang2 budak kecik tu kena plan jugak..rase semua benda nak bawak..aduh pening kepala den. Nasib baik lah kete laki aku tu besor gajah..boleh lah sumbat semua barang kat belakang. Silap2 katil waiz pon boleh bawak balik sama..hehe. Sebelum packing barang..aku biasa buat list dulu, baju bape psg nak bawa, seluar besar, seluar kecik, tudung, ubat, charger, susu, pampers, bla..bla..bukan ape, takut ade yang tertinggal pulak nanti.

Kalau ikut program kitaorg nak balik kg hari rabu..b4 sahur. Macam tahun lepas pon kitaorg gerak dalam kol 3a.m..sahur dalam kereta je. Masa tu x de waiz lagi..so main belasah je lah nak gerak pukul bape pon. Ni ade waiz..susah sikit lah. So mr MKS decided gerak b4 sahur..sama cam tahun lepas. Masa tu waiz tido lagi..so x de lah dia bosan sangat. Bayangkan lah dari Kuala Terengganu ke KL je dah 7 jam..macam mane lah nak pegang budak tu kalau balik di siang hari..surrender! 

Then semalam tetiba je...
mr MKS : Org tengok anak bulan hari ape?
aku         : Hari Rabu..nape?
mr MKS : Bukan hari selasa ker? Amri kata hari selasa..KHAMIS raye..
aku         : Hah?
mr MKS : Kita kena balik kg hari selasa lah..
aku         : HAH?!#@#%
Amri tu kawan mr MKS.. aku pon x tau dari mane dia dengar raya hari Khamis. Sbb kalau x salah aku hari tu dengar announce tgk anak bulan hari Rabu..malam tu akan di umumkan terus raya bile. So biasanya..mesti gap sehari kan? Jadi raya hari Jumaat lah..sama cam kat kalender. Tapi x kisah lah raya hari ape pon..yg penting sekarang bile nak balik kg? Plan terbaru..mr MKS nak balik hari selasa..prob nya sekarang, aku keje lagi. Mr MKS kata gerak lepas aku abis keje..so b4 buka puasa lah. Maybe akan berbuka dlm perjalanan. Best jugak balik malam ni..tapi tu planning baru..x tau jadi ke x! Sbb kalau korang nak tau..mr MKS memang x akan bawak kete malam2 ni. Dia tu kan rabun2 ayam..mane boleh bawak kete malam2 ni. Aku pon x berapa nak yakin je bile dia ajak balik malam2 ni..emm. Mintak2 x ade ape2..amin. Tapi menurut mr MKS..kalau kitaorg gerak petang selasa tu..sampai di KL dalam pukul 1a.m..dia nak berenti tido & rehat kat rumah abg dia (abg usop) kat Greenwood. Pagi Rabu baru gerak balik Sabak Bernam..emm tunggu lah next entry kalau nak tau bile sebenarnya aku balik..okeh.


Sincerely...

p/s: Conpem balik hari selasa..hehe

Saturday, September 4, 2010

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......

Artikel ni sebenarnya aku baca kt facebook..ramai org share2 kt fb, so aku share lah kt blog ni..Rase2nya bagus jugak info2 dia especially pada org2 yang baru nak cari mr/mrs right diaorg. Pada yang dah kawen macam aku ni pon boleh jugak bace..tuk renung2kan diri samada suami/isteri tu betul ke jodoh korang..tp kalau dah kawen tu, mmg lah jadi jodoh kite kan? Apa lah aku ni..

by Tengku Muhammad Kalmani As-Saif on Sunday, August 29, 2010 at 12:30pm
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

++ my mr MKS mmg konpem x berlakon..dr dulu sama jer, x reti cover skit! Especially time makan..kuat betul sound effectnya (x leh bawak masuk majlis..) buat aku sakit kepala lorr

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

++Ermm..setakat ni 5 tahun dgn mr MKS ..x de lah bosan sangat sbb dia lah kawan aku tmpt cite, gosip, gaduh..etc.bla..bla..Tapi kdg2 tu suke jugak kalau dia x de (maksudnya pegi keje tau!) sbb aku boleh bermalas-malasan kt rumah. Kalau dia ade..asyik suruh buat macam2 jer..Sbb mr MKS ni mmg pantang tgk aku baring jer (kecuali sakit lah)..So Macam2 keje lah dia reka nak bagi aku gerak ni..

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

++aku tetap aku..walaupun aku banyak songehnya dan x sempurna..tp dia tetap terima aku dengan seadanya. Memandangkan background family kitaorg ni lebih kurang same je masalahnya..so kitaorg mmg saling menerima dengan seadanya.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

++Kejujuran??rase2nya macam aku jer yg jujur..semua benda nak cite kat dia. Tapi nak suruh dia bukak mulut..punyalah susah. X tanya x cite..ish..ish..tp aku tau mr MKS aku jujur..kan? Berani lah nak tipu2..hehe

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

++Lebih 90% rahsia aku semua dia tahu..yg lain2 tu..kira halal je lh. Ape yang penting bukan masa silam kite..tp masa depan yang kita akan tempuh bersama. Kalau hidup sudah saling tidak mempercayai lagi..macam x kena je hidup ni.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

++Bab ni..aku 50-50..hehe. Selalunya aku x suka ade org sibuk2 dgn kerja aku. Aku kan suka buat dgn cara aku sendiri..so mmg kitaorg jarang bekerjasama. Cuma lately, after aku deliver waiz..kitaorg baru paham konsep kerjasama ni. Kerjasama cam mane nak besarkan, didik & asuh waiz. Kerja rumah pon kena lah sama2 buat..mama basuh baju, papa jemur ok..hehe (macam lah basuh guna tangan!)

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

++Hehe..suka ayat "di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar"..betul ke ade org laki yg suka bininya berleter? Sape lah laki bertuah tu yer? Bagi aku lah..setiap hari kite belajar & memahami sifat & peel pasangan kita. Biarlah 10 tahun pon bersama..x100% kita dapat fahami pasangan kita tu..

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

++Dulu masa bercinta semuanya wangi..kentut yg bucuk pon jadi wangi ye. Tapi dah kawen ni semuanya terserlah. Dari A-Z tau mane kelemahan dia..yg baik pon kadang2 jadi buruk. Tapi bukan semua org sempurna..kena lah muhasabah diri sendiri jugak. Aku & mr MKS senang jer..busuk biar sama2 busuk..kentut pon biar sama2 kentut. Hahaha..busuk punya perangai laki bini ni!

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

++Bila nak kawen ni kena dengar kata hati..bukan kata nafsu!

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

++Memang ni lah yang terbaek..solat & memohon kepada-Nya. Mintak di berikan petunjuk. Kerana Dia lah yang maha mengetahui. Time aku dulu pon..ni lah yg aku buat. Sbb mase tu aku tgh konfius samada nak kawen ker..nak study (sbb aku kawen masa belajar..dah mr MKS tu takut aku lambat sgt nak abis study kot!) Kui..kui..

Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile, klik sini

Moga-moga ilmu ni dapat di manfaatkan bersama-sama. Selingan yang aku buat tu tidak ade kena mengena samada yang hidup atau pon mati..hanya dari pengalaman hidup aku sendiri. Mane yang baik tu semua datang dari ALLAH S.W.T..yang buruk tu datang dari aku sendiri..

Sincerely...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal